web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Hikmah Sertai GV9, Berjuta Orang Yang Sedekah Al-Fatihah Buat Arwah Abah” – Dina Nadzir

Pada konsert minggu ketujuh yang berlangsung Ahad lepas, Dina turut membawa tongkat arwah bapanya sewaktu membuat persembahan menyanyikan lagu ‘Lady Marmalade.’

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2022 4:14PM

Dina Nadzir kembali bangkit memberikan persembahan penuh bertenaga pada minggu ketujuh GV9 - Gambar: Astro/AzrulRafie

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Umum mengetahui bahawa bapa kepada salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) iaitu Dina Nadzir telah kembali ke rahmatullah pada Ahad lepas.

Disebabkan itu, Dina tidak muncul membuat persembahan di konsert minggu keenam dan lagu yang sepatutnya dinyanyikan Dina telah disampaikan secara trio oleh Shila Amzah, Tom dan Jaclyn Victor. 

Namun, semangat juang Dina tidak terkubur di minggu keenam, pada minggu ketujuh dia kembali bangkit memberikan persembahan yang penuh bertenaga menyampaikan lagu 'Lady Marmalade' sehingga berjaya meletakkan diri di dalam kelompok lima teratas serta mendapat standing ovation daripada Hetty Koes Endang. 

Menurut Dina atau nama penuhnya Faradina Mohd Nadzir, 37, dia sebenarnya sudah reda andai diumumkan tersingkir di minggu keenam kerana tidak dapat membuat persembahan.

“Pada malam Ahad konsert minggu keenam itu, saya dah reda andai tersingkir. Saya beritahu pada kawan-kawan yang datang melawat, saya tak kisah andai tiada rezeki meneruskan perjuangan di pentas GV9 kerana ini semua kehendak Allah. 

“Sewaktu saya menonton konsert minggu keenam, saya lihat mereka umumkan untuk sedekahkan surah Al Fatihah buat arwah abah saya. 

“Ketika itulah saya sedar bahawa inilah hikmah yang Allah nak berikan kepada saya. Selama ini bertahun-tahun orang tanya saya, bila nak masuk Gegar Vaganza. 

“Mak saya cakap, Dina tengok sebab Dina masuk GV9 tahun ini, berjuta orang yang sedekahkan Al-Fatihah buat arwah abah. 

“Mungkin itulah hikmah kenapa Dina masuk GV tahun ini. Untuk abah Dina. Ketika itu saya sedar bahawa saya sudah ‘menang’. Tugas saya sudah selesai,” katanya ketika ditemui di sidang media.

Namun, tanggapan itu berubah selepas Dina menonton persembahan tiga rakannya menyampaikan lagu Januari bagi menggantikan tempatnya. 

Kata Dina, waktu itu di terasa bahawa perjuangannya masih belum selesai sepenuhnya kerana ada rakan-rakan yang sanggup berjuang untuk dirinya.

“Bila saya nampak Jac, Tom dan Shila menggantikan saya membuat persembahan, saya rasa mereka telah berjuang untuk saya. Itu inisiatif mereka untuk menyanyi buat saya. 

“Saya bertanya pada diri sendiri apalah yang saya telah lakukan di dunia ini, sehingga saya disayangi sebegitu sekali. Ketika itu saya dah melalak (menangis). Rupanya ada yang masih sayangkan saya.

“Bila  mereka umumkan nama saya masih layak berjuang di minggu seterusnya pada segmen 'Ada Lagu Ada Lagi', saya rasa ibarat diberikan peluang kedua. Saya tak boleh hampakan mereka yang telah menyokong dan menyayangi saya selama ini,” ujarnya.

Kata Dina lagi, dia turut mengambil nasihat Datuk Ramli MS supaya tidak putus asa untuk terus berjuang.

“Tetapi untuk menyanyi seorang saya rasa saya tak kuat. Sebab itu saya ajak kawan-kawan saya seperti Atilia, Nadia Aqilah, Elvira dan cikgu vokal saya iaitu Cikgu Delly untuk turut sama membuat persembahan pada minggu ini.

Dina turut menjemput teman-temannya untuk membuat persembahan bersamanya
Dina turut menjemput teman-temannya untuk membuat persembahan bersamanya

“Sejujurnya saya pernah rasa putus asa dan ingin tarik diri, Namun kawan-kawan dan saudara-mara cakap jangan. Teruskan perjuangan demi Abah. Itu yang saya bawa tongkat arwah Abah untuk buat persembahan di atas pentas. 

“Mungkin sebelum ini perjuangan saya di pentas GV9 adalah untuk arwah Kak Adibah Noor. Tetapi kini perjuangan itu lebih kuat kerana saya bawa semangat arwah abah saya bersama,” katanya.

Dina memegang tongkat bapanya
Dina memegang tongkat bapanya

Ditanya apakah kata-kata terakhir arwah bapanya untuk Dina yang akan dikenang selamanya, kata Dina sejak bapanya menghidap sakit kanser tonsil tujuh tahun lalu, arwah sudah tidak boleh banyak bercakap. 

“Tetapi ada beberapa kali dia pernah cakap dengan saya, abah seorang ‘fighter’. Abah dah lawan tujuh tahun, kenapa Dina tak nak lawan? Saya kata tak boleh Abah, Dina kena COVID-19, suara Dina tak ada. Dia cakap, abah boleh lawan. Doktor beri tempoh dua tiga tahun pada abah. 

“Tapi kata-kata terakhir abah yang buat saya sering terfikir balik adalah sewaktu di hospital. Arwah sempat bergurau dengan saya, Dia tunjuk jururawat mana yang bagus. Lepas tu saya tanya jururawat ini nama siapa, dia cakap Milo. 

“Dalam pada dia tak boleh bercakap, dia sebut Milo. Milo itu nama jururawat dalam filem Nasib Do Re Mi. Ketika itu saya terfikir, jika abah saya boleh hiburkan orang ketika di hujung nyawa dia, apa alasan aku untuk tidak mahu menghiburkan orang?”, kongsinya. 

Untuk konsert minggu kelapan nanti, Dina akan membawakan lagu 'Hijau' dari Datuk Zainal Abidin. Semoga Dina terus kuat dan berjuang demi bapa tercinta. – Getaran, 31 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Rencana 1 tahun yang lalu

Kisah Seorang Bapa: Inspirasi Dan Legasi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 10 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN