web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Filem Trilogi Epik Demon Slayer Bakal Ditayangkan Di Pawagam 

Crunchyroll dan Sony Pictures Entertainment bersedia untuk edar filem sinematik tiga bahagian yang membawa kemuncak shonen saga kepada penonton global.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2024 8:06PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudahkah anda bersedia untuk ketahui pengakhiran fenomena anime global yang sangat dinanti-nantikan Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba di layar besar Malaysia?

Crunchyroll, platform utama untuk anime di seluruh dunia, telah mengumumkan bahawa ia telah memperoleh Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle yang dinanti-nantikan, yang akan datang secara eksklusif ke pawagam di seluruh dunia sebagai filem trilogi yang epik.

Ketiga-tiga filem itu akan diedarkan Crunchyroll dan Sony Pictures Entertainment di seluruh dunia, kecuali pasaran Asia tertentu, termasuk Jepun.

Bagaimanapun, tarikh tayangan masih belum diumumkan. Acara sinematik tiga bahagian itu mewakili arka terakhir dan kemuncak siri shonen anime yang memenangi anugerah yang sangat popular.

Demon Slayer telah menjadi francais yang luar biasa, dan kami di Crunchyroll berbesar hati untuk menjadi sebahagian dari sejak awal lagi.

"Crunchyroll sangat teruja kerana dapat membawakan trilogi filem ini kepada peminat, di layar besar, dan ia berjanji untuk menjadi salah satu sorotan budaya pop yang benar-benar epik dan gemilang pada zaman ini apabila ditayangkan di pawagam," ujar Presiden Crunchyroll, Rahul Purini.

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba berdasarkan siri manga oleh Koyoharu Gotoge yang diterbitkan di bawah SHUEISHA's JUMP COMICS, yang terdiri daripada 23 jilid dan lebih 150 juta salinan dalam penerbitan.

Francais itu dikagumi oleh jutaan peminat di seluruh dunia sejak kemunculannya pada 2018.

Kisah ini bermula apabila Tanjiro Kamado, seorang budak lelaki yang keluarganya dibunuh oleh makhluk iblis, menyertai Demon Slayer Corps untuk menjadikan adik perempuannya Nezuko kembali menjadi seorang manusia selepas dia berubah menjadi iblis.

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba mula ditayangkan pada April 2019 dengan Tanjiro Kamado, Unwavering Resolve Arc, diikuti dengan filem cereka Mugen Train pada Oktober 2020, dan siri TV Mugen Train Arc dan Entertainment District Arc dari 2021 hingga 2022.

Pada 2023, Swordsmith Village Arc membuat debut di Crunchyroll, sejurus selepas Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba - To the Swordsmith Village (tayangan teater). Pada 2024, Hashira Training Arc ditayang, tidak lama selepas Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba-To Hashira Training (tayangan teater). Pengeluaran animasi adalah dari ufotable.

Filem terbaharu – Mugen Train, To the Swordsmith Village, dan To the Hashira Training telah menerima kejayaan komersial dan kritikal. Mugen Train kini memegang rekod sebagai filem anime dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman dan filem Jepun dengan kutipan tertinggi di box office global, memperoleh lebih AS$500 juta setakat ini.

Ia kini menduduki tempat sebagai filem anime kedua tertinggi dalam sejarah box office Amerika Syarikat. Ia juga memperoleh 98% skor pengkritik dan 99% skor penonton (dengan 10,000+ penilaian disahkan) di Rotten Tomatoes.

Foto : Crunchyroll

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Dulu Batman, Hari Ini ‘Demon Slayer’ Pula Turun Mengundi

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang