web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tercalon Untuk Dua Filem, Mampukah Adi Putra Membawa Pulang Trofi Pelakon Lelaki Terbaik FFM32?

Nama Datuk Adi Putra telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi dua buah filem iaitu 'Mat Kilau' dan 'Air Force The Movie : Selagi Bernyawa'

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2022 2:07PM

Adi Putra adalah antara nama aktor yang paling dijulang pada tahun 2022 - Gambar Instagram Adi Putra

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak dinafikan nama pelakon kacak, Datuk Adi Putra adalah antara nama aktor yang paling dijulang pada tahun 2022.

Muncul dengan tiga filem pada tahun ini iaitu Mat Kilau, Jerangkung Dalam Almari serta Air Force The Movie : Selagi Bernyawa, kesemua filem ini mendapat sambutan hangat penonton filem tempatan dan luar negara terutamanya filem Mat Kilau yang berjaya meraih kutipan paling tinggi dalam sejarah perfileman Malaysia iaitu sebanyak RM97 juta

Malah, fenomena yang dicetuskan oleh Mat Kilau turut mengangkat Adi ke satu aras yang lebih tinggi sebagai pelakon yang disegani. 

Kejayaan yang dilakar bukan sekadar di layar perak, nama Adi Putra turut tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-32 menerusi dua buah filem iaitu Mat Kilau dan Air Force The Movie : Selagi Bernyawa yang bakal berlangsung pada 2 Disember 2022. 

Ini adalah kali pertama nama Adi Putra tercalon untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik sejak dia menerima kerakyatan sebagai warganegara Malaysia pada tahun 2018.

Adi bakal dicabar oleh tiga lagi pelakon handalan yang lain iaitu Datuk Rahim Razali (Spilt Gravy), Amerul Affendi (Prebet Sapu) dan Haridhass Selvaraju (Moondram Athigharam : The Third Rule)

Terdahulu pelakon yang berasal dari Singapura ini pernah tercalon bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Makrifat Cinta pada Festival Filem Malaysia Ke-30 pada tahun 2019. 

Sama-sama kita nantikan siapakah yang bakal merangkul trofi yang paling diidamkan oleh setiap pelakon di Malaysia ini. Semoga berjaya kepada semua yang tercalon. – Getaran, 2 Disember 2022

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa