web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Barbarian Invasion – Filem Malaysia Menang Festival Filem Antarabangsa Shanghai

Filem arahan Tan Chui Mui ini dibintangi oleh Pete Teo, Bront Palarae dan James Lee.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2021 7:12PM

Gambar: hkiffcollection.org.hk

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem bebas, Barbarian Invasion arahan pengarah wanita muda, Tan Chui Mui berjaya memenangi Hadiah Utama Juri selaku Filem Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Shanghai.

Barbarian Invasion dibintangi oleh Tan Chui Mui sendiri bersama pelakon Bront Palarae, pemuzik, Pete Teo dan pengarah pentas James Lee selaku pelakon-pelakon utamanya. Bianca Balbuena dari Filipina bertindak selaku penerbit bersama.

Sebelumnya, filem ini pernah terlibat dalam satu projek filem bersama Persatuan Filem Antarabangsa Hong Kong dan Heaven Pictures dari China. Projek filem ini dinamakan sebagai ‘B2B A Love Supreme Project’.

B2B tersebut bermaksud ‘Back to Basics’ (kembali ke asas), dengan setiap pengarah terpilih hanya diberikan bajet berjumlah RMB¥1,000,000 (kira-kira US$145,000) untuk menghasilkan sebuah filem yang bertaraf antarabangsa.

Tan Chui Mui menjadi antara pengarah muda dari Asia yang terpilih, bersama-sama lima pengarah yang lain, antaranya Tsai Ming Liang (Taiwan), Ishii Yuya (Jepun), Zhang Lu (Korea), Yang Jin (China) dan Philip Yung (Hong Kong).

 

Sinopsis Barbarian Invasion

Moon Lee, seorang pelakon wanita veteran, telah menjadi ibu sepenuh masa dan sudah bercerai setelah bersara. Bergelut untuk mendapatkan kembali rasa percaya pada dirinya, dia membuat keputusan untuk bekerja semula dengan pengarah, Roger Woo.

Lee diberikan watak utama dalam sebuah filem seni mempertahankan diri. Watak itu memerlukan latihan yang intensif. Walaupun pada mula tidak pasti, Lee terpaksa meninggalkan anak lelakinya dalam jagaan pembantu Roger untuk dia memberikan komitmen penuh dalam menjalani latihan tersebut.

Sebaik sahaja Lee mulai yakin dan percaya pada dirinya, Roger memberitahu-- satu-satunya cara filem ini dapat berjalan dengan lancar adalah dengan memilih mantan suaminya, Julliard sebagai watak utama lelaki.

 

Barbarian Invasion

Genre: Fiksyen/Aksi

Bahasa: Mandarin, Kantonis, Melayu

Durasi: 106 Minit

Negara: Hong Kong, Malaysia

Produksi: Musim panas 2021

Penerbit: HKIFFS & Heaven Pictures

Barbarian Invasion merupakan filem Malaysia, pertama seumpamanya yang berjaya menggondol anugerah di festival filem berprestij di China ini. Tahniah kami ucapkan! – Getaran, 20 Jun 2021

Isu Pada

YHB Sleepsalot Mencari Suara Sendiri

19 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 3 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN