web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dari Penyanyi Ke Ikon Fesyen, Dior Pilih Jisoo Blackpink

Jisoo anggun dalam gaun mini rona putih dengan sulaman hitam bermotifkan dewi Yunani kuno Anthena.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2021 1:41PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya selebriti Korea Selatan tidak hanya mendominasi industri muzik antarabangsa, malah beberapa tahun belakangan ini semakin banyak rumah fesyen terkenal dunia menjadikan artis dari negara itu sebagai duta barangan eksklusif mereka. 

Setelah Rose baru sahaja menghadiri pertunjukan Saint Lauren, kini giliran rakan Blackpinknya iaitu Jisoo dilamar menjadi duta rumah fesyen terbesar dunia iaitu Dior. Jisoo mencuri perhatian ramai semasa tampil bergaya di pertunjukan Dior, semasa Paris Fashion Week baru-baru ini. 

Jisoo dilihat menyarungkan gaun mini rona putih dengan sulaman hitam bermotifkan dewi Yunani kuno Anthena. Gaun berkenaan merupakan salah satu pakaian daripada koleksi Dior Resort 2022. Dia juga mengenakan kasut tumit tinggi hitam dan beg bimbit berwarna emas sebagai pelengkap gaya. Tidak sarat dengan aksesori namun seperti yang dijangka, Jisoo tetap tampil menawan.

Detik bermakna itu dikongsikan sendiri Jisoo di laman Instagram rasminya dengan kapsyen teruja menyaksikan pertunjukkan pertamanya di Paris. 

Sebenarnya, pelantun lagu 'Kill This Love itu' sudah bekerjasama dengan Dior sejak 2019 lagi sebagai duta  tempatan bagi Dior Beauty. Dia kemudian terus menjadi duta global untuk jenama terkenal dunia itu.  

Bahkan, Dior dalam satu kenyataan menceritakan bagaimana pemilik rumah fesyen iaitu Maria Graza menghasilkan koleksi musim gugur/dingin 2021 kerana terinspirasi daripada penyanyi Korea itu.

Hasil tinjauan Getaran di Instagram rasmi Dior mendapati, gambar selebriti Korea itu mendapat tanda suka tertinggi berbanding gambar lainnya seperti Rachel Zegler dan Elizabeth Debicki.

Terdahulu, ahli Blackpink yang lain juga merupakan wajah kepada jenama terkenal antaranya Jennie untuk Chanel, Rossie (Saint Laurent) manakala Lisa selaku duta global Celine.

Tahniah Jisoo dan Blackpink!

Sumber: Teen Vogue & Cantik Tempo.co

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

3

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

4

Gaya 1 tahun yang lalu

‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN