web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Minggu Fesyen Alam Maya Pertama Indonesia

Jakarta Fashion Week dan WIR Group mengadakan pertunjukan fesyen ‘metaverse’ pertama.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2022 11:30AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jakarta Fashion Week (JFW) berkolaborasi bersama WIR Group, syarikat yang terkenal dengan teknologi Virtual Reality (VR) untuk pertunjukan fesyen secara maya pertama di Indonesia.

Sempena tahun ke-15 penganjurannya, Presiden JFW, Svida Alisjahbana berkata, kolaborasi ini akan memacu transformasi industri fesyen ke arah dunia pendigitalan.

Svida mengakui pemain industri dan pereka fesyen di Indonesia mempunyai kemampuan, tetapi mereka tidak mempunyai peluang.

“Metaverse akan menyingkirkan halangan. Kami tidak akan mempunyai masalah lagi untuk memasuki pasaran fesyen antarabangsa dan berurus niaga dengan komuniti global,” ujarnya.

Platform maya yang dibangunkan oleh WIR Group ini akan menghubungkan perniagaan fesyen dengan pengguna di serata pelosok dunia.

Pada masa sama, ia bakal menjadi pentas maya yang akan memberikan peluang sama rata untuk semua pereka fesyen berkarya dan menjalankan perniagaan mereka.

Pengarah WIR Group, Gupta Sitorus pula berkata, “Kolaborasi ini menunjukkan industri fesyen Indonesia mempercayai kami. 

“Ia memberi kami motivasi untuk terus melakukan inovasi dan menawarkan penyelesaian teknologi, termasuklah membantu mereka mendepani cabaran dunia digital ini,” jelasnya.

Gupta berharap kolaborasi antara mereka dengan JFW ini akan mendatangkan minat untuk variasi sektor lain untuk turut sama menyertai dunia metaverse untuk perniagaan mereka.

Kelebihan teknologi digital dan metaverse ini sangat penting. Dijangkakan pada masa hadapan, semua pengguna dan syarikat bakal mengadaptasi teknologi ini demi manfaat bersama.

Sebelumnya, WIR Group telah menandatangani beberapa perjanjian kesepakatan dengan pelbagai sektor bagi kolaborasi untuk metaverse ini.

Selain JFW, rakan-rakan kolaborasi terdiri daripada Bank Rakyat Indonesia, Bank Negara Indonesia, Alfamart, Sun Eater, Vasanta, Triniti Land dan banyak lagi.

Sejak 2009, WIR Group sudah melakukan ribuan projek dan menyantuni rakan kolaborasi di lebih 20 negara termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Myanmar, US, Jerman dan banyak lagi.

Syarikat teknologi ini juga pernah merangkul beberapa anugerah antarabangsa seperti Excellent Communications Design Apps di German Design Award 2020. – Getaran, 10 Mei 2022

Gambar: Jakarta Fashion Week


 

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 3 tahun yang lalu

Artis Tempatan Digesa Manfaat Teknologi Metaverse

2

Gaya 4 tahun yang lalu

4 Jenama Fesyen Menceburi Bidang NFT!

3

Teknovasi 4 tahun yang lalu

Mad Mecha: Monsta, The Sandbox Jalinkan Kerjasama Dalam Dunia Metamesta

4

Teknovasi 4 tahun yang lalu

i-City Labur RM10 Juta Tambah Baik Taman Tema Dengan 3D Metaverse

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN