web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Awesome TV Buka Tirai 2023 Dengan Kampung Senariuh Sitkom Pelawak Legenda

Bagi para peminat ‘Kampung Sinariuh’, jangan lupa layari kemunculan semula pelawak legenda Senario dalam program berbentuk sitcom setelah lebih sedekad bakal menggamit nostalgia dunia komedi tanah air, setiap Sabtu dan Ahad bermula tahun hadapan. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 12:00PM

Program Kampung Senariuh berkisarkan tentang empat sahabat baik iaitu Pak Azlee, Wahid Deghian, Apek dan Yassin Rambo dari Kampung Sena. - Gambar Awesome TV 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan pelawak legenda, Senario yang dianggotai oleh Wahid, Azlee, Lan Pet Pet, Saiful Apek dan Yassin. Kumpulan ini turut pernah dianggotai oleh pelawak Ilya atau Pak Ya, dan juga Hamdan.

Sitkom, lagu-lagu dan filem-filem mereka pernah mewarnai kehidupan kanak-kanak yang membesar pada tahun 90-an.

Sepanjang pembabitan mereka dalam dunia seni sejak pada tahun 1996 lagi, terdapat lebih 10 buah filem telah mereka hasilkan, antaranya Senario The Movie, Senario Lagi, Lagi Lagi Senario, Senario Pemburu Emas Yamashita dan macam-macam lagi.

Gambar ihsan Awesome TV
Gambar ihsan Awesome TV

Kini sebagai, pembuka tirai tahun 2023, Awesome TV mengembalikan nostalgia peminat terhadap kumpulan ‘Senario’ yang suatu ketika dahulu pernah mencetuskan fenomena luar biasa menerusi program sketsa terbaharu ‘Kampung Senariuh’.

Program n tersebut bakal  menghiasi slot ‘Sitcom’ pada setiap hari Sabtu dan Ahad, pada jam 9.00 malam bermula 1 Januari 2023.

Program ‘Kampung Senariuh’  15 episod di bawah arahan sutradara terkenal, Bob Ismail Hasim ini diterajui empat ahli kumpulan Senario iaitu Wahid, Azlee, Saiful Apek, Yassin dan turut dibintangi Mamak selaku pelakon pembantu. 

Gambar ihsan Awesome TV
Gambar ihsan Awesome TV

Selain itu, program ini juga diserikan dengan kehadiran barisan artis jemputan yang terdiri daripada Mia Nasir, Afifa Nasir, Zalif Sidek, Marisa Yasmin, Ammar Titan, Kazar, Chiwan, Bard Kerdil serta turut menampilkan barisan bintang ‘Awesome Raja Lawak’ seperti Kumpulan Soda, Kumpulan Manja, Azhar, Amin, Oky dan Afea sebagai penampilan khas.

Siitkom ‘Kampung Senariuh’ berkisarkan tentang empat orang sahabat baik iaitu Pak Azlee, Wahid Deghian, Apek dan Yassin Rambo dari Kampung Sena. 

Mereka cukup dikenali dalam kalangan penduduk kampung dengan ragam dan gelagat mereka yang mencuit hati ketika melepak di warung dan sering berborak mengenai isu-isu semasa terutamanya kejadian yang berlaku di kampung mereka.

Gambar ihsan Awesome TV
Gambar ihsan Awesome TV

Watak Pak Azlee merupakan seorang pemilik warung kedai kopi yang menjadi port utama untuk melepak oleh penduduk Kampung Sena. 

Watak Wahid Deghian pula merupakan seorang pengusaha sebuah dusun durian di Kampung Pokok Senariuh. Manakala watak Apek pula merupakan seorang pemilik studio jamming di kampung tersebut. Watak Yassin Rambo pula merupakan seorang pemilik sebuah bengkel motor. 

Bagi para peminat ‘Kampung Sinariuh’, jangan lupa layari kemunculan semula pelawak legenda Senario dalam program berbentuk sitcom setelah lebih sedekad bakal menggamit nostalgia dunia komedi tanah air, setiap Sabtu dan Ahad bermula tahun hadapan. - Getaran, 26 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Azlee Senario Dikejarkan Ke IJN Selepas Tidak Sedarkan Diri

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Saiful Apek Risau Generasi Muda Yang Terlalu Obses Dengan Populariti 

3

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Aziz M Osman Janjikan Faktor Wow Dalam Jaga-Jaga Senariounion 

4

Selebriti 4 tahun yang lalu

Syanie Akui Saiful Apek Pelakon Gandingan Terbaik 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang