Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Siri Animasi BoBoiBoy Kembali Dengan Musim Kedua, BoBoiBoy Galaxy

Filem & TV Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2023 7:11PM

Tayangan ‘BoBoiBoy Galaxy’ dibahagikan kepada empat siri pendek yang mengandungi enam episod baharu dengan tema yang berbeza berlatarbelakangkan penceritaan dan pengambaran yang diolah semula dari siri komik ’BoBoiBoy Galaxy’ Musim Ke-2 keluaran MONSTA. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas lima tahun tanpa episod baharu, watak hero tempatan kegemaran ramai BoBoiBoy bakal kembali dengan siri baharu, 'Boboiboy Galaxy', bersempena musim cuti sekolah yang bakal tiba.

Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios (Monsta) Nizam Abd Razak berkata tayangan Boboiboy Galaxy bakal dibahagikan kepada empat siri pendek iaitu 'Boboiboy Galaxy SORI', 'Boboiboy Galaxy Windara', 'Boboiboy Galaxy Gentar' dan 'Boboiboy Galaxy Gur'latan'.

Beliau berkata setiap siri pendek berkenaan mengandungi enam episod baharu dengan tema yang berbeza, berlandaskan kepada penceritaan dan pengembaraan yang diolah semula daripada siri komik Boboiboy Galaxy musim kedua keluaran Monsta.

"Kita jangkakan memang ramai (peminat) Boboiboy yang sedang menunggu, berdasarkan kajian yang dibuat, bukan hanya kanak-kanak, tetapi golongan dewasa juga sering tertunggu-tunggu dengan kemunculan episod baharu siri ini.

"Ia dibahagikan kepada siri pendek atas faktor pertukaran trend penonton, yang bukan kesemuanya menonton secara sekali gus semua episod. Jadi, kita putuskan untuk setiap cuti sekolah, kita akan tampil dengan siri pendek Boboiboy," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman siri baharu tayangan BoBoiBoy Galaxy di sini hari ini.

Nizam berkata penceritaan dan pengembaraan BoBoiBoy Galaxy adalah kesinambungan daripada filem BoBoiBoy Movie 2 yang ditayangkan pada 2019.

"... jadi BoBoiBoy bukan sahaja akan tampil dengan tahap kuasa yang baharu tetapi pelbagai watak dan planet baharu juga akan diperkenalkan," katanya.

Buat permulaan, siri pendek BoBoiBoy Galaxy SORI akan menemui penonton di seluruh rantau Asia termasuk Jepun dan Korea, menerusi platform penstriman popular Neftlix dan Monsta YouTube Channel pada 3 Dis depan, manakala di saluran TV9 pula mulai 13 Dis depan.

Pada masa sama, pihaknya juga sedang dalam proses menghasilkan siri animasi Mechamato musim keempat selain menantikan filem solo P.A.P.A Movie Game On, yang dijangka ditayangkan di pawagam di seluruh negara pada hujung tahun depan.

"Mechamato Movie juga akan dialih bahasa ke bahasa Jepun dan dijangka menembusi pasaran negara itu pada suku pertama 2024 selain bakal ditayangkan di Neftlix mulai 13 Nov ini.

"Mechamato The Animated Series musim satu dan dua terus mendapat perhatian antarabangsa apabila stesen penyiaran di Kanada, Brazil dan Australia akan menayangkan siri ini di platform mereka mulai tahun depan," katanya.

Nizam berkata Monsta komited menghasilkan kandungan yang menarik serta selamat ditonton oleh kanak-kanak dan keluarga, bagi memastikan generasi hari ini mempunyai ikon tempatan yang boleh dipercayai. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

2

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

3

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

4

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

5

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

6

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

Disyorkan untuk anda

Selebriti 13 jam yang lalu

‘Saya Tak Faham Kenapa Marissa Seorang Yang Disalahkan, Dulu Saya Tak Pernah Salahkan Memey’ - Abby Abadi

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Atta Halilintar Kongsi Kenangan Jual Kad SIM Di Central Market

Atta yang pernah menetap di Malaysia kini muncul dengan single terbaru berjudul Mantap Cuy kolaborasi bersama Kidd Santhe dan Saixse

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

Kolaborasi Astro-TikTok Anjur Edisi Terbaharu ‘TikTok LIVE Gimme The Mic’ Di Malaysia

Uji bakat pencarian pencipta kandungan muzik dan bakat baharu bermula 7 Mei di TikTok LIVE

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 4 jam yang lalu

Festival Muzik Banyak Bagus 2024 Gabungkan Barisan Artis Popular 4 Negara

oleh Helmi Anuar