web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


#PostLockdown 10 Pusat Kecantikan Harus Kunjung!  

Manjakan dirimu di butik-butik kecantikan di Pavilion KL, Da Men USJ dan Intermark Mall.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2021 11:33AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hello beauty junkies, rejoice

Setelah sudah hampir dua tahun ‘berkurung’ kerana akur dengan perintah kerajaan bagi mencegah penularan COVID-19, akhirnya salun kecantikan dan pusat penjagaan diri dibuka! 

Tiada masa yang lebih baik untuk memanjakan diri dengan rawatan kecantikan mewah, urutan yang menenangkan, gaya rambut baharu dan kuku yang terawat dengan sempurna.

Dari Beauty Hall ke Fashion Avenue, ayuh kunjungi 10 pusat kecantikan dan pakar penjagaan pilihan kami di Pavilion KL, DA Men USJ dan Intermark Mall seperti di bawah:

#1 Oriental Signature 

Selamat tinggal sakit badan!

Adakah anda selalu berasa lenguh dan tegang setelah seharian bekerja di pejabat atau dari rumah? Jika jawapannya ya, kami mengesyorkan Oriental Signature. Pusat urutan ini terkenal dalam menyelesaikan masalah urat simpul dan sakit otot! 

Lokasi: Oriental Signature, Aras 2M, Pavilion KL

#2 Velvet

Ingin kening yang cantik dan sepasang kaki yang licin? Velvet Threading and Waxing Specialist ialah lokasi yang patut anda kunjungi! 

Anda boleh memilih pelbagai pilihan penyingkiran bulu seperti threading, soft wax and hard wax, eyelash lifting dan pelbagai rawatan muka serta rambut. 

Lokasi: Velvet Threading and Waxing Specialist, Aras 3, Da Men USJ 

#3 Body Perfect

Jika mata adalah tingkap ke dalam jiwa, maka alis mata adalah sepasang langsir yang sempurna! Dapatkan bulu mata idaman dengan sambungan sintetik daripada Body Perfect. Tentukan berapa panjang dan tebal alis mata galak yang anda inginkan itu untuk mencapai rupa yang menawan. 

Lokasi: Body Perfect, Aras 3, Intermark Mall

#4 1TCM Acupuncture

Seharian menghadap komputer riba dan telefon bimbit boleh menjadikan postur badan kamu tidak selesa dan lemah. Ia juga boleh menyebabkan sakit badan dan membuatkan anda terjaga pada waktu malam.

1TCM Acupuncture menggunakan perubatan dan rawatan tradisional Cina untuk membantu mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan tubuh badan. Jangan risau, terdapat perunding profesional untuk membimbing anda tentang rawatan jarum mana paling terbaik untuk anda!

Lokasi: 1TCM Acupuncture, Aras 7, Pavilion KL

#5 Helios Chiropractic

Siapalah yang tidak gemar melihat video-video ‘retak tulang’ yang dilakukan oleh pakar kiropraktik di laman-laman sosial, bukan? 

Kaedah ini memberikan kelegaan dan mengurangkan kesakitan melibatkan anatomi manusia yang mungkin anda sendiri tidak mengetahui anda mengalaminya. 

Di Helios Chiropractic, pakar kiropraktik akan merawat anda mengikut keperluan peribadi. 

Lokasi: Helios Chiropractic, Aras 4, Da Men USJ

#6 Medi Beaute

Ramai yang mengalami peningkatan berat badan sejak terpaksa ‘berkurung’ di rumah dua tahun kebelakangan ini, bukan?

Medi Beaute menawarkan rawatan Lazy Sculpt iaitu rangsangan otot elektromagnet yang menggabungkan teknologi High-Intensity Electromagnetic dengan 7 TESLA High Intensity.

Seperti namanya, anda boleh bermalas-malasan tetapi masih boleh kurus!

Lokasi: Medi Beaute, Aras 3, Da Men USJ

#7 Jo Nails & Spa

Dari yang klasik kepada akrilik, kunjungilah Jo Nails & Spa untuk sesi merias kuku anda. Spa ini khusus untuk membantu anda memulihkan dan merapikan kuku anda dengan minyak berkhasiat dan seni kuku yang menakjubkan. 

Lokasi: Jo Nails & Spa, Aras 2, Intermark Mall

#8 Groom Artistry

Ingin menghidupkan semula kelembapan rambut anda? Mungkin memerlukan potongan dan warna yang lebih segar? Tak perlu pergi jauh, kunjungi Groom Artistry!

Digelar sebagai doktor rambut, salon ini terkenal dengan perkhidmatan rambut yang menambah volume, lantunan dan kilauan rambut. 

Istimewa untuk pelanggan muslim, terdapat bilik khas untuk sesi rawatan rambut anda! 

Lokasi: Groom Artistry, Aras 2, Intermark Mall

#9 Luxury Beautilab

Tekanan memberi kesan yang besar kepada kesihatan kulit anda. 

Bersantai dan segarkan diri di Luxury Beautilab. Medispa ini menawarkan aneka rawatan muka untuk pelbagai jenis kulit. 

Lokasi: Luxury Beautilab, Aras 3, Da Men USJ

#10 ELEMIS’

Masanya untuk anda glowing! Singkirkan sel kulit mati dengan Elemis’ Lime & Ginger Salt Glow untuk kulit lembut, licin dan mulus.

Lembabkan pula kulit anda dengan campuran ELEMIS’ Japanese Camellia Body Oil Blend yang kaya dengan kolagen tumbuhan. 

Campuran minyak murni ini menyerap jauh ke dalam kulit untuk membantu meningkatkan keanjalan dan kelembutan kulit. 

Dapatkan rawatan HD Skin Diagnosis dan Pro-Collagen Overnight Matrix bernilai RM315. - Getaran, 2 November 2021

Lokasi: ELEMIS, Aras 3, Fashion Avenue, Pavilion KL 

Semua gambar: Jenama-jenama berkenaan 

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN