Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Selepas Dunia Gangster Dan Mafia, Abang Long Fadil Kini Terjun Ke Dunia Perisikan 

Filem aksi komedi yang dinanti-nantikan iaitu Abang Long Fadil 3 telah membawa penonton dari dunia gangster ke dunia perisikan ala filem James Bond.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 9:00PM

Filem Abang Long Fadil 3 mula menjengah pawagam pada 8 September 2022. - Gambar ihsan Astro Shaw

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem aksi komedi yang ditunggu-tunggu iaitu Abang Long Fadil 3 akhirnya telah menjengah pawagam seluruh Malaysia secara rasminya bermula 8 September 2022.

Masih ditunjangi  Zizan Razak sebagai bintang utama, untuk sekuel ketiga ini rakan baiknya iaitu Johan telah disunting pengarahnya, Syafiq Yusof untuk membawakan watak antagonis.

Jika anda merupakan peminat setia Abang Long Fadil sejak dari filem yang pertama hinggalah sekualnya yang kedua, untuk filem ketiga ini ceritanya telah berubah 360 darjah sama sekali.

Kali ini, Syafiq sengaja membawa Abang Long Fadil ke satu tahap yang lain apabila dia cuba menerapkan elemen aksi perisikan ala-ala filem James Bond.

Kisahnya bermula apabila Fadil dibebaskan dari hukuman penjara selama lima tahun. Dalam tempoh dia menjalani hukuman, wajahnya telah diambil oleh seorang ejen perisik profesional yang berkhidmat di National Secret Service (NSS). Ejen itu telah menjalani pembedahan plastik untuk menyerupai wajah orang awam.

NSS kini sedang cuba menyiasat konspirasi yang melibatkan Secret Society Organization (SSO) yang didalangi Chow Han lakonan Johan. 

Gambar ihsan Astro Shaw
Gambar ihsan Astro Shaw

Pada satu hari berlaku kes yang mencurigakan sehingga membuatkan NSS berasa telah dikhianati ejen yang memiliki wajah seiras Fadil. Lalu, dia telah ditahan ketua NSS yang merupakan bapanya sendiri. 

Pada  masa yang sama Fadil telah dibawa Ejen Maya lakonan Maya Karin ke ibu pejabat NSS selepas dia keluar dari penjara.

Maya Karin membawakan watak Ejen Maya. - Gambar ihsan Astro Shaw
Maya Karin membawakan watak Ejen Maya. - Gambar ihsan Astro Shaw

Fadil telah ditugaskan untuk menyamar menjadi ejen yang telah ditahan itu dan bekerjasama dengan Ejen Alice lakonan Elizabeth Tan demi menyiasat apa sebenarnya yang berlaku.

Di NSS terdapat dua orang saintis yang bertugas mencipta bahan-bahan canggih untuk ejen-ejen NSS. Salah seorang dari mereka telah mencipta alat untuk membuatkan manusia mengikuti setiap kata-kata diperintah. Malangnya terdapat musuh dalam selimut di NSS yang telah menjual alat itu kepada Chow Han.

Gambar ihsan Astro Shaw
Gambar ihsan Astro Shaw

Siapakah musuh dalam selimut itu? Masing-masing saling menuduh dan berasa syak di atas satu sama lain. Namun akhirnya kebenaran telah terdedah yang membuatkan ramai terkejut.

Sejujurnya filem ini sangat menghiburkan untuk ditonton kerana selain padat dengan aksi, ia juga  sarat dengan elemen komedi terutamanya dari Johan dan Zizan. Loghat Johan yang membawa watak lelaki berbangsa cina dalam filem ini membuatkan ramai yang ketawa terbahak-bahak.

Gambar ihsan Astro Shaw
Gambar ihsan Astro Shaw

Tindakan Syafiq untuk menjadikan setiap siri filem ini mempunyai transisi yang berbeza juga harus dipuji. Bermula dengan Abang Long Fadil yang menonjolkan sisi dunia gangster, yang kedua pula mengenai dunia mafia dan terbaru dunia perisik. 

Dari segi lakonan, Zizan dan Johan tiada masalah membawa watak sebegini kerana ini adalah elemen mereka. Pujian harus diberikan kepada Elizabeth Tan kerana dia tampak benar-benar lincah beraksi dalam filem ini. Maya Karin juga tidak kurang hebatnya dan berani membawakan watak yang berlainan daripada  kebiasaan yang kita lihat.

Elizabeth Tan membawakan watak Ejen Alice. - Gambar ihsan Astro Shaw
Elizabeth Tan membawakan watak Ejen Alice. - Gambar ihsan Astro Shaw

Selain watak-watak utama ini, watak ketua NSS yang dilakonkan  Kazar dan Ocy Lin (isteri Chow Han) yang dilakonkan Ozlynn turut mencuit hati. Begitu juga dengan watak Yana lakonan Tania Hudson yang merupakan kekasih Fadil dalam filem ini.

Johan turut digandingkan dengan isterinya Ozlynn Waty. -  Gambar ihsan Astro Shaw
Johan turut digandingkan dengan isterinya Ozlynn Waty. - Gambar ihsan Astro Shaw

Namun penulis merasakan kostum untuk filem ini, boleh diperbaiki lagi. Dengan bajet sebanyak RM6 juta, kostum untuk setiap pelakon dalam filem ini seharusnya kelihatan lebih gah.

Difahamkan filem ini telah menjalani penggambaran di set filem terbesar yang pernah dibina untuk filem tempatan dan mengambil masa tiga bulan untuk membina set tersebut. 

Selepas industri perfileman Malaysia dihidangkan dengan beberapa buah filem aksi dan seram tahun ini, akhirnya tiba masa untuk kita bergelak ketawa pula dengan filem Abang Long Fadil 3. 

Filem terbitan Skop Production dengan kerjasama Astro Shaw ini dijangka bakal menjadi filem pecah panggung kerana setakat ini telah berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM1.2 juta pada hari pertama tayangan (sneak preview). – Getaran, 8 September 2022

3.5 Getar

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 12 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

Sorotan

1

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

2

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

3

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

4

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

5

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

6

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Berita gembira itu dikongsi menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram

oleh Wartawan Getaran

Filem & TV 12 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis