Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Bahasa Mudah, Sarat Mesej Buat Masyarakat Indonesia Terpikat Dengan Upin & Ipin

Siri animasi itu juga kaya dengan mesej yang positif selain karakternya yang comel.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2022 12:00PM

Gambar ihsan Les' Copaque

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penggunaan bahasa yang mudah dan senang difahami antara faktor utama siri animasi popular, Upin & Ipin berjaya mendapat tempat di hati masyarakat Indonesia tanpa mengira usia.

Editor Harian Waspada Medan Muhammad Faisal Jayadi berkata siri animasi itu juga kaya dengan mesej yang positif selain karakternya yang comel.

“Upin & Ipin sangat popular di Indonesia, apatah lagi kami di Medan yang menggunakan bahasa yang hampir serupa.

“Bukan sahaja anak-anak, saya dan isteri juga sangat minat dengan siri animasi itu selain isteri saya boleh menghafal dialog di dalam siri itu. Walaupun ia berulang-ulang, mereka (isteri dan anak-anak) tidak pernah bosan, tetap mahu menonton,” katanya ketika ditemui Bernama semasa lawatan Delegasi media Indonesia di Les' Copaque Production Sdn Bhd, di sini hari ini.

Sesi lawatan itu merupakan antara program lawatan Ikatan Setia Kawan Media Indonesia (Iswami) ke Malaysia selama empat hari bermula semalam, bertujuan membuka ruang kerjasama strategik media Malaysia dan Indonesia, selain mengukuhkan hubungan serta kefahaman dalam menangani isu yang mempunyai kepentingan bersama.

Program itu adalah kesinambungan daripada Program Pemimpin Media utama Indonesia yang hadir pada Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 di Melaka, 29 Mei lepas.

Timbalan Ketua Pengarang Sindonews.com, Puguh Heryanto pula berkata animasi Upin & Ipin memperkenalkan budaya, keunikan dan keharmonian pelbagai kaum.

Lawatan delegasi media Indonesia di Les' Copaque Production Sdn Bhd. - Gambar Bernama
Lawatan delegasi media Indonesia di Les' Copaque Production Sdn Bhd. - Gambar Bernama

“Saya mengenali durian musang king menerusi siri animasi ini. Dulu, saya ingatkan ia hanyalah khayalan yang sengaja direka, rupanya ia betul-betul wujud. Saya kira Upin & Ipin menjadi duta Malaysia untuk memperkenalkan Malaysia kepada negara lain termasuk Indonesia, meskipun satu rumpun, banyak yang kita tidak tahu.

“Selain itu, ceritanya (siri itu) sangat asli mengenai kisah anak-anak di kampung di Malaysia. Walaupun berbeza agama dan bangsa, tapi bisa rukun dan harmonis,” katanya.

Antara yang menyertai program itu ialah Timbalan Ketua Pengarang IDN Times Umi Kalsum, Pengarang Urusan Majalah Tempo Bagja Hidayat, Pengarang Urusan Detik.com Erwin Dariyanto dan Pengarang Urusan Bisnis Indonesia Galih Kurniawan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Burhanuddin Md Radzi berkata beliau bersyukur siri animasi Upin & Ipin berjaya mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Indonesa, dan beliau merancang untuk membawa Teater Muzikal Upin & Ipin: Pin Pin Pom ke negara jiran itu tahun depan.

“Sebenarnya teater ini sepatutnya dipersembahkan di Indonesia terlebih dahulu pada 2019 namun disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda kita terpaksa hentikan. InsyaAllah, teater ini akan ke Indonesia pada awal tahun depan.

“Di Malaysia, ia dijadualkan berlangsung pada 3 dan 4 Sept ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur manakala di Singapura pada Disember,” katanya.

Katanya selain Indonesia, siri animasi itu juga semakin mendapat tempat di India dan beberapa negara lain. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Bakal Sertai Acara Berkaitan Ramadan Di Jerman

2

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

PEMILU 2024: Pemimpin Dunia Ucap Tahniah Kepada Prabowo

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

PEMILU: Puluhan Cedera Dalam Pertempuran Di Papua

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 23 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Konduktor Orkestra Filharmonik Malaysia, Ahmad Muriz Che Rose kagumi kehebatan vokal Aina Abdul kerana mampu membuai emosi pendengar dan teruja berkongsi pentas...

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 11 jam yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

oleh Helmi Anuar