web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gaya Minimalis, 'Back To Basic' Jadi Pilihan Lebaran Tahun Ini

Walaupun busana tradisional kini kian mendapat sentuhan moden, tidak kurang juga alternatif lain seperti jubah dan kaftan, busana tradisional ternyata mempunyai nilai istimewa dan tersendiri untuk Aidilfitri.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2022 8:30AM

Gambar Hiasan: Instagram @azuracouture dan @tujohkuntom

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baju tradisional seperti kurung dan kebaya gaya klasik dengan perincian ringkas atau 'minimalis' terus menjadi pilihan ramai untuk digayakan pada lebaran tahun ini. 

Walaupun busana tradisional kini kian mendapat sentuhan moden, tidak kurang juga altenatif lain seperti jubah dan kaftan, busana tradisional ternyata mempunyai nilai istimewa dan tersendiri untuk Aidilfitri. 

Berkongsi pandangan berhubung fesyen pilihan tahun ini, pengasas jenama pakaian Tujoh Kuntom Amelin Asri berkata baju kurung Pahang antara yang mendapat permintaan dan jualan tertinggi daripada koleksi ditawarkan. 

"Ramai suka baju kurung Pahang kerana potongan yang 'terletak' pada badan, selain itu kami juga mengetengahkan konsep klasik tapi minimum, sesuai dengan selera masa kini yang gemarkan pakaian ringkas, polos dan selesa tapi masih tampak 'mahal'," katanya ketika dihubungi Bernama. 

Amelin berkata pihaknya mula mengeluarkan pakaian edisi raya pada 1 Mac lepas dengan harga bermula RM169 dan setakat ini telah menghasilkan lebih 15,000 pasang pakaian. 

Turut senada, pereka fesyen terkenal yang juga pemilik butik Azura Couture Azura Mazaruddin yang menyifatkan trend tahun ini sebagai 'back to basic' apabila kebanyakan pakaian siap (‘ready to wear’) ditawarkan pelbagai jenama menampilkan baju kurung dan baju kebaya seperti kurung riau sebagai taruhan.

"Tetapi tidak kurang juga yang memilih 'modern look', namun masih mengekalkan elemen tradisional, cuma rekaan dimodenkan sedikit," katanya yang turut menasihatkan orang ramai untuk memilih material dan rekaan yang selesa sebagai pilihan pada Syawal ini. 

Azura juga mendapati warna-warna terang seperti jingga, 'turquoise' (biru firus) dan merah hati yang 'menang' di dalam gambar menjadi trend pada tahun ini. 

Pemilik butik D'na Risik Noralina Amiruddin yang beroperasi di Pertama Complex, pula berkata teknik sulaman seperti sulam biku dan sulam tampal yang terakhir kali mendapat banyak permintaan sekitar 2002 juga kini kembali hidup dan mendapat tempat di hati pemakai. 

"Kalau tiga tahun lepas ramai yang tempah 'dress' (gaun), tapi tahun ini kebanyakannya tempah baju kurung tradisional dan klasik, tak terlalu berfesyen," katanya.

Pereka fesyen terkenal Ezuwan Ismail juga mengakui masyarakat hari ini lebih menggemari rekaan yang praktikal dengan mengutamakan keselesaan pada busana tersebut. 

“Sekarang, orang dah tak suka memakai busana yang terlalu sarat atau glamor. Zaman itu sudah berakhir.

Gambar Hiasan, Azim Rahman
Gambar Hiasan, Azim Rahman

"Kini, busana dengan gaya ringkas menjadi pilihan. Walaupun begitu, busana itu tetap kelihatan elegan dan eksklusif ketika digayakan,” katanya sambil menambah warna pastel masih akan mendominasi pada lebaran kali ini.

Ezuwan berkata bagi lelaki pula, baju Melayu cekak musang dan baju Melayu teluk belanga, terus menjadi pilihan golongan itu yang gemarkan gaya kemas namun ingin kelihatan segak pada hari raya.

Tinjauan Bernama di beberapa portal beli-belah turut mendapati selain baju tradisional, baju kurung moden atau kontemporari sama ada potongan singkat atau labuh dalam pelbagai warna pastel selain rona gelap seperti merah hati, juga menguasai pasaran. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 bulan yang lalu

Hari Raya Aidil Fitri: Melangkaui Toleransi — Seruan Untuk Penerimaan

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Menghitung Rahmat Dan Bahagia Di Aidilfitri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden