Berita Terkini

21 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Japandi: Minimalis Kacukan Timur Dan Barat

Minimalis tetapi anggun berseni dan sedap dipandang mata. Mari kenali 'japandi' minimalis kacukan timur dan barat.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2021 9:35AM

Gambar: Tara Winstead, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dilema merias kediaman seringkali dialami oleh kebanyakan masyarakat Asia – yang mana rata-rata struktur binaannya seakan tidak serasi dengan konsep gaya hias dalaman barat yang mana memerlukan ruang yang luas dan siling yang tinggi. Kecuali anda melantik sendiri arkitek yang mahir dan arif dengan binaan kediaman barat dan Eropah.

Tetapi, andai memiliki kediaman sedia bina seperti rumah teres dan apartment misalnya, proses renovasi memerlukan bukan sahaja modal yang tinggi malah, prosedur (permit-untuk kes renovasi kediaman teres taman perumahan) juga keterbatasan pengubahsuaian juga turut menjadi kekangan.

Banyak contoh yang gagal dan seakan ‘terlalu mencuba’ yang akhirnya menghampakan diri. Dan ya, saiz perabot juga turut menjadi isu. Dan ia disusuli dengan beberapa elemen yang menyumbang kepada kegagalan tersebut. Pun begitu, ia tergantung kepada citarasa masing-masing. Andai ia cantik dan selesa di mata anda, ia tentu sekali tidak menjadi satu kesalahan.

Apa yang ingin dikongsikan di sini adalah bagaimana cara terbaik mengadun gaya dekorasi barat dengan binaan rumah Asia.

Kini muncul aliran dekorasi rumah yang digelar Japandi – hibrid atau kacukan gaya dekorasi estatik Jepun dan Scandinavia (Denmark) yang dipercayai ‘akrab’ bermula sejak 150 tahun lalu, ketika pereka dan arkitek berbangsa Danish mengembara ke negara Jepun untuk mencari inspirasi baru.

Sifat dekorasinya masih minimalis, multifungsi, hangat, damai dengan adunan 'wabi-sabi' (falsafah Jepun yang wujud sejak kurun ke-15 – menilai, menyerlah erti keindahan di sebalik ketidaksempurnaan), yakni ketidaksempurnaan yang berseni dan ‘hygge’, falsafah seni Denmark yang menghargai asas yang ringkas.

Maka dengan itu, Japandi dianggap sebagai konsep dekorasi yang cocok dengan binaan kediaman negara Asia dan tentu sekali buat rakyat Malaysia yang tidak semua penduduknya memiliki rumah rekaan sendiri di atas tanah persendirian. Justeru, apakah persediaan keperluan dan sifatnya yang harus kita gunakan? Ayuh kita teliti dan fahami.

Visual Ruang Yang Bersih

Minimalis adalah kata kuncinya. Serlahkan lantai yang ‘bebas’, kurangkan ‘kesesakan’ dan pilih perabot yang rendah. Anda juga harus menjauhi reka bentuk yang terlalu kaya dengan elemen hiasan. Ringkasnya, lagi bersih dan ringkas, lagi bagus.

Unsur Alami

Asas kayu-kayan rona asli adalah unsur utama buat kedua-dua reka hias kediaman Jepun dan Denmark. Bangkitkan serinya dengan perabot utama. Panel kayu pada dinding antara ilham mudah selain ia juga dekat dengan budaya Asia yang cukup sinonim dengan binaan kediaman daripada kayu. Aksesorikan juga dengan objek hiasan alami seperti pasu tanah liat berkemasan asli berkabut dan flora menghijau.

Warna Alami

Inilah ketikanya Japandi membuat pemisahan. Bagi anda yang cenderung ke arah ekspresi Scandi kemungkinan akan memilih palet berasaskan putih atau warna alami yang kaya berhias. Ada yang memilih petak latge berwarna di dinding dan elemen lain. Untuk kedua-dua kes, jalinan dengan nada semula jadi seperti biru, hijau, unggu dan coklat. Hitam juga menjadi kegemaran di bilik berkonsep Japandi.

Gambar: Tara Winstead, Pexels
Gambar: Tara Winstead, Pexels


Aksesori Yang Berfungsi

Dekorasi Jepun dan Denmark mengutamakan falsafah, ‘fungsi lebih utama berbanding sekadar perhiasan’.  Maka, pilihlah perhiasan kediaman yang memiliki fungsi atau berfungsi sepenuhnya. Fikirkan bidai buatan buluh sebagai pembahagi ruang, buku-buku, perkakas hidangan seramik dan adunkan hangatnya keselesaan Scandi, dengan kusyen empuk atau selimut sofa berona kontra.

Kawal Nisbah

Teliti dan fahami ruang yang anda miliki. Ingat, Japandi adalah gaya dekorasi minimalis. Bermakna, sangat ringkas. Jadi, beli hanya apa yang perlu dan sesuai dengan keluasan ruang. Rancang pembelian perabot atau barang dekorasi dan pastikan ia kaya berfungsi. Rancang juga kombonasi warna konsep Japandi cadangan. Buat lakaran ruang dahulu dan kaji kedudukan perabot sesuai dengan gaya hidup seharian. Andai anda seorang yang suka besederhana, sukakan ruang yang lapang, alami, praktikal namun masih berseni, tentunya Japandi adalah pilihan yang tepat. Selain damai dan indah, ia juga mudah diselenggarakan. -  Getaran, 2 Mac 2021

Gambar: Linh Le, Unsplash
Gambar: Linh Le, Unsplash

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Langkah Mudah Untuk Solekan Menawan Di Hari Raya

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Gaya Di Getaran Ep.48: Tip Gaya Solekan Minimalis

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Gaya di Getaran Ep 23: Solekan Gaya Natural Diispirasikan Solekan Taylor Swift

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Gaya 33 minit yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki

Gaya 1 hari yang lalu

Diskaun Sana-sini, Peluang Tambah Koleksi Baju Raya Ke Rumah Terbuka

Syawal adalah masa terbaik untuk menambah koleksi baju raya memandangkan banyak potongan harga yang ditawarkan.

oleh Rahayu MN

Refleksi 16 jam yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah