web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Oppenheimer Menang Besar Di Anugerah Golden Globe

Filem arahan Christopher Nolan memenangi lima anugerah daripada lapan pencalonan.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2024 8:37PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem Oppenheimer menang besar di Anugerah Golden Globe ke-81 yang berlangsung di Beverly Hills, California pada awal pagi Isnin (waktu Malaysia).

Daripada lapan pencalonan, filem arahan Christopher Nolan memenangi lima anugerah, termasuklah hadiah utama iaitu Filem Terbaik (Drama).

Selain itu, karya yang mengisahkan bapa bom atom J. Robert Oppenheimer, juga membawa pulang empat trofi lain iaitu Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Lagu Terbaik.

Sementara itu, filem Barbie mengungguli anugerah Box Office selepas mengaut keuntungan berbilion pound di seluruh dunia.

Lily Gladstone mencipta sejarah peribadi apabila diumumkan sebagai pemenang Pelakon Wanita Terbaik untuk penampilan dalam filem Killers of the Flower Moon, arahan Martin Scorsese untuk filem asli Apple. Ia adalah pencalonan pertama dalam kerjayanya.

Emma Stone berjaya menjulang piala Pelakon Wanita Terbaik untuk Filem - Muzikal atau Komedi menerusi filem Poor Things. Pelakon berusia 35 tahun itu mengetepikan pelakon Alma Pöysti - Fallen Leaves, Fantasia Barrino - The Color Purple (2023), Jennifer Lawrence - No Hard Feelings, Margot Robbie - Barbie, dan Natalie Portman – May December.

Anugerah Golden Globe ke 81 kembali setelah dilanda kontroversi pada 2021 apabila Los Angeles Times mendapati bahawa Hollywood Foreign Press Association yang mentadbir anugerah itu tidak mempunyai ahli kulit hitam dan terpalit dengan pelbagai isu rasuah.

Berikut adalah senarai pemenang Golden Globes 2024 untuk kategori filem dan TV.

Filem

Pencapaian Sinematik & Box Office: Barbie

Pelakon Lelaki Terbaik (Drama): Cillian Murphy, Oppenheimer

Pelakon Wanita Terbaik (Komedi Atau Muzikal): Emma Stone, Poor Things

Pelakon Lelaki Pembantu Terbaik: Robert Downey Jr, Oppenheimer

Pelakon Wanita Pembantu Terbaik: Da’vine Joy Randolph, The Holdovers

Pengarah Terbaik: Christopher Nolan, Oppenheimer

Filem Animasi Terbaik: The Boy And The Heron

Filem Bahasa Asing Terbaik: Anatomy Of A Fall

Lakon Layar Terbaik: Justine Triet And Arthur Harari, Anatomy Of A Fall

Lagu Asli Terbaik: What Was I Made For? By Billie Eilish And Finneas (Barbie)

Skor Asal Terbaik: Ludwig Göransson, Oppenheimer

Televisyen

Siri Drama TV Terbaik: Succession

Siri Komedi/Muzikal TV Terbaik: The Bear

Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik: Kieran Culkin, Succession

Persembahan Terbaik Bagi Komedi Berdiri: Ricky Gervais, Ricky Gervais Armageddon

Pelakon Lelaki Komedi/Muzikal TV Terbaik: Jeremy Allen White, The Bear

Pelakon Wanita Komedi/Muzikal TV Terbaik: Ayo Edebiri, The Bear

Pelakon Lelaki Pembantu Terbaik: Matthew Macfadyen, Succession

Pelakon Wanita Pembantu Terbaik: Elizabeth Debicki, The Crown

Pelakon Lelaki Siri Terhad Terbaik: Steven Yeun, Beef

Pelakon Wanita Siri Terhad Terbaik: Ali Wong, Beef

Filem TV Atau Siri Terhad Terbaik: Beef – Getaran, 8 Januari 2024

Sorotan

1

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

2

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

3

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

4

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

5

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

6

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN