web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Filem 'Air Force' Raih Kutipan 8 Juta, Bakal Ditayangkan Di Korea, Jepun, Taiwan

Penerbit filem ini juga berharap sempena Hari Merdeka, rakyat Malaysia semua akan keluar menonton, agar mereka dapat memahami pengorbanan yang telah diberikan anggota beruniform negara kita selama ini.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2022 5:29PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas enam hari ditayangkan di seluruh pawagam tempatan, filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa telah berjaya meraih kutipan RM8 juta dan bakal ditayangkan di beberapa negara luar iaitu Korea, Jepun dan Taiwan. 

Penerbit Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dalam kenyataan media mereka memberitahu, mereka sangat bersyukur dan gembira dengan kejayaan filem tersebut. 

“Kami telah berusaha sebaik mungkin untuk menghasilkan filem yang telah mengambil masa lima tahun untuk disiapkan.

“Kami berharap filem ini akan meneruskan kutipan memberangsangkan selepas Mat Kilau. Malah, kami juga berharap sempena sambutan Hari Merdeka, rakyat Malaysia semua akan terus menyokong filem ini, agar mereka dapat memahami pengorbanan yang telah diberikan anggota beruniform negara kita selama ini. Selagi Bernyawa!” kata mereka. 

Mengenai usaha untuk menayangkan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa ini di Korea, Jepun dan Taiwan, penerbit memberitahu bahawa ia masih dalam perancangan. 

“Kami baru sahaja menyelesaikan urusan perbincangan tersebut dan terlalu awal untuk kami memaklumkan tentang perkembangan lanjut mengenai tayangan filem ini di sana terutama tarikhnya,” kata mereka lagi. 

Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See ini dipersembahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro, FX Hammer Films dan SixFun Media. 

Ia membariskan pelakon Aiman Hakim Ridza, Datuk Adi Putra, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As’ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo. 

Filem ini mengisahkan tentang Kapten Adib dan Mejar Adnan bersama skuad Pasukan Khasnya yang telah terlibat di dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, sebuah negara yang sedang  dalam  pergolakan.  Di dalam  penerbangan semasa perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh kumpulan pengganas.    

Mengetahui perkembangan ini, Tentera Udara Diraja Malaysia telah mengarahkan satu misi untuk menyelamatkan mereka  semua. Zafran, abang ipar kepada Adib yang juga seorang juruterbang pesawat pejuang Sukhoi serta aset-aset tempur TUDM yang lain telah secara bersama diaturgerakkan untuk menyelamatkan mereka.   

Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. – Getaran, 30 Ogos 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

M’sia Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala, Wujud Pertumbuhan Mampan Dengan Bahrain - PM

3

Jelajah 1 tahun yang lalu

Jomlah Ke Taiwan, Biarpun Kecil Namun Banyak Yang Menanti

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 8 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN