web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahli FDAM Bakal Dapat Vaksin Berkelompok

FDAM menyasarkan 100 peratus pengarah dan penggiat seni yang bekerja di lapangan mengambil peluang untuk terbabit dalam program vaksin ini.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2021 10:19AM

Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menyasarkan 100 peratus pengarah dan penggiat seni menyertai program suntikan vaksin secara berkelompok yang akan dilaksanakan untuk ahli persatuan itu di Lembah Klang.

Presiden FDAM Dr. Ahmad Ibrahim berkata peluang itu turut terbuka kepada pasangan mereka dan anak berusia 18 tahun ke atas.

Presiden FDAM Dr. Ahmad Ibrahim
Presiden FDAM Dr. Ahmad Ibrahim

“FDAM membawa berita gembira buat ahlinya apabila berjaya mendapat ruang untuk suntikan vaksin secara berkelompok.

“FDAM menyasarkan 100 peratus pengarah dan penggiat seni yang bekerja di lapangan mengambil peluang untuk terbabit dalam program vaksin ini...hanya untuk ahli yang menetap dan mendaftar di Lembah Klang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata senarai nama mereka yang memohon suntikan itu akan dihantar kepada Kementerian Kesihatan, hari ini (19 Julai).

Sementara itu, beliau berkata setakat ini sejumlah 1,683 kotak keperluan asas diagihkan kepada warga seni yang terkesan akibat pandemik COVID-19 menerusi program RESQ ANAK SENI. 

Pengagihan itu, katanya, dibuat secara berperingkat dengan fasa pertama meliputi Lembah Klang iaitu zon Puchong, Keramat AU2, Setapak dan Taman Melawati serta Nilai dan Seremban (Negeri Sembilan).

"Bantuan merangkumi pengarah, penerbit, kru produksi, pelakon dan penyanyi serta golongan yang sering terpinggir seperti pelakon tambahan, penari, kru teater dan busker (penghibur jalanan) ini akan diperluas ke zon lain termasuk Sabah dan Sarawak pada fasa kedua,” katanya.

Bantuan-bantuan itu adalah hasil sumbangan Yayasan Maghfirah; Yayasan FELDA; GISB Holdings Sdn Bhd; Intelek Muda Nasional dengan Kerjasama Pertubuhan Amal Global Care; Jihad Anak Seni; Laguna by Sofia dengan Kerjasama Pertubuhan Ummah Nusantara Malaysia; Koperasi An-Najah; Intelspeed Sdn Bhd; dan Bob Auto Puchong. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Presiden FDAM ‘Mat London’ Meninggal Dunia

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Belgium Akan Musnahkan Hampir 6 Juta Vaksin COVID-19 Yang Luput

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 6 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN