web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kenapa Tiba-Tiba Tukar Pengacara? Ini Jawapan TV3

Selepas juruhebah, kini giliran pengacara televisyen pula diganti secara mengejut. Apa yang jadi sebenarnya?

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Jul 2021 9:42AM

Nabila Huda. Gambar Fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai masih terkejut dengan berita beberapa penyampai radio Hot FM tidak disambung kontrak perkhidmatan pada minggu lalu. Namun, kejutan itu nampaknya tidak terhenti di situ apabila  TV3 mengumumkan pertukaran pengacara untuk beberapa program yang dilihat berlaku secara tiba-tiba. 

Rombakan itu melibatkan tiga program besar stesen berkenaan iaitu Muzik Muzik, Melodi dan Nona. Menerusi program Muzik-Muzik, Sissy Iman bakal bergandingan dengan Alif Satar menggantikan tempat Daiyan Trisha. Manakala untuk  Nona pula, ia bakal dikendalikan pelakon Amyra Rosli menggantikan Mira Filzah.

Tumpuan lebih diberikan kepada program hiburan Melodi yang kini hanya mempunyai seorang pengacara sahaja iaitu Nabila Huda bagi menggantikan Awal Ashaari dan Janna Nick. Apa sebenarnya kemelut yang berlaku sehingga menyebabkan keputusan drastik itu dilakukan?

Menjawab persoalan itu, Pengurus Besar Kanan, Penerbitan Program Dalaman, Rangkaian Televisyen Media Prima, Nor Shahila Harun Shah berkata segala rombakan dan pembaharuan itu dilakukan sebagai proses evolusi sesuai dengan cabaran pandemik semasa. 

Nor Shahila Harun Shah, Pengurus Besar Kanan, Penerbitan Program Dalaman, Rangkaian Televisyen Media Prima.
Nor Shahila Harun Shah, Pengurus Besar Kanan, Penerbitan Program Dalaman, Rangkaian Televisyen Media Prima.

“Pertukaran ini melibatkan banyak platform termasuklah radio, televisyen dan digital. Dalam keadaan sekarang, kita berdepan banyak kekangan memandangkan siaran langsung dan penggambaran tidak boleh dilakukan. Jadi, kita kena rombak balik segala perancangan yang sudah dirangka bertahun-tahun.  

“Sebenarnya, bukan hanya wajah di depan kamera sahaja bertukar malah mereka yang bekerja di belakang tabir pun sama.

“Pandemik ini bukan hanya mengubah cara hidup malah ia juga mengubah budaya kerja. Mungkin perubahan ini nampak macam tiba-tiba sebab kita buat keputusan dengan kadar segera. Kita kena berevolusi dengan cepat,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media hos baru Melodi baru-baru ini.

Shahila turut memaklumkan durasi tayangan Melodi juga akan dipendekkan kepada satu jam selain menjanjikan cara penyampaian pengisian yang lebih padat sesuai dengan selera pentonton. 

Menzahirkan rasa syukur diberi peluang mengacarakan program popular itu, Nabila Huda menyifatkan ia sebagai rezeki memandangkan belum pernah ada mana-mana stesen televisyen memberikan tanggungjawab sebesar ini kepadanya.

“Sejak tidak boleh melakukan penggambaran, saya ternanti-nanti bila boleh kembali bekerja. Rezeki yang datang sebegini saya anggap sebagai benda yang positif. 

“Saya doakan orang lain dapat rezeki yang banyak juga. Saya dah dapat bahagian saya lebih-lebih lagi dalam situasi pandemik ini. Saya bersyukur sangat-sangat,” katanya yang giat bertanya tip pengacaraan dan nasihat daripada rakan selebriti sebagai persediaan.

Debut solo Nabila Huda sebagai pengacara akan bermula pada Ogos ini dan bakal menemui penonton setiap Ahad jam 12:30 tengah hari. - Getaran, 27 Julai 2021.

Gambar: Media Prima

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 7 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN