web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Alat Solek Perlu Ada Dalam Kit Solekan Anda

Buletin gaya minggu ini tampilkan lima produk kecantikan anda harus ada Februari ini!

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2022 2:23PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bulan Februari, bulan cinta. 

Jom kita intai apa yang terbaharu daripada Huda Beauty, Gucci, Dr Jart+, Patrick Ta dan Tartelette untuk anda tampil menawan pada Hari Valentine nanti.

#1 Huda Beauty Valentine’s Day Liquid Matte Lipstick Mini Quad

Sempena Hari Valentine, Huda Beauty mengeluarkan pakej gincu istimewa, Huda Beauty’s Valentine’s Day Liquid Matte Lipstick Mini.

Boleh didapati dalam empat rona merah, hadiahkan gincu matte ini untuk yang tersayang. Si dia pasti tersenyum lebar menerimanya! 

#2 Dr.Jart+ Cryo Rubber Firming Collagen Mask

Diinspirasikan daripada teknik Cryotherapy, masker sejuk ini mampu merendahkan suhu kulit untuk meningkatkan aliran darah dan penyerapan bahan-bahan aktif yang terbaik. 

Tekstur masker ini menghalang penyejatan serum bagi memastikan semua manfaat kolagen diserap untuk menjadikan kulit tegang dan licin.

Tiada perasaan yang lebih menyenangkan daripada mengenakan masker ini sambil santai di rumah, menikmati Netflix dan segelas oren segar! 

#3 Gucci Rouge à Lèvres Mat 25* Goldie Red

Gincu keluaran terbaharu Gucci, Rouge à Lèvres Mat menawarkan sentuhan ajaib untuk warna merah bibir munggil anda.

Dengan tekstur matte berkim dan kemasan baldu, gincu ini dirumus khas dengan pigmen yang melembap, kaya dan cerah untuk memberikan warna merah menggoda dalam hanya satu sapuan.

Inspirasi reka bentuk vintaj, bekas gincu dipersembahkan selayaknya objek seni dalam tiub berona emas dengan corak mawar biru klasik bertanah putih untuk badan penutupnya. 

#4 Patrick Ta Major Glow Setting Fan

Kipas ini memastikan solekan anda kekal kerana ia menghalang solekan anda daripada meleleh dalam cuaca panas. 

Ia satu keperluan baharu untuk setiap kit solekan sempurna! 

#5 Tartelette Baby Bloom Amazonian Clay Eyeshadow Palette

Mata ialah jendela kepada jiwa. Apakah cara yang lebih untuk memikat si dia? Tentulah dengan sepasang mata yang memukau?

Palet pembayang mata ini mengandungi enam warna, lengkap dengan pigmen pemantul cahaya. Padankan warna untuk sebarang majlis dan sedia untuk bergaya! - Getaran, 8 Februari 2022

Gambar: Jenama-jenama berkenaan

Berita Berkaitan

1

Gaya 4 tahun yang lalu

Mudah Dan Selesa: Produk Solekan Musim Bunga Anda Wajib Ada 

2

Video & Galeri 5 tahun yang lalu

Gaya Di Getaran Ep. 16 : Rasai Magis Kamelia Cosmetics!

3

Gaya 5 tahun yang lalu

Kamelia Cosmetics Janjikan Koleksi Magis Buat Semua

4

Gaya 5 tahun yang lalu

Kecantikan Untuk Semua, BeauTyra Kenalkan Koleksi ‘The Baddie’

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN