web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Maaf Semua’ - Filem Dikritik, Syafiq Yusof Terima Dengan Hati Terbuka

Beberapa komen mengatakan dialog drama bersiri berkenaan kedengaran janggal seperti dipaksa-paksa.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2023 8:00PM

Syafiq (kiri) meminta maaf dan menerima setiap kritikan dengan hati terbuka. - Gambar fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah Syafiq Yusof memohon maaf atas tindakannya mempersoal kritikan yang diberikan penonton terhadap karya terbaharunya, ‘Special Force: Anarchy’.

Sejak siri itu disiarkan di platform penstriman Disney+ Hotstar pada 14 Januari lalu, pelbagai respons diberikan penonton termasuklah beberapa komen yang mengatakan naskhah itu tidak cukup kuat, dan sekadar mengulang kembali siri Gerak Khas yang pernah dihasilkan bapanya.

Salah seorang pengulas bernama Zhafvlog di Twitter memberikan rating 1/5 untuk filem yang menampilkan aksi kepolisian yang  diinspirasikan daripada filem ‘KL Special Force’.

Bukan itu sahaja, beberapa komen juga mengatakan dialog filem berkenaan tidak bersesuaian dan seperti dipaksa-paksa. Tidak kurang juga ada beberapa babak yang dianggap kurang relevan seperti Man Jerung meminta diskaun sewaktu membeli barang terlarang.

Syafiq bagaimanapun sempat berkecil hati dan membandingkan ulasan yang diterimanya dengan filem Mat Kilau, karya abangnya. Namun begitu, dalam ciapan yang baru, pengarah berumur 31 tahun itu meminta maaf dan menerima setiap kritikan dengan hati terbuka.

Ramai yang meminta Syafiq untuk tidak patah semangat dan lebih banyak menghasilkan filem-filem yang lebih bermutu.

“Yang kritik itu pun belum tentu dapat hasilkan filem yang bermutu. Teruskan mewarnai filem Malaysia,” tulis satu ciapan.

“Tak apa, ambil kritikan teruskan mengkaji kelemahan, biasalah kadang sedikit jatuh tu bukan nak kalahkan usaha anda, tapi nak membantu kemenangan hasil yang akan datang,” tulis satu komen.

“Cerita kau kebanyakan okay, biasalah bila menghasilkan sesuatu karya mesti ada kritikan, semoga kau kuat boss,” tulis satu pengguna Twitter.

Special Force: Anarchy merupakan drama bersiri tujuh episode mengisahkan Iman lakonan Puteri Aishah sebagai pegawai polis muda yang berani keluar daripada negara bernama Tenggara.

Iman bertanggungjawab menyelesaikan satu kes rompakan bank terancang. Ketika itulah dia bertemu kumpulan penjenayah berbahaya.

Turut menjayakan drama ini ialah Datuk M Nasir, Hasnul Rahmat, Fify Azmi dan Elizabeth Tan. - Getaran, 16 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Raih Kutipan 41 Juta -  Demam Polis Evo 3 Melanda Rakyat Malaysia, Dilabel  Filem Hebat Setaraf Hollywood  

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

'Abang Long Fadil 3' Kutip RM18 Juta Dalam Tempoh 11 Hari, Mungkin Disambung Jika Kutipan Melebihi Sasaran 

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Baru Sehari Tayangan, Abang Long Fadil 3 Sudah Berjaya Raih RM3 Juta 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 13 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN