web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Durian 'Mustaqim': Karya Santai, Tegur Sikap Penjual

Sukri Sulaiman dari Kampung Sura Tengah, Dungun telah mencetuskan fenomena 'durian Mustaqim' melalui beberapa siri video yang dimuat naik ke media sosial seperti YouTube, Facebook, Tik Tok dan Instagram.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2021 9:00AM

Gambar: Instagram @sukrisulaiman_

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Durian Mustaqim bukanlah varieti baharu raja buah di negara ini, namun ia tular dan menjadi sebutan ramai susulan kreativiti seorang penggiat YouTube atau YouTuber iaitu Muhamad Sukri Sulaiman.

Anak muda berusia 26 tahun dari Kampung Sura Tengah, Dungun itu adalah pencetus kepada fenomena 'durian Mustaqim' melalui beberapa siri video yang dimuat naik ke media sosial seperti YouTube, Facebook, Tik Tok dan Instagram.

Muhamad Sukri berkata lakonan dalam video itu adalah karya santainya yang memaparkan realiti semasa mengenai durian termasuk harga tinggi yang menjadi keluhan pembeli, susah payah penanam durian dan manipulasi harga yang dilakukan oleh orang tengah dalam urusan jual beli.

"Saya pilih nama durian Mustaqim kerana sebutannya yang begitu hampir dengan Musang King. Ia sangat catchy dan sesuai untuk jadi jenama dari sudut pemasaran video tersebut.

"Namun, harga durian Mustaqim iaitu RM800 untuk satu kilogram itu sekadar gurauan, tak sangka pula ia terus tular dan menjadi 'penanda aras' untuk netizen buat perbandingan harga durian di pasaran Malaysia ketika ini," katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.

Pemilik Sukri Sulaiman Production itu bukanlah nama baharu di Terengganu kerana beliau telah terlibat dengan penghasilan pelbagai jenis video kreatif sejak 2016 dan banyak memenangi pertandingan yang disertai sepanjang tempoh itu.

"Pada mulanya, saya hanya gunakan telefon pintar sahaja untuk menghasilkan video nak bantu usahawan di sekitar Terengganu promosikan produk dan perkhidmatan mereka tanpa sebarang caj.

"Lama-kelamaan, permintaan semakin tinggi dan saya pun ada ikuti kursus daripada beberapa penggiat YouTube terkenal bagaimanakah caranya untuk menjana wang daripada video yang dihasilkan agar mampu menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama," katanya yang kini turut menganjurkan kelas untuk mereka yang berminat menjadi seorang YouTuber.

Ditanya cabaran dalam menghasilkan video durian Mustaqim yang bermula pada Mei tahun lepas, Muhamad Sukri berkata beliau terpaksa menjalankan penggambaran untuk 10 siri video tersebut (tiga siri pada 2020 dan tujuh siri pada tahun ini) di sekitar rumahnya sahaja kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di seluruh negara.

"Pelakon pun kawan-kawan rapat dan jiran terdekat. Kami gunakan 'props' sekadar yang ada, bina sendiri pondok durian di belakang rumah, cipta suasana yang sesuai dijadikan lokasi kebun durian.

"Dialog juga santai dalam dialek Terengganu, meskipun agak 'kasar' namun itulah realitinya perbualan rakyat di negeri ini dan kami sediakan sari kata untuk memudahkan penonton faham jalan cerita video tersebut," katanya.

Ditanya impak positif video durian Mustaqim itu, beliau berkata ramai pembeli dan penjual durian memahami pengajaran yang hendak disampaikan iaitu tidak menipu dalam urusan jual beli, menghargai kesusahan pekebun durian dan memahami konsep permintaan dan penawaran untuk durian berkualiti tinggi.

"Durian Mustaqim bukan sekadar lakonan, saya mahu berdakwah melalui video itu agar semua pihak mengamalkan konsep patuh syariah dalam kehidupan terutama dalam perniagaan.

"Begitu juga dengan ratusan video lain yang telah dihasilkan, niat saya agar penonton dapat mencari nilai-nilai murni kemanusiaan.

"Itu juga yang saya pesan kepada lebih 200 peserta kursus yang saya kendalikan agar mereka pastikan pelakon beragama Islam tutup aurat dan tonjolkan kebaikan agar semua yang menonton dapat sesuatu yang positif dalam video yang dihasilkan," katanya.

Selain durian Mustaqim, video hasil kru produksinya yang pernah mendapat tontonan tertinggi ialah 'Suamiku Rock' iaitu sebanyak 6.3 juta tontonan di Facebook.

Harapannya agar lebih ramai anak muda menggunakan bakat dan kreativiti yang ada di platform yang tepat kerana media sosial menawarkan potensi besar untuk menjana pendapatan lumayan pada masa ini dan akan datang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Semasa 5 hari yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Di Pelantar Minyak: PETRONAS Sahkan 3 Maut

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 7 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN