Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Atasi Kedutan Wajah Dengan Krim Rawatan Mata

Kulit mata yang berkedut membuatkan ramai wanita kurang senang, malah ia juga menimbulkan masalah keyakinan diri. Dek itulah, golongan wanita tidak pernah berhenti mencari cara untuk mengatasi masalah yang satu ini.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2021 9:05AM

Gambar: Ekaterina Bolovtsova, Pexels

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seiring dengan peningkatan usia, kulit wajah seseorang pasti semakin kurang anjal dan ini menyebabkan kedutan dan garis-garis halus mula terbentuk. Kulit di kawasan mata adalah paling sensitif dan mudah dilihat, terutamanya apabila menguntum senyum.

Kulit mata yang berkedut membuatkan ramai wanita kurang senang, malah ia juga menimbulkan masalah keyakinan diri. Dek itulah, golongan wanita tidak pernah berhenti mencari cara untuk mengatasi masalah yang satu ini.

Selain sedaya upaya tidak menekan-nekan kulit ketika menyolek mata, menggunakan krim rawatan mata adalah cara paling popular. 

Cuba perhatikan di rak atau kaunter jualan di pasar raya atau kedai penjagaan diri, boleh dikatakan semua jenama produk rawatan wajah mempunyai krim rawatan mata bagi memenuhi kehendak pengguna. 

Terbaharu, AHC, jenama penjagaan kulit Korea memperkenalkan ‘Essential Eye Cream for Face’ di Malaysia! Produk yang kaya dengan tekstur mempunyai rumusan yang istimewa kerana ia bukan sahaja boleh digunakan di kulit sekitar mata, namun ia sesuai untuk keseluruhan wajah. 

Krimnya yang kaya dengan tekstur meresap jauh ke dalam kulit untuk mengekalkan kelembapan. Ini bermakna, anda tidak perlu menjalankan rutin 12 langkah dan menggunakan pelbagai lapisan produk yang lain. 

Dengan pengalaman lebih 20 tahun, AHC merupakan satu-satunya jenama penjagaan kulit yang secara asalnya dibangunkan untuk klinik estetika mewah di Korea Selatan.

AHC ialah jenama perintis kecantikan Korea yang terkenal dengan produk penjagaan kulit ramuan premium, teknologi termaju dan mewah, namun masih dijual pada harga berpatutan.

Krim terbaharu AHC ini dipenuhi dengan ramuan penganjal kulit yang kaya dengan nutrien untuk memberikan penyelesaian muktamad bagi penjagaan wajah anda.

Krim ini mengandungi 12 peptida, vitamin dan asid amino untuk meningkatkan ketahanan kulit serta tujuh jenis protein tumbuhan yang telah dipatenkan bagi membantu mendapatkan kulit yang tegang.

Selain itu, ia juga mengandungi ramuan aktif yang menggunakan Concentrated Microsome Technology, proses di mana ramuan aktif dipecahkan kepada saiz yang lebih kecil daripada pori untuk membolehkan penerapan yang berkesan ke dalam kulit.

Ramuan-ramuan ini dikecilkan menerusi proses pengecilan mikro sebanyak tiga kali.  

Partikel mikro ini kemudiannya dijadikan kapsul untuk memastikan penyampaian yang lancar.  Kapsul-kapsul yang lebih halus daripada pori ini meresap jauh ke dalam kulit dan bertindak balas dengan suhu kulit lalu membuka dan melepaskan ramuan aktif.

Penggunaan secara berterusan membantu mengurangkan garisan-garisan halus dan meningkatkan keanjalan kulit. Ia juga terbukti secara klinikal dapat meningkatkan paras kelembapan kulit anda sebanyak 82% hanya selepas sekali penggunaan.

Seperti yang diuar-uarkan dalam kenyataan medianya, ‘Essential Eye Cream for Face’ ini merupakan krim seluruh wajah yang berkhasiat dan membantu pengguna mendapatkan kulit wajah Korea yang sihat dan licin dengan mudah dalam hanya satu langkah. 

“Dalam tempoh pandemik yang penuh dengan pelbagai tekanan, golongan wanita Malaysia menghargai nilai dalam meringkaskan rutin penjagaan kulit mereka kepada yang perlu sahaja.

“Tidak hairanlah trend kecantikan ‘skinimalism’ dan ‘skip care’ semakin berkembang. Wanita tempatan kini menyaksikan trend produk penjagaan kulit penyeri wajah yang minimum hinggalah tanpa mekap dan sentiasa tampil cantik di dalam dan di luar skrin,” ulas Pengurus Jenama AHC SEAA, Stephanie Ko. 

Untuk maklumat lanjut tentang AHC, sila layari sedb.com. Anda juga boleh mendapatkan maklumat tentang AHC menerusi halaman media sosial: Facebook, Instagram, serta YouTube AHC Beauty Southeast Asia. - Getaran, 19 Oktober 2021

Gambar: pexel.com / AHC

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Lelaki Juga Perlu Titik Beratkan Penjagaan Diri Dan Wajah

2

TARA 1 tahun yang lalu

6 Masker Dari Korea Untuk Wajah Yang Berseri!

3

Gaya 1 tahun yang lalu

Sayangi Kulit, Guna Produk Yang Memberi Penghidratan Maksimum 

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

“Saya Akan Berterus Terang...” - Sweet Qismina

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Jelajah 14 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran