web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pereka Fesyen Thierry Mugler Meninggal Dunia Pada Usia 73

Pereka fesyen tersohor kelahiran Perancis Thierry Mugler, meninggal dunia pada Ahad di usia 73 tahun.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Jan 2022 1:42PM

Thierry Mugler pada tahun 2019. Gambar: Martin Ouellet Diotte, AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pereka fesyen tersohor kelahiran Perancis Thierry Mugler, meninggal dunia pada Ahad di usia 73 tahun. Menurut ejennya, Jean-Baptiste Rougeot, beliau dilaporkan meninggal atas sebab 'semula jadi'.

Terkenal dengan rekaan-rekaannya yang berani, busananya pernah dipakai oleh selebriti ternama dunia seperti Beyonce serta Lady Gaga. Pada tahun 2019, beliau keluar dari persaraan untuk mereka persalinan buat Kim Kardashian ke acara gilang-gemilang Met Gala.

"Dengan penuh kesedihan kami umumkan Manfred Thierry Mugler telah meninggal dunia pada Ahad, 23 Januari 2022," kata sebuah hantaran di laman Facebook milik pereka tersebut.

Dilahirkan di Strasbourg, Perancis pada Disember 1948, beliau tiba di Paris pada usia 20 tahun dan mencipta jenamanya sendiri  'Cafe de Paris' pada tahun 1973, setahun sebelum menubuhkan 'Thierry Mugler.

Pada zaman kemuncaknya, Mugler terkenal dengan pertunjukan fesyennya yang gah. Selain itu beliau juga terkenal dengan jenama minyak wangi 'Angel'. - AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Gaya 1 tahun yang lalu

Sandy Liang Dan Salomon Berkolaborasi Buat Kali Kedua

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN