Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Diserang Dan Dikecam Netizen Sejak Kebelakangan Ini, Pemilik Les Copaque Tampil Meluahkan Perasaan Di Media Sosial 

Bengang apabila terus-menerus dikecam netizen, pengasas dan pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi telah memuat naik sebuah hantaran yang panjang lebar di media sosial mengenai topik pengurusan sumber manusia. 

Filem & TV Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2023 2:07PM

Burhanuddin berswafoto dengan berlatar belakangkan kereta mewah miliknya yang dimuatnaik di Facebook. - Gambar Facebook Hj Burhan Radzi

oleh

Zara Sofea

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bengang apabila terus-menerus dikecam netizen, pengasas dan pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi telah memuat naik sebuah hantaran yang panjang lebar di media sosial mengenai topik pengurusan sumber manusia. 

Meletakkan tajuk hantarannya sebagai Pengurusan Sumber Manusia Untuk Si Bangang, Burhanuddin memberitahu, sejak kebelakangan ini dirinya telah diserang begitu hebat oleh netizen dengan berbagai cemuhan dan tuduhan dilemparkan seolah-olah beliau menganiaya pekerja dan menghambakan mereka untuk meraih kekayaan. 

Burhanuddin dan isteri. - Gambar Facebook Burhanuddin Radzi
Burhanuddin dan isteri. - Gambar Facebook Burhanuddin Radzi

“Saya rasa sedih apabila melihat komen-komen tersebut dibuat oleh anak bangsa kita yang tidak mempunyai ilmu dan pengalaman dalam bekerja, kesukaan mereka membuat tuduhan liar dan mendoakan anak bangsa mereka terlingkup dalam perniagaan. 

“Allahu Akbar. Biasanya saya akan menulis dalam Bahasa Inggeris kerana banyak yang mengikuti FB saya adalah dari kalangan pengusaha animasi di luar negara. Tetapi untuk faedah mereka yang tidak pandai bahasa Inggeris, saya akan menulis dalam Bahasa Malaysia supaya ia menjadi manfaat dan pengajaran kepada mereka.

“Syarikat Les' Copaque telah memenangi anugerah award "Best Company to Work for in Asia" - HR Awards seawal tahun 2016. Ini membuktikan bahawa pengurusan sumber manusia kami adalah antara yang terbaik di rantau Asia,” katanya. 

Menurut Burhanuddin lagi, sumber manusia adalah aset yang terpenting dalam sebuah syarikat untuk ia berjaya dan menguasai pasaran dalam bidang perniagaannya.

“Tanpa sumber manusia yang cekap, terlatih, setia dan mempunyai pemikiran yang jauh (forward thinking) untuk memajukan syarikat, pihak pengurusan akan banyak membuang masa mengawasi tingkah laku para pekerja dalam menjalankan tugas mereka dari menumpukan tenaga dalam membangunkan perniagaan dan pasaran mereka. 

“Syarikat akan sentiasa dibebani dengan isu-isu disiplin, perasaan dengki antara kakitangan dan ketirisan dari segi pendapatan. Sebuah syarikat yang baik harus mempunyai sistem pengurusan sumber manusia yang mampan dan tidak dikendalikan oleh mana-mana individual kerana ia akan menimbulkan perasaan pilih kasih. 

“Semua data tentang tentang prestasi kakitangan boleh dicapai oleh pihak pengurusan yang mempunyai kuasa dengan senang dan terdapat beberapa check point yang dapat memberi amaran awal bahawa prestasi mereka sedang menurun supaya langkah yang perlu boleh diambil.

“Saya akan kongsikan pengalaman saya bagaimana saya membangunkan Modal Insan di Les Copaque supaya ia dapat menjadi contoh dan teladan kepada mereka yang ingin membangunkan syarikat mereka,” katanya yang menjelaskan subjek itu dengan lebih lanjut dalam siri kedua hantarannya. 

Menurut Burhanudin lagi, dia mempunyai pengalaman yang luas dalam menangani pembangunan modal insan menerusi pengalaman bekerja di Petronas dan Shell Malaysia selama 10 tahun, disusuli syarikat Dayang Enterprise Sdn Bhd, sebuah kontraktor penyelenggara pelantar minyak dan gas yang terkemuka di Malaysia sehingga ia tersenarai di Papan Bursa Kuala Lumpur dan kini membangunkan syarikat Les Copaque yang paling berjaya dalam bidang animasi. 

Kecaman terhadap Les Copaque ini bermula apabila munculnya sebuah video podcast daripada syarikat animasi popular Malaysia baru-baru ini. Video itu secara terbuka telah membincangkan tentang soal masalah pekerja daripada isu gaji sehinggalah drama yang dicetuskan mereka. 

Tindakan Les Copaque telah mendapat kecaman daripada netizen yang berpendapat bahawa podcast tersebut bukan sahaja memalukan pekerja malah turut menjatuhkan semangat para kakitangan syarikat itu. Bahkan, apa yang dilakukan Les Copaque itu juga dianggap sebagai tidak profesional dan toksik. 

Gambar Facebook Burhanuddin Radzi
Gambar Facebook Burhanuddin Radzi

Keadaan lebih memburuk apabila Burhanuddin tampil menjawab tuduhan netizen sambil menayangkan kereta mewah miliknya di Facebook. 

“Setelah membaca semua komen, kebanyakannya daripada bekas kakitangan saya. Saya boleh katakan bahawa sebahagian besar adalah komen yang benci akan kejayaan kami. Semua tuduhan itu juga sudah mula menjadi fitnah,” tulisnya. 

Jelas Burhanuddin lagi, pihaknya juga bakal membuat pengumuman mengenai beberapa projek menarik baharu untuk membawa ekonomi digital Malaysia ke peringkat yang lebih depan. 

“Sudah tiba masanya kami bergerak kerana kakitangan setia saya, lebih daripada 200 orang, akan menjadi sangat sibuk sehingga akhir tahun ini.

 Bagi mereka di luar sana (bekas pekerja) yang mahu kembali, anda dialu-alukan untuk memohon. Jika anda gagal diambil bekerja, please move on. Terima kasih,” katanya lagi. 

Netizen berpendapat kenyataan Burhanuddin itu sebagai sombong dan sehingga saat ini, netizen berterusan melontarkan kecaman terhadap beliau di Facebook. – Getaran, 5 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Bahasa Mudah, Sarat Mesej Buat Masyarakat Indonesia Terpikat Dengan Upin & Ipin

2

TARA 2 tahun yang lalu

Sukar Tembusi Indonesia, Apa Kurangnya Industri Kreatif Kita?

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

oleh Wartawan Getaran

Selebriti 17 minit yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

Bagi Ziana, masih ramai lagi penyanyi yang sesuai mendapat pengiktirafan itu, yang tertinggi sebagai seorang penyanyi

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

oleh Helmi Anuar