Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Iklan Raya Wajib Tonton Tahun Ini

Saban tahun pelbagai iklan raya dipaparkan di televisyen atau media sosial untuk tatapan orang ramai dan masih belum terlewat untuk menonton iklan yang diterbitkan sempena Aidilfitri kali ini

Filem & TV Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2024 8:23PM

Iklan Salam Dari Hati terbitan PETRONAS.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebelum wujudnya zaman media sosial mendominasi kehidupan, ramai yang tidak ketinggalan menyaksikan iklan atau drama pendek raya yang meninggalkan kesan di hati. Namun, lain halnya dengan situasi terkini, tidak banyak yang ‘lalu-lalang’ di skrin televisyen. 

Kalau ada pun, kisahnya tidak sampai ke penghujung dan sambungannya perlu ditonton semua di You Tube. Selain itu, terdapat iklan yang diterbitkan oleh pihak stesen televisyen sendiri. 

Percayalah, mesti ramai yang di luar sana yang masih belum berkesempatan menonton mana-mana iklan untuk tahun ini. Jadi, untuk mudahkan anda, kami senaraikan iklan yang mesti anda tonton. Tak perlu cari satu persatu. 

Lembaran Baharu - RHB Group

Bagi sesiapa yang pernah menontonnya, pasti akan menitiskan air mata. Iklan yang digarap daripada kisah benar ini cukup menyentuh perasaan kerana ia berkisar mengenai kemaafan. 

“Terkadang perkataan ringkas ini mampu membuka lembaran baharu buat seorang insan kerana sesuatu yang kecil pada kita, mungkin adalah segalanya buat insan lain,” kata-kata yang dipaparkan bersama iklan itu.

Lembaran baharu berlatarkan kisah yang berlaku kira-kira 25 tahun dahulu. Ia mengisahkan seorang peguam, Ahmad Zaharil Muhayar yang membantu seorang wanita yang ditangkap kerana mencuri sebuah kotak pensil. 

Beliau berkongsi kisah di sebalik insiden itu iaitu mengenai janji seorang ibu kepada seorang anak yang cemerlang dalam pelajaran. 

Bantuan yang dihulur oleh Ahmad Zaharil ternyata membuka lembaran baru buat pesalah dan anaknya yang masih kecil. Di penghujung cerita, si anak datang berjumpa Zaharil untuk mengucapkan terima kasih dan lebih membanggakan dia juga mengikut jejak langkah ‘penyelamat’ ibunya itu.

Tak Pernah Suka Mak - Elrah Exclusive

Kisah yang diadaptasi daripada kisah yang dialami sendiri oleh pengasas jenama ini, Muhd Hilmi Che Azman atau El Azman. Dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat dan popular seperti Sharnaaz Ahmad, Beto Kusyairy, Merqeen, dan Fatimah Abu Bakar, kisah yang dipaparkan juga membawa mesej mendalam.

Menceritakan mengenai seorang anak yang bermasalah. Tidak seperti adik-beradik lain, dia seperti dipinggirkan dan kurang mendapat kasih-sayang daripada seorang ibu. Ia menyebabkan dia berdendam dan tidak pernah suka dengan mak sendiri. 

Pengakhirannya amat meruntun hati kerana penonton akhirnya tahu bahawa kasih seorang ibu itu membawa ke syurga, biarpun tidak terucap di bibir. Mesej yang cuba disampaikan adalah sejahat-jahat anak, ibu tetap mendoakan yang terbaik untuk kesejahteraan anak-anak dan sebagai anak, kita haruslah bersangka baik dengan ibu.

Jadi sediakanlah tisu sebelum mula menonton.  

Salam Dari Hati - PETRONAS

Saban tahun, iklan raya yang dipersembahkan oleh PETRONAS tidak pernah menghampakan biarpun ada yang beranggapan sebaliknya. Tahun ini ia kembali dengan sebuah kisah yang mengusik jiwa, lantas membuatkan kita sedar bahawa salam raya yang diamalkan turun-temurun sesungguhnya membawa makna yang berbeza seiring dengan usia.

Berlatarkan sebuah rumah Melayu tradisional di perkampungan nelayan, kisah ini cukup menjentik hati. Saksikan bagaimana kitaran masa membuatkan seseorang semakin menghargai setiap saat yang dilalui. Salam kemaafan bukan sahaja perlu dihulur oleh anak-anak kepada orang tua, tetapi orang tua juga boleh memulakannya. 

Duit Raya Fazli - BHPetrol

Menampilkan pelakon veteran, Jalil Hamid dan pelakon handalan, Beto Kusyairy sebagai watak utama. Filem pendek ini menyentuh isu pengorbanan seorang ayah yang membesarkan anak yang ramai. Biarpun bergaji kecil, si ayah tidak pernah mempamerkan kesulitan yang dialami. 

Bagi anak-anak, segalanya cukup. Setiap kali raya, baju raya dan duit raya tidak pernah diabaikan oleh ayah. Begitu besarnya pengorbanan seorang ayah. Biar diri sendiri tidak berganti, asalkan untuk anak-anak tersedia.

Siri filem pendek - CelcomDigi

CelcomDigi Berhad bekerjasama dengan tiga pembikin filem muda yang bercita-cita tinggi menghasilkan siri drama pendek untuk Ramadan Raya kali ini. Inisiatif ini adalah  sebahagian daripada usaha CelcomDigi untuk memupuk bakat generasi akan datang dengan menyediakan platform yang boleh mengasah lagi kemahiran bercerita pembikin filem, dan berkongsi karya bermakna mereka dengan penonton yang lebih luas.

Tiga pembikin filem itu adalah pelakon teater dan filem, Fabian Loo, pensyarah dan pembuat filem pemenang anugerah Filem Pendek Terbaik di MIFFEST 2019, Bebbra Mailin, dan pembikin filem bebas, Haran Kaveri.

Bertemakan ‘Bukalah Hati’, ia menceritakan kisah penerimaan, kemaafan dan pengorbanan mereka sendiri menerusi filem pendek, makna sebenar Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri. Walaupun latar yang pelbagai, ketiga-tiga individu ini berjaya menyatakan kepentingan bersikap terbuka untuk menerima perbezaan dan meraikan secara harmoni dalam naskhah masing-masing.

Ketiga-tiga filem raya yang dimuat naik di akaun YouTube dan Facebook rasmi CelcomDigi ini adalah Erti Aidilfitri oleh Fabian Loo, Pulangkan Kasih oleh Bebbra Mailin dan Sabar, Cikgu oleh Haran Kaveri. 

Sehingga kini, ketiga-tiga siri ini berjaya meraih lebih daripada 2 juta tontonan. – Getaran, 11 April 2024

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 13 jam yang lalu

4 Juta Dijangka Tonton Episod Akhir Lelaki Itu Malam Ini

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

Tanpa mendedahkan wajah puteri sulungnya itu, Uqasha kelihatan berseri-seri memeluk bayinya.

oleh Wartawan Hiburan Getaran