web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Astro dan Netflix Rasmi Bekerjasama!

Para pelanggan Astro akan dapat menonton program menarik Netflix di saluran TV berbayar itu tidak lama lagi.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2021 4:47PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bukan sekadar spekulasi! Sebaliknya, kerjasama di antara Astro dengan Neflix telah pun dicapai apabila termeterainya perjanjian strategik yang akan membawakan perkhidmatan penstriman terkenal Netflix ke platform Astro. 

Ia sekaligus bakal memberikan pengalaman hiburan yang luar biasa buat pelanggan Astro yang sentiasa dahagakan kandungan-kandungan yang menarik serta menghiburkan menerusi platform atas talian. 

Dengan termeterainya perjanjian tersebut pada hari ini, pelanggan Astro bakal menikmati akses untuk menonton Netflix menerusi kotak Ultra dalam tempoh masa beberapa bulan akan datang. Ini merupakan antara ciri-ciri kefungsian terbaharu yang diperkenalkan bagi mengintegrasikan perkhidmatan penstriman global di platform Astro.

Menerusi kerjasama ini, pelanggan Astro dan Netflix di Malaysia kini boleh menguruskan akses pembayaran yuran langganan Astro dan Netflix mereka dengan lebih mudah dalam satu bil yang sama, dengan nilai tambah yang lebih baik.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan berkata, kerjasama yang termeterai dengan Netflix mengukuhkan lagi kedudukan Astro sebagai destinasi hiburan No.1 bagi rakyat Malaysia.

“Apatah lagi, ia menawarkan perkhidmatan penstriman terbaik di samping pelbagai kandungan hebat seperti naskhah asli atau originals, program signatures, tayangan acara sukan secara langsung serta filem blockbuster tempatan untuk dinikmati.  

“Pengumuman ini diharap dapat meningkatkan lagi prestasi Astro di dalam kepimpinan pasaran serantau dalam memberikan pengalaman hiburan terbaik kepada rakyat Malaysia."

Sementara itu, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan APAC, Netflix, Tony Zameczkowski pula menjelaskan, pihaknya amat berbesar hati dengan pakatan strategik yang terjalin dengan Astro.

“Kerjasama ini  membolehkan kami membawa kandungan hiburan bertaraf dunia di pelbagai peranti pintar pilihan untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia.

“Antaranya ialah rangkuman program menarik daripada koleksi filem Hollywood seperti Army of the Dead, La Casa de Papel dari Sepanyol, Lupin (Perancis) dan K-drama seperti Vincenzo.

“Kami percaya bahawa kisah-kisah terhebat seperti ini boleh datang dari mana sahaja dan turut diminati oleh audiens seluruh dunia,” katanya. 

Netflix merupakan edisi terbaharu yang menyertai perkhidmatan penstriman kian berkembang kendalian Astro, bersama Astro GO, Disney+ Hotstar, HBO Go dan iQIYI, seterusnya menjadikan syarikat ini sebagai pengagregat perkhidmatan penstriman nombor satu negara dan destinasi hiburan pilihan ramai.

Dapatkan maklumat lanjut dan info mengenai pendaftaran di https://astro.com.my/Netflix.

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pahabaq Kedah? Jom Pakat Bergelak Ketawa Dengan Sepahtu Reunion

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 3 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN