web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fakhiz VE Hilang Fokus Terkenang Anak Dijangkiti Kuman Dalam Usus

Biarpun sedang dilanda ujian getir, namun kumpulan VE tetap berjaya membuat persembahan dengan baik sehingga mendapat tempat kedua.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2022 12:00PM

Jauza Hanania (tengah) ditahan di wad kerana terdapat jangkitan kuman pada usus. - Gambar ihsan Astro/AzrulRafie

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hati bapa mana yang tidak dilanda gundah tatkala anaknya yang masih kecil terpaksa bergelut dengan masalah kesihatan sehingga dimasukkan ke hospital.

Itulah yang dirasai oleh salah seorang anggota kumpulan VE iaitu Fakhiz tatkala berhadapan dengan situasi cemas apabila anak perempuannya, Jauza Hanania yang baru berusia dua bulan ditahan di wad kerana terdapat jangkitan kuman pada usus.

“Doktor beritahu saya, masalah ini berpunca daripada air. Disebabkan sekarang musim hujan, jadi ada air kotor yang telah masuk ke dalam air yang telah dirawat.

“Air dari penapis yang dipasang di rumah juga tak cukup untuk membunuh kuman. Mungkin itu adalah puncanya,” katanya ketika ditemui di sidang media sejurus tamat konsert GV9 minggu kelapan.

Fakhiz VE -  Gambar ihsan Astro/AzrulRafie
Fakhiz VE - Gambar ihsan Astro/AzrulRafie

Kongsi Fakhiz lagi, anaknya kini terpaksa diberi susu melalui tiub yang dimasukkan ke bahagian hidung kerana dia berada dalam keadaan yang sangat lemah.

“Tiub itu dimasukkan ke dalam hidung terus ke perut. Kesian. Disebabkan perut dia ada masalah, jadi dia tak ada rasa nak minum susu. Hilang selera. Kandungan gula dalam darahnya merosot. Jadi doktor risau.

“Kalau diikutkan sepatutnya hari ini (Ahad), dia sudah boleh pulang ke rumah, tetapi apabila doktor periksa darahnya masih ada kuman. Jadi perlu terus ditahan di wad,” kongsinya.

Ditanya bagaimana dia menghadapi situasi getir ini di saat masih perlu meneruskan perjuangan di pentas GV9, kata Fakhiz, fokusnya sering terganggu kerana terkenangkan kondisi anaknya.

“Semalam (Sabtu), tiba-tiba saya jadi ‘blank’. Bukan sahaja bahagian saya, tetapi keseluruhan lagu itu saya lupa. Sampai minta lirik pada Hakim.

“Kadang-kadang saya termenung kerana jasad bersama kumpulan VE, tetapi hati dan minda teringatkan anak. Bila rakan-rakan tengok saya macam itu, mereka akan datang menyapa saya.

“Sebelum ini juga isteri banyak membantu saya. bila dia tak ada bersama saya kerana menjaga anak di wad, saya rasa pincang.

“Kalau tak, dia yang selalu jaga saya soal pakaian dan sebagainya. Semalam saya datang terlupa nak bawa kasut.

“Kerana dalam kepala saya fikiran dah kemana-mana. Sebab apa yang saya fikirkan nak bawa barang apa ke hospital terlebih dahulu. Saya akui perkara ini tidak mudah untuk saya lalui, tetapi bukan mustahil juga, kawan-kawan saya banyak membantu,” katanya.

Gambar ihsan Astro/AzrulRafie
Gambar ihsan Astro/AzrulRafie

Biarpun sedang menghadapi ujian yang berat, namun kumpulan VE berjaya memberikan persembahan yang baik menyampaikan lagu Rozana sehingga mendapat tempat yang kedua. Malah, persembahan mereka mendapat pujian Datuk Syafinaz Selamat.

“Saya tak ‘expect’ apa-apa pun dan saya cuma buat apa yang disuruh. Saya ikut sahaja rakan-rakan saya yang lain kerana mereka lebih berpengalaman.

“Saya perlukan tunjuk ajar dari mereka. Saya bukan artis. Sebelum ini saya menyanyi di majlis kenduri, di kedai saya dan adalah beberapa persembahan kecil-kecilan. Saya tak pernah ada pengalaman menyanyi di pentas sebesar ini bersama kumpulan muzik dan perlu memakai ‘ear monitor’,” kongsinya.

Fakhiz turut memohon agar orang ramai terus mendoakan kesihatan anaknya agar segera sembuh seperti sedia kala. - Getaran, 7 November 2022.

Foto :

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Rupa Paras Dikutuk, Liza Hanim Tampil Pertahankan Diri

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Saya Mohon Hentikan Semua Kenyataan Yang Berbaur Tohmahan Dan Tuduhan - Zaf VE 

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Ramai Tak Puas Hati Hazrul Nizam Dapat Nombor 6, Ini Penjelasan Juri Tetap

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Ramai Tak Puas Hati Hazrul Nizam Dapat Tempat Keenam Di Final GV9 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 11 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...