web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menjengah Butik Indigo Pertama Di Malaysia!

Pengalaman membeli-belah diperibadikan dengan pembukaan Butik Indigo Levi’s di Suria KLCC.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2022 4:28PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Levi’s Malaysia secara rasminya melancarkan Butik Indigo, butik Levi’s berkonsep baharu yang lebih mengujakan! 

Terletak di aras 3 Suria KLCC, Butik Indigo ini pastinya menjadi destinasi utama untuk pengalaman membeli-belah yang menyerlahkan lagi keunggulan jenama denim terkenal ini.

“Butik Indigo direka untuk peminat-peminat setia kami, terutama penggemar fesyen muda. 

“Dengan menampilkan daya tarikan yang santai, butik ini mempamerkan himpunan produk gaya hidup kami secara lebih meluas, di samping menghidupkan lagi kisah jenama Levi’s,” ujar Imran Butt, Pengurus Levi Strauss Malaysia dan Singapura.

Butik Indigo ini meliputi keluasan 203 meter persegi. Ia turut menggunakan teknologi terkini seperti teknologi omnichannel yang memudahkan pelanggan mencari saiz dan padanan jean yang sesuai. 

Kala melangkah masuk, anda akan disambut dengan LED gergasi. Butik ini sangat luas dengan konsep terbuka. Anda berpeluang melihat lebih banyak koleksi terkini, daripada himpunan denim ikonik, lalu beralih pula kepada koleksi bukan denim seperti Red Tab Sweats dan Vintage Levi's.

Ruang mencuba pakaian merangkumi keluasan 32 meter persegi, memberikan keselesaan optimum kepada pelanggan. Ditambah pula dengan pemandangan indah Taman KLCC di ruang Style Lounge, betul-betul di hadapannya.

Keghairahan diserlahkan lagi untuk ekspresi diri menerusi kreativiti, Butik Indigo ini turut dilengkapi dengan The Levi’s Tailor Shop.

Satu-satunya di Malaysia, ‘kedai jahit mini’ ini menawarkan perkhidmatan jahitan, tampalan dan sulaman secara peribadi. Menariknya, ia dikendalikan oleh Master Tailor of Levi’s terlatih.

Anda berpeluang mengubah atau menambah apa sahaja aksesori atau tampalan mengikut kemahuan dan kehendak stail fesyen anda. 

Sama ada menghidupkan semula jean vintaj atau dengan hanya menambah variasi pin dan butang berwarna, apa sahaja yang mahukan! Mereka boleh lakukan! 

Di ruangan seterusnya terdapat Stesen Cetakan Digital pertama di Malaysia. Di ruangan ini, anda boleh membuat cetakan digital secara peribadi pada semua kemeja-T Levi’s pilihan anda.

Hadir dalam warna hitam, putih dan kelabu, nantikan juga versi cetakan untuk kemeja-T kanak-kanak, beg tote dan baju panas berhud.

“Butik Indigo adalah kemuncak kepada kepercayaan kami terhadap kuasa membeli-belah secara fizikal dan dalam talian.

“Kami mengambil langkah ini untuk memberikan pengalaman membeli-belah terbaik buat pencinta Levi’s di Malaysia,” akhiri Imran. - Getaran, 18 Januari 2022

Semua gambar: Syeda Imran

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden