Berita Terkini

17 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Sukar Tembusi Indonesia, Apa Kurangnya Industri Kreatif Kita?

Ketika industri kreatif kita hanya menyumbang 1.9 peratus sahaja kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), negara jiran secara purata sudah menyumbang lima hingga tujuh peratus kepada ekonomi negara mereka.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2022 11:45AM

Siti Nurhaliza, Upin dan Ipin, kugiran Masdo. Gambar: Mohd. Azim Abd. Rahman, Instagram @upinipinofficial dan @kugiranmasdo

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bukan kali pertama siri animasi ‘Upin Ipin’ menjadi tular di negara seberang. Sebelum ini, klip babak karakter Fizi yang berdialog kontot, “Kalau tak ada ibu, tak adalah syurga,” dikecam teruk oleh peminat siri ini di Indonesia. 

Pernah juga animasi ini menjadi bahan perdebatan ahli politik di sana yang beranggapan ia adalah sebuah alat propaganda kerajaan Malaysia yang cuba mempengaruhi anak-anak Indonesia. 

Terbaharu, timbul pula teori apabila sebuah kubur dengan batu nisan yang tertulis nama Upin dan Ipin dijumpai di Palu, Indonesia seterusnya mencetuskan spekulasi bahawa siri itu diambil dari kisah benar masyarakat di sana. 

Mujurlah, segala teori dan khabar angin itu disangkal terus oleh rumah produksi.

Melihat bagaimana siri ini menjadi bualan di tanah seberang, ia menimbulkan sebuah persoalan yang sepatutnya menjadi renungan bersama. 

Formula apakah yang digunakan pasukan produksi, Les' Copaque Production sehingga ia menjadi fenomena di sana?  Rata-rata mengetahui, pasaran Indonesia, tidak kiralah muzik, filem bahkan buku sekalipun sangat sukar untuk ditembusi.

Hanya beberapa artis kita yang berjaya menjadi perhatian dan diingati di Indonesia, seperti Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Sheila Majid, Amy Search dan terbaharu Masdo. Apatah lagi filem, sukar sekali menembusi pawagam di sana terutamanya jenama panggung terbesar mereka iaitu CINEMA 21.

Mana tidaknya, panggung itu hanya menayangkan karya yang disaring secara teliti, kebanyakannya filem Hollywood dan filem terbaik Indonesia.

Di sebalik syarat ketat pemilihan itu,  filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal bagaimanapun lepas ditayangkan di sana dengan pulangan yang memberangsangkan.

Satu hal yang perlu diakui ialah industri kreatif di negara jiran lebih rancak dan ke hadapan. 

Ketika industri kreatif kita hanya menyumbang 1.9 peratus sahaja kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), negara jiran secara purata sudah menyumbang lima hingga tujuh peratus banyaknya kepada ekonomi negara mereka.

“Saya akui memang sulit untuk memasuki pasaran kreatif Indonesia kerana mereka sangat nasionalistik. Pengedar juga beranggapan mutu karya kreatif kita jauh ketinggalan. Sebab itu, sebelum karya kita hendak dibawa ke sana, ia mestilah lebih baik agar dapat mencuit hati mereka.

“Ketika saya belajar di Institut Teknologi Bandung (ITB), saya menyedari memang Indonesia kehausan kandungan animasi. Maka, saya percaya 'Upin dan Ipin' akan diterima. Jalan cerita pula saya pilih yang dekat dengan kehidupan sehari-hari kanak-kanak dan bukannya berasaskan kepada cerita adiwira. 

“Hari ini, saya lihat banyak rumah produksi Indonesia yang cuba meniru 'Upin dan Ipin'. Namun kerana modul perniagaan mereka bermasalah, mereka tidak dapat bertahan,” kata pengasas Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi ketika dihubungi Getaran. 

Pengasas Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi
Pengasas Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi

Bukan itu sahaja, Burhanuddin juga menjelaskan sebelum membawa siri ini ke Indonesia, terdapat beberapa pihak yang mengatakan pasaran Indonesia kecil dan 'Upin dan Ipin' tidak akan dapat bertahan di sana. 

Namun siapa sangka, tayangan pertamanya sahaja sudah meletup dan membuatkan ramai yang tertarik dengan animasi ini, sehingga ada kedai di Bali yang menutup waktu operasi perniagaan demi menonton siri ‘Upin dan Ipin’ bersama-sama keluarga.

Pendek kata, jika Amerika ada Mickey Mouse dan Belgium ada Tin Tin, Malaysia ada Upin dan Ipin.

“Saya meletakkan syarat kepada stesen televisyen bahawa mereka wajib membiarkan siri ini ditayangkan dalam Bahasa Melayu. Pada awalnya mereka agak keberatan. 

“Namun ternyata pilihan itu tepat kerana masyarakat di sana menganggap bahasa Melayu kita lucu,” tambahnya. 

Bukan itu sahaja, Burhanuddin yang turut menjadi pelakon suara bagi watak Tok Dalang dalam siri animasi ini juga berpendapat untuk membawa sesuatu produk itu keluar, ia mestilah mempunyai pelan yang strategik dengan cara penyampaian yang boleh diterima di negara tersebut.

“Dalam animasi 'Upin dan Ipin', lawak-lawak yang kami hasilkan memang datang daripada pergerakan dan perbuatan yang dilakukan oleh sesuatu watak. Ini kerana, jika lawak itu bergantung kepada dialog, mungkin ada beberapa pihak yang sukar nak tangkap lawak tersebut. 

“Katakanlah lawak itu disampaikan dalam loghat Kedah, bila ia dibawa ke Indonesia, mereka tak faham dan jenaka itu tak sampai kepada penonton,” katanya yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai jurutera petroleum di Petronas.

 

Apa yang kurang pada industri kita?

Sebenarnya, industri kita mempunyai banyak penggiat dan anak seni yang berbakat. Namun sesuatu perlu dilakukan agar industri kita bergerak sama proaktif dan bakat-bakat ini boleh digilap dan lebih menyerlah. 

Pengerusi bukan eksekutif MyCreative Ventures, Noor Azmi Mat Said berpendapat kurangnya kesepaduan secara menyeluruh untuk membangunkan industri adalah antara isu pokok yang wajar diberi perhatian. 

“Saya merasakan industri kita perlu mempunyai pelan yang lengkap dan bersepadu. Kita lihat bagaimana Korea Selatan merangka strategi membawa 'Squid Game' dari awal sehingga dikenali di peringkat global. 

“Mereka pula tidak hanya membawa filem, malah ia dipakejkan bersama makanan, muzik, budaya, bahkan fesyen dalam karya mereka. Kita perlukan kurator kandungan seperti ini di Malaysia. 

“Dengan populariti artis mereka pula, lebih banyak budaya dan produk industri kreatif mereka boleh di bawa ke mata dunia,” katanya ketika ditemui Getaran baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, dia juga turut berpendapat bahawa beberapa artis kita yang sudah diterima di negara luar juga boleh menggunakan populariti dan nama mereka untuk membawa lebih banyak lagi bakat dalam negara untuk diketengahkan. 

“Misalnya Shila Amzah yang sudah mencipta nama di China, perlu ada inisiatif untuk Shila bawa lebih ramai lagi selebriti ke sana. 

“Industri kita kena melihat semuanya secara bersepadu,” tambahnya lagi.

Bercakap tentang menembusi pasaran Indonesia, Azmi tidak menyangkal bahawa memang menjadi cabaran bagi produk kreatif kita untuk diterima masyarakat seberang.

“Produk kita jika hendak masuk ke pasaran Indonesia, mestilah lebih baik daripada produk di sana. Jika tidak, lebih baik mereka dengar artis mereka sahaja. Perlu ada pembinaan identiti, memfokuskan kepada genre dan kelainan dalam karya yang dihasilkan.

“Sama juga jika artis luar negara datang ke Malaysia, jika suara sama dengan selebriti kita, kita tak akan tertarik juga,” katanya.

Semoga tahun 2022, industri kita akan lebih giat melangkah ke hadapan, cermat merangka dan dikemudi oleh orang-orang bijak yang tahu benar makna memperjuangkan kreativiti yang lebih mencerminkan wajah masyarakat dan negara. - Getaran, 23 Januari 2022

Isu Pada

Yonnyboii - Tentang ‘Anxiety’, Suami Muda Dan AJL36

22 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 hari yang lalu

Nyanyian Duet Tengku Ampuan Pahang, Datuk Sri Siti Nurhaliza Pikat Tetamu

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Bagi Maklum Balas Terhadap Saranan Mufti Pulau Pinang

3

Muzik 3 bulan yang lalu

Tiket Konsert Siti Nurhaliza Licin Dijual Dalam Masa 2 Jam

4

Muzik 4 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Ingin Anjur Konsert Di Stadium Nasional Bukit Jalil Sebelum Bersara

Sorotan

1

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

2

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

3

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

4

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

5

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

6

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

7

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi