Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


'Dynasty Warriors' Padat Dengan Momen Aksi Pertarungan Fantasi Hebat

Walaupun filem ini punya banyak kelemahan yang ketara, namun ia pasti tidak akan terlalu dipersoalkan oleh para peminat setia siri permainan video 'Dynasty Warriors.'

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2021 6:54PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem ini sebetulnya diadaptasi daripada siri permainan video, Dynasty Warriors yang diterbitkan syarikat Jepun bernama Koei Tecmo. Maka, kemunculannya memang sangat ditunggu-tunggu para peminat ‘kipas susah mati’ siri permainan video ini.

Apa yang menarik, siri permainan video Dynasty Warriors ini juga sebenarnya diadaptasi daripada novel sejarah, Romance of the Three Kingdoms karya Luo Guanzhong yang berlatarbelakangkan kurun ke-14 iaitu di penghujung pemerintahan Dinasti Han dan tiga kerajaan besar dalam sejarah China pada tempoh itu.

Karya Luo Zhong ini memang telah diangkat sebagai antara empat karya hebat novel klasik dalam sejarah kesusasteraan Cina. Tidak hairanlah mengapa ia banyak kali diadaptasi di dalam seri televisyen, manga dan juga permainan video. 

Berbalik kepada Dynasty Warriors yang telah pun ditayangkan di Hong Kong pada 29 April dan China (30 April) yang lalu, garapan filem ini sebenarnya boleh diklasifikan sebagai agak mengecewakan. 

Terlalu banyak benda yang ingin disumbat di dalam filem ini sehingga pembangunan watak dalam filem ini tidak dilakukan terutama untuk watak Liu Bei (Tony Yo-ning Yang), Guan Yu (Geng Han) dan Zhang Fei (Justin Cheung).

Barangkali pengarahnya, Roy Chow menganggap ia sesuatu yang tidak perlu kerana fokus sasaran penonton mereka adalah dalam kalangan peminat-peminat setia siri permainan video Dynasty Warriors yang sudah arif serta mengenali watak-watak ini. 

Tapi, bagaimana pula dengan mereka bukan peminat video game Dynasty Warriors? Pasti ada di antara mereka yang terpinga-pinga untuk memahami watak-watak serta jalan cerita ini. 

Bukan setakat itu sahaja, penghasilkan CGI dan kesan visual dalam filem ini juga agak lemah dan ini sedikit mengecewakan kerana ia sedikit sebanyak memberikan kesan kepada penonton untuk menikmati babak-babak aksi yang hebat dan penuh dramatik.

Malah, hala tuju filem ini juga boleh dipertikaikan. Apakah sebetulnya bentuk kiblat filem ini? Adakah ia sebuah filem epik untuk mengangkat sejarah Dinasti Han dan tiga kerajaan besar itu atau pun ia sebenarnya ingin memaparkan kehebatan hero atau pahlawan dalam seni mempertahankan diri? 

Selaku pengarah, Roy Chow seolah-olah seperti tidak pasti untuk memilih kiblat dan hala tuju filem ini dan ia menyebabkan filem ini seolah-olah seperti hilang arah.

Sayang sekali kerana bajet yang digunakan untuk menghasilkan filem ini agak besar iaitu sebanyak HK$300 juta (RM160,380.000) tapi hasil pembikinannya pula tidak dilakukan dengan kemas. 

Pun begitu, filem ini juga padat dengan aksi-aksi pertarungan yang hebat beserta dengan momen-momen yang menarik. Misalnya, babak kejar-mengejar di antara Lu Bu (Louis Koo) dengan Cao Cao (Kai Wang).  

Babak tersebut membawa penonton melihat bagaimana aksi kejar-mengejar itu dilakukan di atas bumbung-bumbung rumah sehingga masuk ke hutan dan kemudian diikuti dengan serangan Lubu terhadap Cao Cao dan bagaimana tangkasnya dia menepis serangan tersebut dengan menyelinap di antara pokok-pokok. Ia penuh mendebarkan! 

Babak yang turut meninggalkan kesan adalah apabila Cao Cao dan Liu Bei melakukan pertarungan sambil membincangkan strategi untuk menyelinap masuk ke kota Luoyang demi menjayakan misi untuk menyelamatkan maharaja muda, Liu Bian. 

Dari puncak batu yang berbukit, mereka bertarung menjejak rumput dan membelah batu-batu yang berbukit itu dan akhirnya mereka mencapai kata sepakat. Ia membuatkan mata penonton terpaku apatah lagi bila lokasinya dilakukan di New Zealand.  Kesemua babak perang dilakukan di negara Kiwi itu. 

Babak terakhir adalah babak yang klimaks. Sewaktu Cao Cao cuba menguasai Luoyang, Liu Bei bersama dua sahabatnya yang setia iaitu Guan Yu dan Zhang Fei pula menyerang Hu Lao Gate dan terpaksa berdepan dengan Lubu.

Pertarungan bersama tentera-tentera kedua-dua belah pihak itu agak sengit dan masing-masing menggunakan kuasa senjata mereka. Apa yang menarik di sini, Liu Bei bersama Guan Yu dan Zhang Fei telah menggunakan strategi peperangan yang cukup tactical. 

Bagaimanapun misi mereka tidak selesai. Maharaja muda telah dibawa pindah ke tempat lain dan banyak lagi persoalan yang tidak terjawab. Semua ini memberi maksud bahawa akan wujud filem kedua Dynasty Warriors. 

Walaupun filem yang sarat dengan tema persahabatan, kesetiaan kepada pemerintah, semangat patriotisme serta semangat juang yang tinggi ini punya banyak kelemahan yang ketara, namun ia pasti tidak akan dipersoalkan sangat peminat-peminat kipas susah mati siri permainan video Dynasty Warriors. 

 

Sinopsis: 

Mengisahkan tiga orang wira Liu Bei (Tony Yo-ning Yang), Guan Yu (Geng Han), dan Zhang Fei (Justin Cheung) yang sangat taat dan setia kepada pemerintah Dinasti Han.

Malah, mereka punya matlamat untuk menyelamatkan Liu Bian selepas maharaja muda itu itu digulingkan daripada takhta oleh canselor raja yang jahat iaitu Dong Zhuo (Suet Lam).

Cao Cao (Kai Wang) iaitu hamba yang setia kepada maharaja muda itu juga mempunyai matlamat yang sama.  Sanggup mengorban segalanya untuk menyelamatkan semula maharaja muda itu dan mengembalikan semula kegemilangan Dinasti Han dengan menghapuskan segala korupsi dan jenayah yang dilakukan pembesar-pembesar.

Mereka bergabung untuk menumpaskan Dong Zhuo, namun terpaksa berdepan dengan pertarungan hebat dengan seorang jeneral bernama Lu Bu (Loius Khoo) yang juga merupakan orang kepercayaan Dong Zhuo. - Getaran, 6 Julai 2021

 

Dynasty Warriors 

Pengarah: Roy Chow 

Diterbitkan:  Roy Chow, Christine Teo dan Stephen Shiu Jr

Lakon Layar:  Christine Teo

Pengarah Fotografi: Kenny Tse 

Muzik: Yusuke Hatano

Pelakon: Louis Koo, Carina Lau, Wang Kai, Tony Yang, Han Geng, Justin Cheung, Gulnazar dan Rey Lui 

Genre: Aksi Fantasi 

Tarikh Tayangan: 1 Julai 2021 

Platform: Netflix 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 9 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Tourism Malaysia Yakin Sasaran 5 Juta Pelancong Dari China Dapat Dicapai

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Tidak Sebelahi Mana-Mana Negara, Sambut Baik Pelaburan Beri Manfaat - PM

Sorotan

1

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

2

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

3

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

4

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

5

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

6

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 9 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Daud Kim Menipu?

oleh Fida Ruzki

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

De Fam jawab kritikan dan jelaskan lirik lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

oleh Wartawan Getaran