web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Liyana Jasmay Cabar Diri Arahkan Siri Kematian Di Sekolah Dalam Filem ‘Cikgu VS Hantu’

Filem yang ditayangkan di Astro First mulai hari ini dibintangi Datuk Afdlin Shauki, Khir Rahman, Che Puan Juliana Evans dan Zahiril Adzim.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 8:00PM

Babak dalam filem 'Cikgu VS Hantu' - Gambar ihsan Astro

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Agak menarik juga apabila melihat Liyana Jasmay memilih untuk mengarahkan karya filem pertamanya, Cikgu VS Hantu yang bergenre komedi seram, sedangkan dia banyak sekali tampil dengan genre komedi romantik atau kisah remaja. 

Baik dalam pengarahan drama, lakonan mahu pun kerjaya nyanyian, kebanyakan karyanya lebih terarah kepada genre yang sebegitu. 

Namun, itulah pendekatan yang cuba diambil Liyana Jasmay dalam usaha menjadikan dia sebagai seorang pengarah yang serba boleh. 

“Kali ini saya ingin pertaruhkan kelainan dalam bakat pengarahan dengan memberi sentuhan berbeza dalam genre komedi seram. 

“Setelah menghasilkan filem ini, ia menyuntik semangat saya untuk menyahut lebih banyak cabaran dalam menghasilkan variasi filem.

“Filem Cikgu vs Hantu ini adalah sebuah filem yang saya sifatkan sebagai istimewa kerana jalan ceritanya dekat penonton iaitu tentang alam ‘sekolah’.

“Ia juga turut mengangkat kerjaya golongan guru yang sentiasa berusaha memberikan terbaik dalam mendidik anak-anak murid mereka dan menonjolkan sikap bersaing secara sihat,” katanya. 

Liyana Jasmay semasa sidang media 'Cikgu VS Hantu' - Gambar oleh Ellyna Ali
Liyana Jasmay semasa sidang media 'Cikgu VS Hantu' - Gambar oleh Ellyna Ali

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Cikgu VS Hantu daripada Mermaid Studios, Adriana Jasmay yang juga kakak kepada Liyana berkata, pihaknya turut berdepan dengan cabaran sewaktu menghasilkan filem. 

 “Antaranya, sesi penggambaran dijalankan ketika fasa pandemik, jadi banyak limitasi dan garis panduan yang perlu dipatuhi. 

“Selain itu, penggambaran dilakukan pada waktu malam, jadi memang terasa benar suasana seramnya. 

Liyana Jasmay bersama para pelakon filem 'Cikgu VS Hantu' - Gambar oleh Ellyna Ali
Liyana Jasmay bersama para pelakon filem 'Cikgu VS Hantu' - Gambar oleh Ellyna Ali

“Kami juga berhadapan dengan tekanan untuk menghasilkan filem bergenre seram komedi, memandangkan ini adalah pengalaman kami yang pertama.

“Terima kasih kepada pihak FINAS dan Astro kerana memberi kepercayaan kepada produksi kami menerusi dana Program TV/OTT untuk menghasilkan filem ini,” katanya. 

Cikgu VS Hantu terbitan Mermaid Studios ini membariskan pelakon hebat tanah air Datuk Afdlin Shauki, Khir Rahman, Che Puan Juliana Evans dan Zahiril Adzim. Ia turut dibintangi Shuk Sahar, Fathil Dani, Mohd Fadhli Masoot, Muhamad Muntazar Ghani serta penampilan istimewa Syafiq Kyle.

Cikgu VS Hantu mengisahkan tentang permusuhan di antara Cikgu Daud dan Cikgu Samad dalam merebut untuk menjadi cikgu terbaik. Namun, persaingan tersebut telah merapatkan hubungan mereka tanpa sedar apabila muncul hantu Cikgu Syima dan Ismail. 

Kematian Cikgu Syima dan Ismail di sekolah mereka meninggalkan tanda tanya siapakah dalang yang membunuh mereka. 

Saksikan filem komedi seram Cikgu VS Hantu yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula hari ini. Anda boleh melanggan di saluran 480 atau boleh strim di Astro Go atau On Demand. - Getaran, 8 September 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pahabaq Kedah? Jom Pakat Bergelak Ketawa Dengan Sepahtu Reunion

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

I.D Kisah Balas Dendam dan Jenayah Siber

3

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

'Ya, Saya Sudah Berkahwin Semula' - Afdlin Shauki

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN