web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menyingkap Busana Perkahwinan Uqasha Senrose Oleh Shanell Harun

Mengimbau memori, Shanell Harun menyulam pengaruh Inggeris klasik pada rekaan busana perkahwinan terbaharunya - ‘Gabrielle 2021’

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2021 9:44AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapalah yang tidak mahu tampil cantik pada hari persandingan mereka, bukan? Seraya itu, pereka fesyen, Shanell Harun mencetuskan idea kelainan pada koleksi busana perkahwinannya, dengan memadukan konsep Inggeris klasik untuk Gabrielle 2021

Cukup sempurna dengan sosok aktres berdarah kacukan, koleksi ini turut menampilkan Uqasha Senrose sebagai muse atau pencetus ilham. Diketahui, Uqasha bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi dan kesempatan ini digunakan sebaiknya oleh Shanell Harun bagi merias pelakon wanita ini persis ratu sehari. 

Klasik, mewah & malar segar merupakan DNA fesyen Shanell Harun
Klasik, mewah & malar segar merupakan DNA fesyen Shanell Harun

I feel honoured menjadi orang pertama menyarungkan koleksi mewah ini. Jujurnya, Sha selesa dengan potongan baju dan setiap perincian yang digunakan. Ia bersesuaian dengan jiwa Sha,” jelas Uqasha yang bakal mendirikan masjid bersama pelakon Kamal Adli ini.

Turut menarik perhatian, aksesori yang digayakan Uqasha semasa sesi pempotretan kapsul ini ditaja oleh jenama intan permata dan barangan kemas terkenal di Malaysia, Habib Jewels. Aksesori-aksesori mewah bertatahkan berlian dan mutiara yang ditempa khas (bernilai lebih RM4 juta) itu membawa simbolik kepada cinta, pengharapan dan keabadian.

Berlian sinonim dengan wanita, pastinya menjadi lambang suci, sebagai tanda cinta abadi. Menjadikan Uqasha sebagai muse untuk kapsul Gabrielle 2021 adalah keputusan yang tepat. Uqasha tak kekok dalam menggayakan setiap satunya dengan sempurna. 

Gabrielle 2021 dijangka memukau para peminat fesyen tempatan dan bakal ratu sehari dengan perincian kemas pada busana sofistikatednya. Kain renda Perancis sebagai asas rekaan, dipadankan pula bersama layah separa lutsinar atau kerudung muka klasik berona putih. Pastinya membuat bakal pengantin tampil mempesona di hari bahagia mereka. 

“Gabrielle 2021 bersesuaian dengan jiwa Sha” – Uqasha Senrose
“Gabrielle 2021 bersesuaian dengan jiwa Sha” – Uqasha Senrose

Umum mengetahui, setiap awal tahun Shanell Harun akan mementaskan rekaan busana perkahwinannya di pentas peragaan. Namun tahun ini terkecuali akibat kekangan PKP 2.0 dan demi menyahut seruan kerajaan bagi memutuskan rangkaian COVID-19, tetapi itu bukan alasan untuk pereka fesyen muda ini untuk tidak terus berkarya. 

Akhir kata, sekalung penghargaan Shanell Harun ucapkan kepada glam squadnya-- solekan magis Dato Alha Alfa, dandanan rambut Syuk Kadir, jurugambar Nana Azman dan juruvideo Kahnz Photograffiti.

Gabrielle 2021
Gabrielle 2021

Intai Gabrielle 2021 di laman Instagram @shanellharun  – Getaran, 23 Februari 2021

SEMUA GAMBAR: SHANELL HARUN

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

3

Gaya 1 tahun yang lalu

‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Kek Secret Recipe Diterjemah Menjadi Busana Melayu Tradisional

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi