web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengarah Filem Malaysia Terpilih Sebagai Menti Di BIFAN

Tak henti-henti pencapaian yang diterima oleh filem 'Belaban Hidup'. Terkini, pengarahnya, Ray Lee terpilih menjadi menti di Bucheon International Fantastic Film School (BIFAN).

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2021 6:45PM

Gambar: Instagram @rayleeproducer

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah filem kelahiran Sarawak, Ray Lee telah terpilih menjadi menti di Bucheon International Fantastic Film School (BIFAN), menurut Persatuan Pengarah Filem Malaysia menerusi satu kenyataan hari ini.

Program yang berkonsepkan mentor menti ini memilih 35 orang peserta dari seluruh dunia dan Ray merupakan satu-satunya peserta dari Malaysia.

“Saya terima tawaran ini dan berjanji akan menaikkan nama Malaysia. Saya amat teruja menerima tawaran di Fantastic Film School yang memang pakar dalam ‘genre’ filem seram dan ngeri,” katanya menerusi hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.

Ray, 44, sebelum ini pernah memenangi anugerah pada Asian Cinematography Awards di Filipina dan Singapore World Film Carnival melalui filem Belaban Hidup.

Belaban Hidup turut tersenarai dalam Pemilihan Rasmi dan ditayangkan di Russia International Horror Film Awards dan Macabo Mexico City International

BIFAN yang dikendalikan oleh Network of Asian Fantastic Films (NAFF) ialah program untuk pendidikan filem genre seram yang pertama di dunia.

Menurut kenyataan BIFAN di laman sesawangnya, sesi ke-25 program yang dijadualkan pada 8 hingga 14 Julai itu akan dijalankan secara dalam talian susulan pandemik COVID-19. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

4

Politik 4 minggu yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 3 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN