web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lalui Era Liar Dan Nakal Bersama Filem-Filem Yusof Haslam

Zaman 90-an dipenuhi dengan kisah cinta yang tak kesampaian. Yusof Haslam merakam semua itu dalam filem arahannya.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2021 8:45AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bila dah berkurung di rumah sepanjang tempoh lockdown, mesti anda tercari-cari apakah aktiviti yang boleh dilakukan selain memasak, kemas rumah, kemas kini media sosial dan buat panggilan video dengan kawan-kawan. 

Kami ada cadangan untuk anda. Apa kata hujung minggu ini anda padatkan dengan menyelongkar kembali filem popular arahan Datuk Yusof Haslam di era 90-an.

Pada bulan Jun ini, laman penstriman MUBI membawakan semula filem-filem blockbuster arahan The Six Million Dollar Man itu. Berikut ialah beberapa filem liar dan nakal Yusof Haslam untuk anda nikmati!

 

 

Sembilu

Merupakan filem cinta yang meledak pada era 1990-an apabila berjaya mencatat kutipan sebanyak RM4.39 juta pada waktu itu. Apalagi ia dibintangi Awie, hero Malaya kegilaan wanita zaman itu. 

Beliau pula digandingkan dengan jelitawan Ziana Zain dan Erra Fazira yang sememangnya memberikan lakonan tahap A plus! Menceritakan pertembungan antara cinta dan keluarga, yang pastilah berhujung dengan linangan air mata.

 

 

Bara

Bara yang panas membara...”

Terngiang-ngiang dalam kepala lagu 'Bara' nyanyian Awie yang menjadi runut bunyi filem ini. Ditayangkan pada tahun 1999, Bara juga masih menampilkan Awie sebagai watak utama.

Menerusi filem ini, Awie digandingkan bersama Nasha Aziz, Zamani, dan Ning Baizura. Menceritakan bagaimana seorang gadis yang ditipu hingga terjerumus ke kancah pelacuran ingin keluar dari masa gelapnya. 

 

 

Sembilu 2

Merupakan rentetan daripada filem Sembilu yang pernah ditayangkan. Oleh kerana sambutan yang diberikan begitu hebat, Sembilu 2 menjadi filem tempatan pertama yang mencatat kutipan melebihi RM6 juta. 

Di sinilah bermulanya gelaran Six Million Dollar Man diberikan kepada Yusuf Haslam. Bahagian kedua filem ini menunjukkan sisi dewasa Wati dan Awie. Hubungan mereka makin serius dan mereka siap merancang untuk bertunang. Tapi tak semudah itu, ada banyak cabaran dan dugaan menghalang cinta mereka. 

 

 

Pasrah

Kisah cinta romantik lakonan Erra Fazira dan Norman Hakim. Menceritakan kisah seorang gadis biasa yang bernama Farah Diba. Namun kehidupannya berubah apabila berjaya dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Malaysia.

Kalau dah namanya Ratu Cantik, mestilah ramai yang nak memikat. Tapi dia tetap mencintai lelaki bernama Hafsham yang sudah dikenalinya 6 tahun sudah. Namun apakan daya, apabila melihat Farah selalu digoda lelaki lain, Hafsham mula rasa cemburu dan tidak mempercayai Farah.

Semua cerita ini anda boleh saksikan di MUBI bermula 3 Jun sehingga akhir bulan ini. Jangan lepaskan peluang! - Getaran, 8 Jun 2021

Semua gambar: Ihsan MUBI

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 3 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN