web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menyingkap Sisi Kehidupan David Beckham Di Netlix

Siri ini akan membawa penonton menyingkap kisah-kisah yang belum pernah didedahkan kepada orang ramai. Ia adalah segalanya tentang Beckham

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2023 8:18PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peminat ikon bola sepak antarabangsa, David Beckham pasti sudah tidak sabar mahu menyaksikan bintang kesayangan ini menerusi siri dokumentari biografi yang akan dipersembahkan oleh Netflix bermula 4 Oktober.

Siri ini akan membawa penonton menyingkap kisah-kisah yang belum pernah didedahkan. Ia adalah segalanya tentang Beckham, bintang yang mempunyai pengaruh besar bukan sahaja dalam dunia bola sepak, tetapi turut mewarnai industri fesyen dan peragaan. Dia adalah seorang atlet yang paling mendunia dan menjadi perhatian  sepanjang zaman.

Karier profesional Beckham bermula di Manchester United, apabila membuat penampilan sulung untuk pasukan utama pada tahun 1992 ketika berusia 17 tahun. Bersama United, Beckham memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris sebanyak enam kali, Piala FA Inggeris dua kali, dan Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 1999.

Dia kemudiannya bermain selama empat musim untuk Real Madrid, dan memenangi kejuaraan La Liga ketika musim terakhirnya bersama kelab itu. Terkenal dengan hantaran bola dan sepakan percuma melentur, dia telah dua kali mendapat tempat kedua untuk Pemain Terbaik Dunia FIFA, dan pada tahun 2004, namanya disenaraikan dalam FIFA 100 sebagai antara pemain hebat di dunia yang masih hidup.

Itu antara pencapaian yang diketahui ramai,namun ramai yang tidak tahu tentang cabaran, halangan, dan pengorbanan yang perlu dilakukan oleh bintang ini untuk berada di tempatnya sekarang ini. 

Reputasinya sebagai seorang jejaka kacak yang berpacaran dengan Victoria Beckham, berkembang secepat reputasinya sebagai pemain bola sepak cemerlang yang selalu beraksi tanpa sebarang tekanan. 

Lihat dan kenali lelaki ini menerusi siri dokumentari empat bahagian yang diarahkan oleh pengarah pemenang Anugerah Akademi, Fisher Stevens (Palmer, And We Go Green, The Cove) dan penerbit Anugerah Akademi dan pemenang Anugerah Emmy, John Battsek (One Day in September, Searching for Sugar Man, Winter on Fire).

Siri ini menjanjikan sesuatu yang belum pernah dilihat oleh peminat sebelum ini. Ia memaparkan sisi sebenar Beckham, termasuk keluarga, rakan, rakan sepasukannya. Tidak ketinggalan tentang tabiat membeli-belah dan pengemasnya. Percayalah garapan siri ini pasti memberi perspektif baharu tentang ikon ini. Tidak mustahil ia juga mengejutkan anda!

Antara sorotan yang mesti anda ikuti ialah temu bual jujur dengan Beckham sendiri, temu bual dengan keluarga, rakan, dan tokoh bola sepak yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan karier dan hidupnya, termasuklah Victoria Beckham, Gary Neville, Eric Cantona, Sir Alex Ferguson, Rio Ferdinand, Paul Scholes, Roy Keane, Mel C (aka Sporty Spice), Diego Simeone, Carlos Queiroz, Luís Figo, Míchel Salgado, Florentino Pérez, Roberto Carlos, Ronaldo Nazário dan Fabio Capello, serta ibu dan ayah David. - Getaran, 30 September 2023

Foto : Netflix

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 4 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

2

Filem & TV 5 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

3

Filem & TV 1 minggu yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

4

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 4 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN