web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Draf Dasar Perfileman Negara 80 Peratus Siap - FINAS

Gerak kerja berkenaan dasar tersebut telah bermula tahun lepas dan satu pemukiman bersama persatuan-persatuan perfileman negara akan dilakukan bagi menerima maklum balas draf.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2023 8:00AM

Draf Dasar Perfileman Negara kini sudah 80 peratus siap, kata Prof Dr Md Nasir Ibrahim - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Draf Dasar Perfileman Negara kini sudah 80 peratus siap, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Prof Dr Md Nasir Ibrahim.

Beliau berkata gerak kerja berkenaan dasar tersebut telah bermula tahun lepas dan satu pemukiman bersama persatuan-persatuan perfileman negara akan dilakukan bagi menerima maklum balas draf.

“(Kemudian) kita (FINAS) akan serahkan kepada peguam untuk menyesuaikan dengan istilah-istilah guaman dan akan dibentangkan buat kali terakhir dalam mesyuarat pengurusan tertinggi di Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sebelum kelulusan Kabinet,” katanya kepada pemberita di Sidang Media Hari Seniman Kebangsaan (HSK) 2023 di sini hari ini.

Terdahulu, dilaporkan bahawa KKD sedang meneliti Dasar Perfileman Negara bagi melihat aspek yang memerlukan penambahbaikan dalam usaha merangsang perkembangan industri kreatif negara pascapandemik COVID-19.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata ia melibatkan beberapa perkara khusus bukan sahaja berkait pemain industri kreatif tempatan malah usaha menarik produksi luar ke Malaysia dan langkah itu penting dalam memperkasakan sektor yang berpotensi untuk menarik kemasukan pelaburan yang berpotensi mencecah nilai lebih RM1 bilion dalam tempoh beberapa tahun.

Dalam pada itu, HSK 2023 yang dianjurkan FINAS pada 20 Mac ini dengan bertemakan ‘Filem Wadah Perpaduan, Titian Keharmonian’ bertujuan mengiktiraf golongan seniman, budayawan dan karyawan seni serta budaya tanah air kepada pembangunan negara.

Selain itu, HSK 2023 bakal meningkatkan kecemerlangan seni dan budaya ke tahap yang lebih tinggi, meningkatkan kesedaran dan apresiasi masyarakat kepada peranan seni budaya serta mewujudkan masyarakat Malaysia yang berjati diri dan menghargai seni budaya.

“Inisiatif sambutan HSK merupakan penghargaan kerajaan Malaysia dalam meraikan sumbangan penggiat industri kreatif yang terlibat dalam bidang seni khususnya pelakon, pemuzik, penyanyi, pelukis, pengukir, penyajak, penulis, penyiar dan lain lain,” menurut Md Nasir. - Bernama

Isu Pada

Dolla Tunjuk Taring

11 Mar 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 20 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...