Berita Terkini

16 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


FDAM Mohon FINAS Ambil Langkah Segera Bantu Pekerja Seni Yang Kritikal

Hampir saban hari FDAM menerima aduan daripada ahli-ahlinya dan penggiat seni lain mengenai kepayahan hidup yang mereka alami. Bantuan sebanyak RM100 juta kepada penggiat seni juga tidak nampak bayangnya.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2021 8:35PM

Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Ahmad Ibrahim (Mat London) dan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri. Gambar Fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) memohon agar FINAS mengambil langkah segera untuk membela nasib golongan pekerja industri kreatif perfileman yang ketika ini semakin genting dan sangat-sangat kritikal. 

Presidennya, Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London berkata, hampir saban hari pihaknya menerima aduan daripada ahli-ahlinya dan penggiat-penggiat seni lain mengenai kepayahan hidup yang mereka alami saat berhadapan dengan pandemik yang semakin menggila ini. 

“Terus terang saya katakan, ramai artis dan penggiat seni kita yang betul-betul tengah susah. Sekarang ini pun, kita dalam usaha untuk membantu tiga orang untuk mendapatkan rumah sementara di Program Penempatan Rakyat (PPR).

“Sebabnya, mereka ini sudah tidak mampu bayar sewa rumah serta telah dipaksa keluar. Wang simpanan mereka telah habis digunakan sepanjang pandemik. Mahu tidak mahu, kita terpaksa bantu. 

“Malah mereka juga tidak mampu membeli susu anak dan lampin. Anak yang tidak dapat minum susu hanya diberikan sirap.  Makan pula hanya berlaukkan telur dan sardin yang menerima bantuan yang diterima sebelum ini. Tiada lauk-pauk lain. 

“Melihat keadaan itu, FDAM telah mengumpul duit dan berjaya membeli 160 ekor ayam untuk diagih-agihkan kepada mereka yang sangat memerlukan pada waktu raya haji dulu.

“Kalau hendak diikutkan, ada lima orang kru produksi yang kita cuba bantu sekarang ini.

“Tapi, dua daripadanya sudah ambil keputusan untuk bawa anak dan isteri untuk pulang ke kampung. Jadi kita bantu mereka untuk dapatkan surat pelepasan daripada pihak polis bagi membolehkan mereka merentas negeri,” katanya kepada portal Getaran. 

“Mereka ini semua adalah rakyat negara ini, yang sama-sama membangunkan negara mengikut bidang masing-masing. Jangan pinggirkan mereka!” 

Menurut Mat London lagi, kenyataan ini terpaksa dibuat FDAM atas permintaan dan keluhan daripada anak seni iaitu dari kalangan pelakon mahupun kru. 

“Pada saat-saat genting sebegini, FDAM mengharapkan perkara ini akan dipandang berat pihak kerajaan terutama FINAS sendiri. 

“Tapi, FINAS nampaknya lebih sibuk mengaturkan kursus dan bengkel segala macam. Mereka lebih sibuk mencaturkan siapa yang layak dan tidak layak untuk masuk MyCAP (Program Peningkatan Kapasiti Kreatif Malaysia). Mereka kata tugas mereka bukan menjaga kebajikan anak-anak seni. 

“Tidak dinafikan, kursus dan bengkel yang diaturkan ini adalah untuk penggiat seni tapi dengan keadaan hidup mereka yang semakin terjejas ini, sudah pasti mereka tidak ada masa untuk memikirkan tentang soal bengkel dan kursus. 

“Jadi agensi mana yang sebenarnya bertanggungjawab memanfaatkan RM100 juta untuk penggiat seni seperti yang diumumkan Perdana Menteri itu?”

“Yang mereka utamakan adalah memikirkan bila nak kena usir dari rumah sewa? Bila kena usir nak angkut anak bini pergi ke mana? Anak kecil yang dah lama menghisap air sirap dalam botol susu ini pula bila akan dapat semula merasai susu?

“Kalau sekadar makan minum, mungkin ia bukan satu masalah besar. Berpuluh NGO tampil membantu. Tapi sekadar itu sajalah. Susu anak, lampin anak, pinjaman kereta atau motosikal, bil segala macam dan sewa rumah yang lama tertunggak? Siapa yang hendak bantu?

“Kerajaan ada mengumumkan bantuan sebanyak RM100 juta untuk diagihkan kepada anak seni tetapi sehingga kini, bantuan tersebut tidak nampak bayangnya,” soalnya lagi. 

Jelas Mat London lagi, bantuan barangan dan agihan daging korban pun FINAS hanya beri kepada persatuan-persatuan di bawah MyCAP saja. Itu pun ia mendapat tajaan daripada pihak lain.  

“Jadi agensi mana yang sebenarnya bertanggungjawab memanfaatkan RM100 juta untuk penggiat seni seperti yang diumumkan Perdana Menteri itu? 

“Apakan penggiat seni yang jumlahnya puluhan ribu ini perlu pergi ke Baitulmal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat? 

“Mereka ini semua adalah rakyat negara ini, yang sama-sama membangunkan negara mengikut bidang masing-masing. Jangan pinggirkan mereka! 

“Sudahlah hal kebajikan tidak dihiraukan, perancangan untuk memulihkan keadaan insan seni ini yang entah bila boleh mula bekerja juga tidak ada.” 

“Sepatutnya dalam keadaan genting sebegini, agensi-agensi kerajaan termasuk FINAS perlu membuka mata dan lebih berinisiatif untuk mendahulukan perkara yang lebih penting  buat masa ini iaitu kebajikan kepada pekerja seni. 

“Kerajaan juga, khususnya menteri yang menjaga FINAS, jenguk-jenguklah sikit ke bawah. Jangan main dengar saja laporan daripada pegawai-pegawai. Laporan selalunya cantik molek tetapi tidak menggambarkan situasi sebenar,” katanya. 

Sambung Mat London lagi, dia amat terkilan sekali dengan tindakan FINAS yang tidak menghiraukan kebajikan penggiat-penggiat seni.

“Sudahlah hal kebajikan tidak dihiraukan, perancangan untuk memulihkan keadaan insan seni ini yang entah bila boleh mula bekerja juga tidak ada. 

“Kalau sekadar memberi kenyataan mereka memandang serius keadaan anak seni menghadapi pandemik, tanpa apa-apa melakukan apa-apa tindakan untuk membantu keluar dari kemelut ini, ia mungkin adalah satu  kenyataan yang boleh dianggap retorik,” katanya lagi. 

Tentang SOP untuk melakukan penggambaran pula, Kata Mat London, ia sama juga tidak berpihak kepada industri kreatif hingga menyukarkan syarikat produksi untuk bergerak serta melakukan penggambaran. 

“Mengapa FINAS tidak nasihatkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) tentang hal-hal SOP ini?

“Walhal, segelintir orang-orang yang duduk di kerusi FINAS adalah orang-orang dari kalangan industri kreatif sendiri. Bukan mereka tidak biasa buat shooting

“Mereka tahu bagaimana sesuatu penggambaran dilakukan dan mereka juga tahu betapa sukarnya melakukan penggambaran,” katanya. - Getaran, 5 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Skim PERKESO Bagi Pekerja Sektor Perfileman Akan Dilaksanakan Segera

4

Selebriti 7 bulan yang lalu

Teruk Dikecam, Netizen Masih Sokong Perniagaan Zul Yahya  

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Selebriti 19 jam yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah

Selebriti 7 jam yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

Pelakon jelita berkenaan berkongsi kejayaannya itu di akaun media sosial miliknya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 15 jam yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

Sheriff:Narko Integriti berjaya peroleh kutipan RM16.3 juta selepas empat hari ditayangkan 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Skandal Baharu Aliff Aziz Terbongkar, ‘Ibu Terpaling’ Padam IG?

oleh Wartawan Hiburan Getaran