web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mohon Awal SPP Khas Penggambaran - Jurey

Meski ramai merungut SOP penggambaran ketat, sudah ada beberapa syarikat penerbitan memilih melakukan penggambaran di Janda Baik, Pahang. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2021 2:37PM

Gambar: Facebook Jurey Rosli

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) mengingatkan ahlinya yang terdiri daripada syarikat penerbitan supaya memohon Sijil Perakuan Penggambaran Filem Khas (SPP Khas) lebih awal iaitu tujuh hari bekerja sebelum tarikh penggambaran bermula.

Presidennya, Datuk Jurey Latiff Rosli berkata, tempoh itu diperlukan kerana pihak Pelulus Aktiviti Penggambaran Khas perlu menilai permohonan dengan mengambil kira segala perkara berkaitan aktiviti penggambaran. 

“Kita juga berharap semua ahli akan menyertakan dokumen lengkap beserta dengan pematuhan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan FINAS,” katanya. 

PTVM antara persatuan yang dilantik FINAS untuk menyertai Jawatankuasa Pelulus Aktiviti Penggambaran Khas. 

Menurut Jurey lagi, sebagai wakil industri, tugas PTVM dalam jawatankuasa itu adalah untuk membantu FINAS meneliti permohonan yang dibuat dan memudahkan urusan syarikat penerbitan yang membuat permohonan SPP khas. 

“Sebenarnya menerusi dokumen permohonan yang dibuat, urus setia di bahagian SPP Khas sudah pun membuat penapisan.  Proses seterusnya, mereka akan serahkan kepada jawatankuasa pula dan daripada situ ada pula pertimbangan lain yang perlu dibuat. 

 “Misalnya, bagaimana sesebuah produksi berjalan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Jika kami perlu memberikan justifikasi kepada FINAS, kami akan suarakan. Tugas kami tidak lebih daripada sekadar membantu aspek semak dan imbang, dalam perkara yang melibatkan pandangan penggiat industri

“Perlu dijelaskan, kami sama sekali tidak punya kuasa untuk meluluskan sebarang permohonan kerana ia tertakluk sepenuhnya kepada keputusan FINAS,” katanya. 

Biarpun ada produksi merungut apabila SOP penggambaran agak ketat, Jurey berkongsi FINAS sudah pun menerima permohonan daripada beberapa syarikat produksi untuk mendapatkan SPP Khas. 

"Semalam, dari jam 11 pagi hingga 1 petang, kita telah menilai permohonan beberapa buah syarikat penerbitan. Salah satunya produksi Mamat Khalid yang mahu membuat penggambaran di Kuala Kangsar. Dia memohon dengan mematuhi segala syarat yang ditetapkan. Cuma, permohonan itu dihantar agak lewat.

“Jadi, kita harap syarikat penerbitan akan menghantar permohonan lebih awal, sekurang-kurangnya dalam tempoh 7 hari bekerja. 

“Ini kerana, sekiranya permohonan SPP Khas diluluskan, mereka kena berurusan dengan agensi-agensi kerajaan yang lain termasuklah polis. 

“Jadi, kalau mereka hantar permohonan hari ini dan esoknya mahu buat penggambaran, memang susahlah untuk dapat kelulusan," katanya.  

Jelas Jurey lagi, sebahagian syarikat penerbitan membuat permohonan untuk meninjau beberapa kawasan. Ada yang terpaksa ditolak kerana tempat yang mahu dituju itu terletak dalam zon merah di Selangor dan Kuala Lumpur.

“Begitu pun, selepas ini kita akan cuba berbincang dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan FINAS, agar membenarkan tinjauan yang bersyarat di kawasan zon merah kerana ia hanya melibatkan dua atau tiga wakil produksi,” katanya. 

Memandangkan penggambaran hanya dibenarkan di negeri Fasa Dua dan seterusnya, Jurey Latiff Rosli mendedahkan banyak syarikat penerbitan memilih untuk melakukan penggambaran di Janda Baik.

“Walaupun Janda Baik terletak di Pahang, ia paling dekat dengan Selangor dan Kuala Lumpur. Sebab itulah banyak produksi memilih membuat penggambaran di sana,” katanya. 

Sambung Jurey lagi, permohonan SPP Khas bukan hanya terhad untuk penerbitan drama yang terhenti atau tergendala disebabkan PKP 3.0 semata-mata sebaliknya turut dibuka untuk drama baru. 

“Permohonan ini juga boleh dibuat bagi penerbitan drama baharu. Asalkan syarikat penerbitan dapat menunjukkan kontrak dengan pihak stesen penyiar, boleh sahaja. Kita pun mahu galakkan penggiat seni kembali bekerja," katanya. 

Gambar: Facebook Jurey Rosli

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 9 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN