web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2024 8:16PM

Pelakon filem Maryam Pagi ke Malam, Sofia Jane menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali. – gambar Rhu Graha

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem Maryam Pagi ke Malam yang dihadkan tayangan di Malaysia memenangi dua anugerah di Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.

Filem arahan Badrul Hisham Ismail itu menang anugerah Filem Paling Asli manakala pelakon utamanya Sofia Jane menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di festival berprestij itu.

Dalam satu kenyataannya, Badrul menyatakan rasa bangga dan kerana filem tersebut diberi penghargaan di luar negara walau tayangannya dihadkan di negara sendiri.

“Jadi ia sangat memberi semangat apabila diiktiraf dan diraikan di tempat lain,” katanya dalam satu rakaman video.

Sofea turut merakam penghargaan kepada festival dan juri atas penghargaan ke atasnya yang melakonkan watak Maryam.

Filem itu mengisahkan Maryam, seorang wanita berusia 50 tahun yang berdepan halangan dari orang tua dan pelbagai pihak dalam usahanya untuk mengahwini seorang pemuda dari Sierra Leone.

Karya itu mendedahkan pelbagai cabaran birokrasi yang menghalang seorang wanita untuk menentukan haluan hidupnya.

Poster filem Maryam Pagi ke Malam.
Poster filem Maryam Pagi ke Malam.

Filem tulisan Faisal Tehrani itu dihasilkan dengan geran dari Penjaya Kreatif serta MyCreative Ventures dan diterbitkan Anomalous Films.

Ia turut menampilkan Susan Lankaster, Vanidah Imran, Roslan Madun, Azman Hassan, Pekin Ibrahim dan Bella Rahim.

Filem berkenaan juga satu-satunya wakil Malaysia ke International Film Festival Rotterdam (IFFR) 2023. – The Malaysian Insight, 19 April, 2024.

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang