Berita Terkini

4 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 6 hari yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 1 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019 2 minggu yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff.

IKUTI KAMI


Kamelia Cosmetics Janjikan Koleksi Magis Buat Semua

Kamelia Cosmetics mendengar cadangan ramai dan kini menampilkan produk laris mereka dalam saiz mini.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2021 10:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kamelia Cosmetics kini menjadi semakin popular setelah produknya menjadi viral di laman sosial Twitter dan TikTok tahun lepas. Jenama ini sangat unik dan telah mempunyai peminat tersendiri khususnya dari kalangan generasi muda. 

Oleh sebab setiap bungkusannya mempunyai ciri unik tersendiri, ia menjadikan Kamelia Cosmetics antara jenama terhangat di pasaran tempatan. 

Untuk pengetahuan para pembaca, Kamelia Cosmetics sudah pun mempunyai lebih 50 ribu pengikut di Instagram dan telah mengeluarkan sembilan koleksi yang terdiri daripada bedak asas, pemerah pipi, lipstik, gincu cecair, highlighter, maskara dan pembayang mata sejak pelancarannya pada tahun 2016.

“Sejujurnya, saya sendiri terkejut dengan sokongan dan mesej positif daripada warganet. Saya sangat terharu kerana ramai menggemari produk kami kerana ia membuat mereka mengingat kembali zaman kecil mereka dan cerita Disney Fairytales,” kata Kamelia Nisha, pengasas Kamelia Cosmetics. 

Kamelia Nisha memutuskan untuk tidak meneruskan kerjaya dalam bidang undang-undang setelah perniagaan yang dibinanya sejak zaman universiti ini semakin berkembang pesat dan diterima ramai. 

“Meskipun baru enam tahun dalam industri kecantikan tempatan, banyak lagi ilmu yang belum saya belajar. Justeru itu, saya ingin menumpukan sepenuh masa dan perhatian dalam membina empayar kosmetik ini agar ia dapat diiktirafkan di pentas antarabangsa satu hari nanti,” tambahnya.

Fakta menarik tentang jenama kosmetik ini, ia telah diilhamkan oleh sifat berani, kewanitaan dan majestic yang ada pada ikan duyung.

Kamelia percaya bahawa setiap orang mempunyai hak untuk meluahkan kreativiti dan mengekspresikan diri melalui solekan. Sebab itulah dia bertekad untuk menghasilkan produk terkini dalam formula yang unggul dengan harga yang berpatutan. 

“Saya memulakan jenama ini atas dasar cinta dan minat terhadap solekan sejak kecil, sejurus selepas saya kembali dari England. Saya tidak sangka ia dapat terus maju sehingga hari ini.

“Pada mulanya, saya ingin menghasilkan barangan solekan berkualiti mewah dan mempunyai bungkusan yang menarik tanpa membakar lubang pada poket pembeli seperti Colourpop Cosmetics di Amerika Syarikat.

“Cinta saya terhadap ikan duyung telah menjadi sumber inspirasi jenama ini. Saya ingin menghasilkan produk yang mampu memberi keyakinan dan perasaan magical kepada setiap wanita di luar sana,” jelasnya.

Bertemakan ikan duyung, Kamelia Cosmetics kini tampil dengan koleksi terbarunya, ‘The Mini Series’ yang menawarkan produk terlaris daripada jenama ini dalam saiz kecil dan sememangnya memberikan kelainan yang nyata.

Koleksi ini menampilkan tiga jenis produk iaitu ‘Mini Mermaid Skin Flawless Filter Foundation’, ‘Mini Mermaid Matte Lip Crème’ dan ‘Mini Mermaid Queen Gloss’.

“Disebabkan maklum balas yang positif, kami ingin menghasilkan produk-produk tersebut dalam saiz kecil agar lebih ramai dapat mencubanya dan senang di bawa ke mana-mana.

“Ia juga dapat memberi peluang kepada mereka yang mempunyai kulit sensitif untuk melakukan ‘patch test’ dan mereka yang tidak tahu warna apa yang paling sesuai dengan kulit mereka sebelum membeli saiz besar,” ujarnya.

Apa yang membuatkan produk Kamelia Cosmetics ini hebat adalah semua produk hasilannya tidak diuji pada haiwan, bebas daripada paraben, vegan dan yang paling penting mengandungi kandungan penjagaan kulit.

Koleksi ‘The Mini Series’ ini boleh dibeli dari laman web rasmi Kamelia Cosmetics atau kedai rasmi mereka di Shopee. Anda juga boleh menjenguk laman sosial Kamelia Cosmetics di Twitter, Instagram dan TikTok untuk mendapat berita terkini mengenai koleksi ini. 

Nak tahu kelebihan bedak asas dan bagaimana warna lipstik dari Koleksi ‘The Mini Series’ ini?  Jom tengok video di bawah: - Getaran, 15 Jun 2021

Semua gambar: Kamelia Cosmetics


 

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

3

Pendidikan 2 minggu yang lalu

Pemilikan Akaun Media Sosial Beri Kesan Terhadap Perkembangan Minda Kanak-Kanak

4

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Sorotan

1

Rasionalisasi Subsidi Mampu Tangani Isu Ketirisan, Seludup Diesel - Pakar Ekonomi

2

Kolam Selam Tempur Kem Iskandar, Mersing Siap Jun - Onn Hafiz

3

Fahmi Arah MCMC Ambil Tindakan Terhadap Pengguna TikTok Sebar Video Berbaur Fitnah

4

Pembukaan Semula Zoo Johor Ditangguh Ke Ogos - Exco

5

Xiong Du Du, Yu Rong Rong Dipilih Maskot Piala Thomas, Piala Uber 2024

6

KPKM Tidak Lindungi Pihak Terbabit Kartel Padi, Beras - Mohamad

Disyorkan untuk anda

Gaya 8 jam yang lalu

Adidas Originals Raikan 3 Kasut Klasik Dalam Kempen, '1000 Back' 

oleh Rahayu MN