web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UiTM Holdings Didakwa Rugi Besar Gara-Gara Terbit Filem Sampah, Profesor A Razak Enggan Beri Komen! 

Menurut pendedahan yang dilakukan oleh sebuah akaun Fakta Bukan Auta di Twitter, UiTM Holdings didakwa mengalami kerugian RM157 juta sejak 2017. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2023 12:16PM

UiTM Holdings - Gambar dari uitmholdings.com

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Projek penerbitan filem didakwa menjadi penyumbang terbesar kerugian syarikat pelaburan penuh milik UiTM, UiTM Holdings. 

Menurut pendedahan yang dilakukan oleh sebuah akaun Fakta Bukan Auta di Twitter, UiTM Holdings didakwa mengalami kerugian RM157 juta sejak tahun 2017. 

“Bawah UiTM, ada sebuah rumah penerbitan bernama FiTA Studios. Orang kuat FiTA Studios adalah Latiff Mohaideen. Dia telah melantik abangnya, Razak Mohaideen untuk mengarah filem-filem di bawah FiTA.

“Razak Mohaideen adalah individu yang menghasilkan filem Badang,” tulis ciapan berkenaan. 

Razak Mohaideen - Gambar dari media sosial
Razak Mohaideen - Gambar dari media sosial

Filem Badang menelan belanja sehingga RM2 juta namun kutipan yang diterima hanyalah RM75 ribu. 

Selain Badang, antara filem lain yang dihasilkan FiTA ialah Chowrasta dengan belanja sehingga RM2 juta. Bagaimanapun filem tersebut hanya berjaya mengutip sebanyak RM174 ribu. 

Ciapan tersebut telah ditonton sehingga 200,000 pengguna. Pelbagai respons diberikan dan ramai yang kecewa dengan pengurusan kewangan syarikat pelaburan berkenaan.

“Buat filem sampah takkan nak harapkan untung,” tulis satu ciapan.

“UiTM Holdings mungkin rugi, tapi ada org lain yang dapat untung sebenarnya,” kata komen yang lain.

“Kenapa UiTM hasilkan filem sampah? Sudahlah guna duit kerajaan, lepas itu rugi. Untunglah dapat sakau duit projek. Buat filem juta juta untuk kroni dia sahaja Razak Mohaideen,” tulis satu komen. 

Getaran sedang mendapatkan komen daripada FiTA Studios dan Razak bagi memberi respons terhadap dakwaan yang dikeluarkan. Namun, Razak enggan menjawab komen tersebut. –  Getaran, 9 Februari 2023 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 7 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...