Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Yus Waisar Rancak Siapkan 'Alibi' Di Sarawak, Akui SOP Ketat! 

Pengarah Yus Waisar akui tidak ada masalah menjalani penggambaran di Kuching, Sarawak kerana tiadanya pelaksanaan PKP, namun begitu seluruh kru dan pihak produksi perlu mematuhi SOP yang ketat. 

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2021 7:48PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada saat kebanyakan penggiat drama tempatan masih berdepan dengan kekangan serta kesukaran  untuk menyambung semula penggambaran drama bersiri yang tertunda akibat pelaksanaan PKP di Kuala Lumpur dan Selangor, berbeza pula keadaannya dengan sutradara Yus Waisar atau Yusree Sarijan. 

Ketika ini, Yus Waisar sedang rancak menyiapkan penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul 'Alibi' di Kuching, Sarawak terbitan Syaz Petra untuk tayangan TV Sarawak (TVS). 

“Mana anda tahu saya berada di sini?” soalnya kepada Portal Getaran. 

Yus Waisar komited sebagai pelakon dan pengarah
Yus Waisar komited sebagai pelakon dan pengarah

Kata Yus Waizar, dia berada di Kuching, Sarawak sejak Disember tahun lalu untuk menyiapkan penggambaran 'Alibi'. 

“Memandangkan projek ini meraih dana DKD, maka pihak produser terpaksa menyiapkannya mengikut tempoh yang sudah ditetapkan. 

“Ya, saya akui memang tidak ada masalah untuk menjalani penggambaran di Sarawak. Akan tetapi, pihak produksi perlu mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan FINAS untuk melakukan penggambaran melalui permohonan SPP khas dan ia kemudian harus melalui Sarawak Disaster Management Committee (SDMC) serta Sarawak Tourism Board (STB).

“Selepas semua ini lulus, barulah kita boleh memulakan penggambaran. Selagi tidak ada kelulusan, kita duduk dan tunggu sahajalah dan hal-hal sebegini yang boleh membuatkan kos produksi bertambah,” katanya. 

Antara babak menarik dalam Alibi.
Antara babak menarik dalam Alibi.

Menceritakan proses awal untuk melakukan penggambaran di sana, Yus Waisar berkata, sebaik sahaja tiba di Kuching, dia dan 11 kru perlu melakukan ujian calitan terlebih dahulu dan kemudian menjalani kuarantin selama 14 hari. 

“Kos untuk menjalani ujian calitan serta kuarantin untuk setiap individu adalah sebanyak RM2400. Jadi, anda darabkan jumlah itu dengan 11 orang. Itulah kos yang perlu ditanggung syarikat produksi sebelum penggambaran bermula. 

“Selepas ujian calitan lulus, kami perlu menunggu jawapan daripada SDMC dan STB. Untuk mendapatkan kelulusan daripada SDMC, kami telah menghantar permohonan untuk membuat penggambaran lebih awal. 

“Setelah mendapat kelulusan daripada ketiga-tiga pihak ini, barulah kami diberi kebenaran untuk melakukan penggambaran. Namun, bukan semua tempat kita boleh jadikan lokasi penggambaran kerana ia perlu mendapat kebenaran SMDC. 

“Dan, sewaktu berada di lokasi, wakil FINAS dan STB akan membuat pemeriksaan untuk melihat sama ada kita benar-benar patuh SOP atau tidak. 

“Jadi, walaupun tidak ada masalah untuk penggambaran di sini kerana tidak terkongkong dengan PKP, kita kena lalui SOP yang agak ketat," katanya.

Bercerita tentang drama 'Alibi' arahannya itu, Yus Waisar berkata, ia memaparkan kisah penyiasatan polis. 

“Ia menceritakan tentang seorang lelaki yang dituduh melakukan jenayah dan berusaha menjejaki individu yang boleh menjadi alibi bagi membantunya.  

“Untuk drama bersiri ini saya telah menggunakan 100 peratus khidmat pelakon negeri ini kerana itulah syarat yang sudah ditetapkan TVS.  

“Jadi, sebelum penggambaran dimulakan, kita buat kelas asas lakonan selama seminggu dan kemudian seminggu lagi berlakon di hadapan kamera.

“Kami mahu mereka yang menjayakan dram ini didedahkan dengan aspek-aspek lakonan sebelum mereka masuk lokasi,” katanya. 

Jelas Yus Waisar lagi, konsep mentor dan pemindahan ilmu tidak hanya dilakukan dalam kalangan pelakon tetapi juga kru tempatan. 

“Sebab itulah saya bawa 11 kru berpengalaman dari Semenanjung. Saya mahu kru produksi di sini belajar tentang aspek teknikal dalam pembikinan sesebuah drama. 

‘Alhamdulillah, nampaknya proses mentoring dan pemindahan ilmu itu benar-benar berlaku dan memang itulah misi serta visi saya dan pihak penerbit.

“Jadi selepas ini, penggiat seni di Sarawak mampu menghasilkan karya drama atau filem mereka sendiri. Secara tidak langsung ia dapat buka peluang kerjaya buat ramai kru dan pelakon di sini," katanya.  

Alibi mengetengahkan 100 peratus anak jati Sarawak sebagai pelakon dan kru.
Alibi mengetengahkan 100 peratus anak jati Sarawak sebagai pelakon dan kru.

Dalam pada itu, Yus Waisar memaklumkan, sebaik sahaja penggambaran 'Alibi' selesai, dia akan menyiapkan semula filem Bangkitnya Hantu yang tertangguh sebaik sahaja PKP pertama dilaksanakan tahun lalu. 

“Kebetulan penggambaran filem ini memang dilakukan di Sarawak. Jadi, habis sahaja Alibi, saya akan terus berkampung di sini sehingga akhir Disember nanti untuk menyambung semula penggambaran filem Bangkitnya Hantu yang berbaki sebanyak 60 peratus. 

“Saya tidak pasti sama ada mahu menyambung semula penggambaran atau melakukan semula penggambaran sepenuhnya. 

“Khusus untuk filem ini, kita telah pun membina sebuah rumah bagi watak lelaki yang akan bangkit semula menjadi hantu selama 44 hari.

“Akan tetapi, selepas tertangguh sekian lama, keadaan rumah itu sudah tidak terurus dan dipenuhi dengan semak-samun. Jadi, banyak perkara yang harus diambil kira jika kita mahu menyambung semula penggambaran,” katanya. 

Sambung Yus Waisar lagi, Bangkitnya Hantu adalah sebuah karya bergenre komedi gelap dan sama sekali berbeza dengan telefilem 'Bangkitnya Pocong 44 Hari'. 

Bangkitnya Hantu sebuah kisah yang cuba memaparkan keturunan bangkit di Sarawak. Keturunan ini perkara yang cukup taboo untuk diperkatakan dan saya akan sulamkan dengan seni bertandak yang masih lagi relevan dalam kalangan masyarakat Melayu Sarawak,” katanya. 

Gambar: Yus Waisar



 

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 minggu yang lalu

Resipi Mentua Rahsia Usahawan Wanita Raih Pendapatan Enam Angka

2

Selera 1 bulan yang lalu

Selera Peranakan Baba Nyonya Di Bumi Kenyalang

3

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Hujan Lebat Tak Berhenti, Kuching Dilanda Banjir Kilat

4

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 22 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Budaya 18 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran