web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Indrive Lancar Inisiatif Filem Tanpa Untung, Alternativa Film Project

Inisiatif terbaharu ini bertujuan menyokong pembuat filem baharu muncul dari pasaran kurang diberi tumpuan dengan memberi fokus pada Asia Tengah pada 2023 

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2023 9:06AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Syarikat teknologi global inDrive, yang terkenal dengan model peer-to-peer yang inovatif baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan mengembangkan misinya untuk memajukan ekuiti global dengan melancarkan Alternativa Film Project. 

Inisiatif filem global bukan bermotifkan keuntungan ini bertujuan menyokong pembuat filem baharu muncul dari industri perfileman yang kurang maju. 

Program ini merangkumi tiga inisiatif iaitu majlis anugerah inovatif yang mengiktiraf impak filem cereka, filem animasi, dokumentari dan filem pendek tempatan, pembiayaan melalui hadiah wang tunai kepada pemenang, dan latihan untuk meningkatkan dan memperbaiki kemahiran generasi pembuat filem akan datang.

Inisiatif ini akan memberi tumpuan kepada rantau yang berbeza untuk setiap beberapa tahun dan edisi sulungnya akan memberi tumpuan kepada Asia Tengah. 

Projek ini akan beribu pejabat di Almaty, Kazakhstan, pusat kebudayaan di rantau ini di mana tradisi nomad berkurun lamanya bercampur dengan seni dan muzik kontemporari. 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif inDrive,berkata, filem ialah alat yang berkuasa untuk perubahan sosial.

“Terdapat begitu banyak karyawan kreatif dan pelopor yang tidak dikenali dan tidak diiktiraf oleh sistem tradisional.

“Sebagai syarikat permulaan pengganggu dari luar Global Utara dan didorong matlamat mewujudkan dunia yang lebih saksama, kami menghargai dan mengiktiraf hasil kerja perintis kreatif dalam industri perfileman.

“Kami sangat teruja untuk meneruskan pengembangan kami ke dalam ruang seni dan menggunakan sumber kami untuk membantu pembuat filem baru berjaya. Ia sangat penting untuk memupuk dan meraikan bakat yang kurang diberi tumpuan dalam hierarki sedia ada, memajukan bakat tempatan dalam pasaran baru muncul, dan memupuk komuniti artistik,” katanya.

Sebagai permulaan, bootcamp ‘Teen Lab’ akan diadakan secara percuma dan ia dianjurkan bagi memupuk bakat artistik muda, mendidik peserta tentang asas perfileman dan kepentingan kerja berpasukan.  

Arsen Tomsky
Arsen Tomsky

Program lain di bawah inisiatif ini termasuklah tayangan filem awam, acara rangkaian, bengkel pitching dan hiburan pendidikan pendek untuk media sosial.

Alternativa Film Awards Bukan Anugerah Tipikal

Satu lagi tonggak utama projek ini ialah majlis anugerah sulungnya, Alternativa Film Awards, iaitu sistem penganugerahan alternatif yang mengiktiraf merit artistik, potensi pembuatan filem dan usaha memperluaskan impak sosial perfileman.

Majlis ini tidak akan memberi penganugerahan tradisional seperti ‘Filem Terbaik’, ‘Pengarah Terbaik’ dan ‘Pelakon Terbaik’, tetapi sebaliknya memberi anugerah untuk filem dan bakat yang memberi impak besar terhadap budaya, masyarakat dan industri.

Anugerah sepanjang zaman merangkumi Spotlight Award yang memberi penghormatan kepada filem yang memfokus kepada topik atau cerita yang kurang diberi tumpuan, dan Future Voices Award akan diberikan kepada pembuat filem pertama kali yang berpotensi untuk menyumbang kepada perubahan dalam industri filem dan masyarakat secara amnya. 

Perbezaan lain termasuk Alter Award, yang memperingati filem yang mengetengahkan isu sosial yang kritikal (seperti hak asasi manusia, penghijrahan, jenayah perang, dan alam sekitar), dan Nativa Award yang mengiktiraf filem yang menyentuh topik identiti kebangsaan atau budaya.

Juri bukan hanya terdiri daripada profesional industri, tetapi juga pembuat filem dan pemimpin industri yang bertanggungjawab secara sosial. Mereka akan menyampaikan hadiah wang tunai kepada para pemenang untuk memajukan lagi kemahiran pembuatan filem mereka. 

Hadiah berjumlah AS$100,000 (RM467,300), akan dibahagikan sama rata antara lima pemenang festival supaya tidak membentuk hierarki. 

Majlis dijadualkan berlangsung pada awal Disember 2023, dan kini menerima penyertaan dari semua negara Asia termasuk Malaysia (kecuali untuk kategori Filem Pendek yang hanya terbuka kepada negara Asia Tengah. - Getaran, 12 September 2023

Foto : https://indrive.com/

Sorotan

1

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

2

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

3

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

4

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

5

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 4 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Lokasi konsert yang dijadualkan di Stadium Batu Kawan sebelum ini, kini berpindah ke Setia SPICE Arena, Pulau Pinang.

oleh Rahayu MN