Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Industri Kreatif Negara Dirangsang Melalui Pelbagai Inisiatif Pada 2022

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2022 1:06PM

Industri kreatif memberikan sumbangan yang besar kepada ekonomi negara selain mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tahun ini menyaksikan industri kreatif Malaysia menerima pelbagai inisiatif dalam mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan peluang termasuk pencungkilan bakat di kalangan rakyat tempatan.

Terdapat pendekatan di seluruh negara untuk memberi manfaat yang lebih besar kepada pengamal industri seni selain menggalakkan masyarakat tempatan untuk mengambil bahagian dalam ekonomi digital.

Program itu selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan sumbangan industri kreatif kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 20 peratus yang dianggarkan berjumlah RM31 bilion, menjelang 2025.

Inisiatif

Antaranya adalah program MDEC Creativity @ Schools yang telah berkembang sejak 2016, yang menyasarkan pendedahan ke atas kanak-kanak sekolah terhadap pembangunan permainan, animasi dan set kemahiran kreatif. 

Sehingga 2022, program ini telah merekodkan 3,400 peserta yang berdaftar. Program ini juga mencapai tahap kemuncak apabila ia diterima pakai secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan sebagai sebahagian daripada sukatan pelajaran ko-kurikulum rasmi untuk semua empat juta kanak-kanak sekolah di Malaysia yang  berumur 7 hingga 17 tahun.

Dalam skop yang lebih luas, kerajaan Malaysia juga menyokong kepesatan dalam peningkatan kemahiran serta latihan semula melalui program-program seperti Program Pembangunan Perusahaan (EDP) yang menawarkan kursus percuma atau kos yang telah menyaksikan lebih daripada pendaftaran 1,500 peserta sejak tiga tahun lepas.

Satu lagi program pembangunan ialah Creators Studio, yang menyediakan studio di Malaysia dengan peluang untuk mengupah rakyat Malaysia dan menyediakan latihan dunia sebenar di tempat kerja. 

Bagi terus menyokong pembangunan pemain industri, geran kandungan digital (DCG) disediakan kepada mereka yang membangunkan harta intelek (IP) baharu dan IP pasaran sedia ada. 

Antara inisiatif lain ialah Virtual Buyer Fly-in (memberi tumpuan kepada pembeli atau pelabur), My Game Connect (fokus kepada penerbit atau pelabur), Kre8tif Conferenve (platform animasi) dan Persidangan LEVEL UP KL (bagi media interaktif). 

Pekerjaan dalam kandungan digital

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Mohammad Mentek (kiri) bersama Mahadhir Aziz melihat kertas kajian bertajuk “Malaysia: Ke Arah Ibu Kota Digital ASEAN” selepas pelancaran Minggu Digital Malaysia 2022 MDEC di Pusat Persidangan dan Acara Connexion, baru-baru ini. - Gambar Bernama
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Mohammad Mentek (kiri) bersama Mahadhir Aziz melihat kertas kajian bertajuk “Malaysia: Ke Arah Ibu Kota Digital ASEAN” selepas pelancaran Minggu Digital Malaysia 2022 MDEC di Pusat Persidangan dan Acara Connexion, baru-baru ini. - Gambar Bernama

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Mahadhir Aziz berkata pasaran pekerjaan bagi industri kandungan digital adalah sangat kompetitif dengan banyak kekosongan jawatan tersedia berikutan bekalan kumpulan bakat yang agak terhad disebabkan pertambahan studio bertaraf dunia yang ditubuhkan di Malaysia selain peluang bekerja jarak jauh. 

"Kemahiran teknikal mendapat permintaan tinggi seperti kreativiti, papan cerita, reka bentuk konsep permainan, kemahiran ujian jaminan kualiti, pengaturcara, animator, penggubah VFX, artis efek, pembuat model, artis 3D, artis 2D dan pengarah teknikal, antara lain," katanya kepada Bernama. 

Beliau menambah permintaan terhadap bakat dijangka menokok pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 7.59 peratus setahun dalam tempoh tiga tahun akan datang. 

MDEC bermatlamat untuk meningkatkan pembangunan bakat, akses perniagaan serta pembinaan komuniti dalam bidang ini supaya lebih ramai individu akan menerima dan menggunakan teknologi baharu dalam industri kreatif.

Kekurangan bakat 2D

Richard Cheah - Gambar dari Digital News Asia
Richard Cheah - Gambar dari Digital News Asia

Pengarah Urusan Studio Streamline, Richard Cheah berkata Malaysia perlu mewujudkan legitimasinya dalam industri kreatif teknikal walaupun mempunyai kelebihan dari segi lokasi, kos, bahasa dan kemudahan menjalankan perniagaan berbanding kebanyakan negara jirannya. 

"Bagaimanapun, kami tidak dipandang serius, memandangkan kami memerlukan lebih banyak institusi pengajian tinggi (IPT) atau pendidikan termasuk latihan teknikal dan vokasional (TVET) untuk menawarkan kursus bagi membina kumpulan bakat kami selain memastikan bakat kami bersedia bagi menyertai tenaga kerja," katanya.

Berdasarkan Laporan Bakat Industri Kandungan Digital Asia Tenggara (SEA) 2022, secara keseluruhan, terdapat kekurangan bekalan bakat 2D dalam industri ini disebabkan kekurangan institusi pengajian tinggi tempatan yang menawarkan kursus 2D, sebaliknya banyak IPT tempatan menawarkan kursus 3D.

"Sebagai tindak balas kepada pertumbuhan industri, terdapat juga pertambahan dalam bilangan IPT yang menawarkan kursus yang berkaitan dengan industri kandungan digital. Bagaimanapun, disebabkan angka penduduk yang agak kecil di Malaysia, bekalan bakat juga terhad," katanya. 

Laporan itu juga menggesa pemain industri untuk bekerjasama rapat dengan IPT dalam memastikan kurikulum mereka sentiasa dikemas kini kerana ianya akan membantu dalam membangunkan potensi bakat. 

Pertumbuhan e-dagang

Industri e-dagang mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan pada tahun lepas dengan jumlah pendapatan mencecah RM1.09 trilion bagi suku keempat 2021. - Gambar hiasan Pexels
Industri e-dagang mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan pada tahun lepas dengan jumlah pendapatan mencecah RM1.09 trilion bagi suku keempat 2021. - Gambar hiasan Pexels

Mahadhir memberitahu industri e-dagang mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan pada tahun lepas dengan jumlah pendapatan mencecah RM1.09 trilion bagi suku keempat 2021, pertumbuhan 21.8 peratus berbanding RM896 bilion yang disaksikan semasa tempoh yang sama pada 2020.

"Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), sehingga suku kedua 2022, jumlah pendapatan e-dagang direkodkan sebanyak RM566.4 bilion, mencatatkan pertumbuhan 7.7 peratus berbanding suku yang sama pada 2021," katanya.   

Laporan "Transforming Southeast Asia - From Discovery" oleh Lazada pula memaparkan, penembusan pengguna e-dagang di Malaysia adalah 47.1 peratus pada 2022 dan dijangka mencecah 53.2 peratus menjelang 2025. 

Laporan itu juga mendedahkan bahawa penjual aktif di Malaysia telah melonjak sebanyak 32 peratus di Lazada dalam tempoh tujuh bulan pertama 2022, manakala 76 peratus pengguna dalam talian di Malaysia membeli-belah sekurang-kurangnya sekali sebulan.   

"Populariti pasaran e-dagang telah mula naik sebagai saluran penemuan bersama-sama dengan media sosial dan carian Google. 

"Ketika sektor ini berkembang, keperluan bagi perkhidmatan penghantaran yang pantas telah melonjak dalam permintaan di Asia Tenggara (SEA), dengan lebih ramai pembeli tidak mahu menunggu lebih daripada tiga hari," kata laporan itu. 

Lonjakan e-dagang

Shopee telah memacu ekonomi kreatif Malaysia dengan menyokong bakat tempatan dalam meningkatkan perniagaan mereka dan berkembang bersama-sama dengan teknologi. 

Menerusi kajian terbaharu 'Shopee Super Awards 2022 Milestones', Shopee mendedahkan jenama milik selebriti dan pempengaruh Malaysia semakin mendapat perhatian dalam landskap e-dagang yang semakin tepu. 

Platform e-dagang terkemuka itu berkata dalam mengkaji semula prestasinya pada tahun lepas, kajian mendapati jenama milik selebriti dan pempengaruh di Shopee mempunyai pertumbuhan pendapatan 59 peratus dari tahun ke tahun mulai Oktober 2021 hingga September 2022 berbanding tahun sebelumnya. 

"Penjual Skuad Selebriti Shopee terlibat secara aktif dengan penonton mereka dalam siaran langsung dengan menawarkan kandungan interaktif, membawa sentuhan yang lebih peribadi kepada penonton. 

"Penjual yang menjalankan sesi strim langsung mempunyai lebih 166,000 penonton unik terkumpul menyertai sesi itu dan lebih 20,000 pengguna menonton strim secara berterusan pada satu-satu masa, sepanjang tahun lepas," kata laporan itu lagi.

Unjuran untuk e-dagang

Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia perlu mempercepatkan pendigitalan operasi mereka serta berusaha ke arah kebolehoperasian rantaian bekalan dari hujung ke hujung. - Gambar oleh Azim Rahman
Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia perlu mempercepatkan pendigitalan operasi mereka serta berusaha ke arah kebolehoperasian rantaian bekalan dari hujung ke hujung. - Gambar oleh Azim Rahman

"E-dagang tidak boleh dianggap sebagai titik muktamad. Sebaliknya, e-dagang harus menjadi batu loncatan ke arah perdagangan digital. 

"Yang menyokong perdagangan digital adalah pergerakan data yang lancar dan menyeluruh untuk meningkatkan kecekapan, ketepatan, kebolehpercayaan transaksi merentasi sektor dan industri," kata Mahadhir. 

Beliau berkata dalam dunia yang semakin global, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia perlu mempercepatkan pendigitalan operasi mereka serta berusaha ke arah kebolehoperasian rantaian bekalan dari hujung ke hujung. 

Ini akan meningkatkan kecekapan perniagaan serta melonjakkan kelajuan dan ketangkasan PMKS Malaysia untuk bersaing di peringkat global, katanya. 

"Melangkah ke hadapan, MDEC akan memacu e-dagang sebagai batu loncatan bagi perniagaan menerima perdagangan digital, memacu kebolehoperasian selain akan bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan yang berkaitan, baik di dalam dan luar negara, ke arah pengharmonian standard serta pendekatan kawal selia yang lebih baik termasuk memudahkan perdagangan dalam dan merentasi sempadan," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

2

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 jam yang lalu

"Awak Ada Nombor Saya": Muaz Minta Aliff Untuk Jadi 'Gentleman'

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Atta Halilintar Kongsi Kenangan Jual Kad SIM Di Central Market

Atta yang pernah menetap di Malaysia kini muncul dengan single terbaru berjudul Mantap Cuy kolaborasi bersama Kidd Santhe dan Saixse

oleh Helmi Anuar

Selebriti 14 jam yang lalu

‘Saya Tak Faham Kenapa Marissa Seorang Yang Disalahkan, Dulu Saya Tak Pernah Salahkan Memey’ - Abby Abadi

Menurut Abby, anaknya Marissa Dania dihentam netizen bagaikan tiada hari esok, sedangkan pihak lelaki juga turut bersalah dalam kontroversi yang melanda keluarg...

oleh Helmi Anuar

Muzik 5 jam yang lalu

Festival Muzik Banyak Bagus 2024 Gabungkan Barisan Artis Popular 4 Negara

oleh Helmi Anuar