web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengambilan Suplemen Bukan Perkara Renyah!

MyVitalab lancar produk inovatif pra-bungkusan untuk suplemen harian yang mudah.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2021 1:40PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi menggalakkan pengambilan suplemen dalam kalangan masyarakat, MyVitalab melancarkan Vitamunity dan Vitarepair iaitu dua jenis suplemen lengkap bagi memenuhi kesihatan harian.

Kedua-dua suplemen ini dibungkus sedia-guna untuk memudahkan, sekali gus menyelesaikan masalah gangguan pengambilan suplemen secara konvensional.

Ketua Pegawai Eksekutif MyVitalab, Nabiha Aimi berkata, di zaman moden ini pengambilan suplemen perlu untuk membantu kita mendapatkan nutrisi lengkap.

“Salah satu aspek penting untuk mencapai kesihatan yang baik ini ialah dengan memastikan tahap nutrisi dalam badan kita berada di tahap optimum. Namun, kadang-kala akibat terlalu sibuk, kesihatan antara perkara penting yang diabaikan masyarakat,” ucap Nabiha.

Bagi membendung permasalahan itu, setiap kotak suplemen ini dilengkapi bungkusan sedia-guna untuk penggunaan selama 30 hari. Pengguna hanya perlu membuka bungkusan untuk mengambil suplemen dengan kadar yang tepat. Ia juga mudah dibawa ke mana-mana.

Idea bernas ini dibangunkan pada awal tahun lalu. Istimewanya, Nabiha dan pasukannya merangka empat jenis pek kesihatan, setiap satunya dengan okjektif kesihatan yang spesifik. Antaranya vitamin C, zink, benih anggur dan D3 1000IU

Pakar nutrisi, Koay Suat Ling berkata, upslemen ini diperbuat menggunakan bahan-bahan yang mengandungi nutrisi serta elemen semula jadi berkualiti tinggi.

“Bukan sekadar bagus, vitamin C dan D serta nutrien mikro seperti zink, zat besi dan selenium penting untuk pengambilan harian. Vitamin C dan Zink merupakan vitamin asas untuk mengekalkan fungsi imuniti badan dan menyokong fungsi sel darah putih. 

“Benih anggur pula adalah sumber antioksidan yang berkesan dalam merawat inflamasi dan kerosakan tisu yang disebabkan oleh penyakit-penyakit kronik. Suplemen ini juga sesuai untuk membuat kulit agar lebih segar dan bermaya.

“Suplemen D3 1000IU pula boleh meningkatkan kualiti dan penyerapan semula sel tulang. Vitamin D membantu dan menyokong tindak balas sistem imunisasi terhadap agen bakteria melalui aktiviti tindak balas imuniti,” jelas Ling.

Nabiha yakin produknya ini akan diterima baik kerana ia memudahkan pengguna.

“Kami ingin menjadikan pengambilan suplemen mudah untuk pengguna. Suplemen seharusnya tidak perlu menjadi suatu perkara yang rumit.

“Dalam rancangan, kami mahu memanfaatkan teknologi dengan mengeluarkan sistem peringatan secara proaktif apabila suplemen anda semakin berkurangan atau perlu diganti. 

“Seterusnya, kami ingin memastikan setiap produk kami berkualiti tinggi dan ditawarkan pada harga berpatutan,” akhiri Nabiha.

Semua suplemen keluaran MyVitalab disahkan Halal dan mendapat kelulusan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Layari MyVitalab untuk maklumat lanjut. - 30 November 2021

Gambar: Myvitalab

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Suplemen Kecantikan Guna Logo Halal Palsu, KPDN Rampas Produk Lebih RM1.3 Juta

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ernie Zakri Muncul Dengan Produk Suplemen Untuk Kekal Bertenaga Jalani Kehidupan Harian

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

4

TARA 2 tahun yang lalu

Wanita, Buatlah Ujian Saringan Kesihatan, Jangan Takut

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN