web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Made In Thailand Tiba Di Pavilion Bukit Jalil 

Siam Piwat akhirnya melebarkan sayap mereka ke Kuala Lumpur dengan membawakan tiga jenama eksklusif 'Made in Thailand' iaitu Ecotopia, Absolute Siam dan Iconcraft ke Pavilion Bukit Jalil.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2022 2:38PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berita baik kepada penggemar kraf dan fesyen dari Thailand, gergasi runcit negara gajah putih, Siam Piwat akhirnya melebarkan sayap mereka ke Kuala Lumpur dengan membawakan tiga jenama eksklusif 'Made in Thailand' iaitu Ecotopia, Absolute Siam dan Iconcraft ke Pavilion Bukit Jalil. 

Jenama Thai yang digemari ramai dan popular ini diyakini mampu menambat hati rakyat Malaysia, memandangkan ia berjaya menempa kejayaan luar biasa dan mengundang jutaan pelawat setiap tahun. 

Terletak di ruang runcit seluas 11,000 kaki persegi, setiap jenama mempunyai ruang sendiri untuk mempamerkan barangan, produk dan koleksi pakaian daripada usahawan serta pereka tempatan Thai yang unik dan kreatif. 

“Pelancaran Ecotopia, Absolute Siam, dan Iconcraft memberi peluang kepada pelanggan tempatan dan antarabangsa untuk menikmati pengalaman membeli-belah di Thailand tanpa perlu meninggalkan Malaysia. 

“Pelanggan boleh meneroka jenama baharu ini dan lihat sendiri kehebatan serta keunikan jenama-jenama ini kerana setiap barangan yang dipamerkan dipilih dengan rapi,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Peruncitan, Pavilion Kuala Lumpur Sdn. Bhd, Datuk Joyce Yap pada pembukaan rasmi Ecotopia, Absolute Siam dan Iconcraft baru-baru ini.

Pembukaan tiga jenama ini merupakan pencapaian penting perkongsian antara Siam Piwat dan Pavilion Group, yang mengukuhkan aspirasi Siam Piwat untuk membawa Thailand ke pentas dunia.

“Kami berbangga kerana dapat membawa produk perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang terbukti popular dalam kalangan warga asing ke negara yang mempunyai kuasa beli yang tinggi. 

“Dengan pelancaran kedai Ecotopia, Absolute Siam dan Iconcraft yang pertama di luar Thailand ini, ia juga mampu membina kesedaran jenama dan pereka Thai di peringkat antarabangsa.

“Selama lebih 10 tahun, Siam Piwat telah bekerjasama dengan beberapa agensi untuk melahirkan usahawan Thai dengan memberi tunjuk ajar dan memasarkan produk mereka. 

“Kami berbangga dapat meneruskan inisiatif ini dengan memberi pendedahan kepada usahawan terlibat untuk mempamerkan dan menjual produk mereka di pasaran antarabangsa.

“Diharapkan jalinan kerjasama dengan The Pavilion Group ini membantu perkembangan antarabangsa kami dan mengukuhkan lagi hubungan perniagaan Malaysia dan Thailand,” ulas Ketua Pegawai Eksekutif Peruncitan, Siam Piwat Retail Holding, Usara Yongipiyakul pula. 

Ecotopia, Absolute Siam Store dan Iconcraft  masing-masing mewakili aspek unik budaya Thai. 

Ecotopia memberi fokus dan menghimpunkan komuniti yang mementingkan alam sekitar. Jenama ini berpegang kepada slogan ‘Together, We Co-Create a Better World’. 

Dengan kerjasama 12 pencipta eko, Ecotopia menyampaikan pengalaman ekosentris baharu dan mesra yang boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Absolute Siam pula tertumpu pada fesyen avant-garde Thailand. Lebih 60 jenama fesyen, seni, teknologi dan gaya hidup diwakili dalam kedai konsep berbilang jenama ini.

Ia menawarkan satu-satunya jenis fesyen inovatif dan berani yang menetapkan trend baharu dalam gaya Absolute Siam. Mahanakon, TA.THA.TA, Coralist, Sue dan Anona adalah antara pereka Thai terkemuka yang ditampilkan.

Sementara itu, Iconcraft mempamerkan seni dan kraf Thailand yang unik, dengan produk daripada lebih 800 tukang, pereka bentuk dan komuniti tempatan di seluruh Thailand.  

Barangan kemas, hiasan rumah, kraftangan unik, artifak gaya hidup, pewangi ruangan dan wangian badan adalah antara produk yang boleh dibeli di sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi di Pavilion Bukit Jalil, layari www.pavilion-bukitjalil.com, atau ikuti akaun media sosial pusat membeli-belah ini di Facebook dan Instagram. - Getaran, 8 Mac 2022

Gambar : mutant.com.my / Rahayu Mat Nah


 

Berita Berkaitan

1

Gaya 3 bulan yang lalu

Pavilion Bukit Jalil Meriahkan Aidilfitri Dengan Adiwira Monsta

2

Gaya 2 tahun yang lalu

Jom Raikan Hari Ibu di Pavilion Bukit Jalil, Pelbagai Pilihan Menanti

3

Gaya 2 tahun yang lalu

EMAX Beauté Buka 4 Outlet Di Pavilion Bukit Jalil

4

TARA 3 tahun yang lalu

Temui Karakter Superhero Batman, Harry Potter Sempena Acara Ulang Tahun Warner Bros Ke-100 Tahun

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN