web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


#MetGala2021: Ada Apa Dengan Fesyen Aneh Kim Kardashian?

Aura Kim Kardashian mengubah landskap fesyen Met Gala ke era baharu.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2021 8:41AM

Gambar: AFP

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kim Kardashian ‘memecah’ Internet lagi dengan penampilan anehnya di Met Gala 2021 dalam persalinan busana hitam berlitup penuh dari hujung kaki ke hujung kepala dari Balenciaga.

Karpet merah sememangnya medan para selebriti Hollywood melaram sakan memaparkan busana-busana dari rumah-rumah fesyen termasyhur dunia.  

Ia juga menjadi wadah mempersembahkan wajah dan solekan terbaik mereka, tetapi apa yang berlaku apabila anda tidak dapat melihat wajah mereka sama sekali?

Adi busana serba hitam misteri yang lengkap dengan topeng muka ini tidak pernah ‘hadir’ di mana-mana karpet merah majlis fesyen segah Met Gala sebelum ini. 

Sepenuhnya mengaburkan ciri-ciri dan fizikal montok mogul realiti televisyen terkenal ini, penampilannya itu memberi suatu kata yang belum pernah dia miliki yakni ‘tanpa nama’. 

Lemah gemalai memasuki pekarangan karpet merah Met Gala dengan busana Balenciaga ciptaan pereka fesyen, Demna Gvasalia itu, semua mata tertumpu kepadanya.

Namun, dek aura Kim Kardashian yang 'memekat', paparazi dan pengkritik-pengkritik fesyen segera mengenal pasti siapakah gerangan yang menyarungkan busana hitam serba misteri ini.

Segala busana-busana gemerlapan yang disarungkan oleh para selebriti lain yang berada di sekitarnya terus malap, seolah-olah disedut deras oleh lohong hitam lutsinar. 

Benarlah, Kim Kardashian berjaya memukau semua dengan penampilannya kali ini walaupun bertutup litup sepenuh badan, sesuatu yang tak pernah kita jangka daripada keluarga Kardashian.

Dan, sesuatu yang dijangka, mantan isteri Kanye West yang kontroversi ini menjadi sohor kini di mana-mana media sosial utama dunia seperti Instagram, Facebook, TikTok dan Twitter. 

Penampilan anehnya itu menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet seantero dunia, menyamakan ia seperti ratu Alien, bahkan Dementor, bayangan jahat dari siri Harry Potter.

Apa yang pasti, Kim Kardashian berjaya mengubah landskap fesyen #MetGala2021 ke era baharu dengan penampilan ‘berani’, menongkah arus perdana. 

Tiada lagi perhiasan intan permata merata-rata, tiada lagi busana-busana ekstravaganza yang melewah-lewah. Ringkas dan padu. Sampai mesej.

Malam itu, Kim menjadi bintang paling bersinar meski tampil tanpa ‘muka’. - Getaran, 15 September 2021

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN