web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mesir Minta Siri Netflix 'Queen Cleopatra' Diharamkan

Dokudrama empat episod itu ditayangkan di Netflix pada 10 Mei dan mencetuskan kontroversi besar kerana ia dibintangi pelakon ‘biracial British’ Adele James sebagai Cleopatra, firaun terakhir Mesir yang memerintah Kerajaan Ptolemaic.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2023 10:04AM

Gambar Netflix

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAHERAH - Pejabat Ketua Pendakwa Mesir menerima aduan mengenai siri dokumentari baharu Netflix “Queen Cleopatra" menuntut ia diharamkan susulan laporan mengenai sejarah yang tidak tepat dan ketidakpekaan budaya, lapor Sputnik memetik laporan akhbar El-Watan pada Ahad.

Dokudrama empat episod itu ditayangkan di Netflix pada 10 Mei dan mencetuskan kontroversi besar kerana ia dibintangi pelakon ‘biracial British’ Adele James sebagai Cleopatra, firaun terakhir Mesir yang memerintah Kerajaan Ptolemaic.

Aduan difailkan oleh seorang pegawai dari Kementerian Kebudayaan Mesir mendakwa bahawa Netflix telah memutarbelit imej sejarah yang terkenal dengan mencipta pemalsuan sejarah. 

Pegawai itu menuntut agar siri itu dikeluarkan daripada platform penstriman dan diharamkan selama-lamanya, lapor akhbar itu.

Penerbit dokumentari itu sepatutnya berunding dengan ahli arkeologi dan antropologi bagi mencipta imej Cleopatra yang betul, menurut aduan itu.

Berpuluh-puluh ribu orang telah menandatangani petisyen pada April yang mengkritik pilihan pelakon kulit hitam bagi menggambarkan ratu Mesir Purba, dengan alasan bahawa siri itu menjaja "Afrocentrism" dalam percubaan untuk "menuntut sejarah Mesir.

Cleopatra diketahui berasal dari dinasti Yunani Macedonia yang diasaskan oleh Ptolemy, seorang jeneral tentera raja Macedonia Alexander the Great. 

Menurut Encyclopaedia Britannica Cleopatra mempunyai sedikit, jika ada, darah Mesir, dan merupakan ahli keluarga Ptolemaic pertama yang belajar bahasa Mesir. - Bernama-Sputnik

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN