web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siapakah Selebriti Lelaki Misteri Yang Bakal Mencari Cinta Dalam Sebuah Program Realiti? 

Pencarian bermula untuk mengenal pasti peserta wanita bertuah yang bakal memenangi peluang untuk berkenalan dengan lebih dekat selebriti misteri lelaki terkenal.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2022 12:00PM

Gambar ihsan Sooka

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rancangan yang berbentuk program realiti mencari cinta memang sering mendapat perhatian penonton pada masa kini. 

Menyedari hakikat ini, sooka iaitu aplikasi penstriman hiburan tempatan, bakal memperkenalkan siri Originals berformat program realiti mencari cinta melibatkan selebriti yang pertama di Malaysia, pada Disember ini.

Namun, identiti selebriti misteri popular itu masih lagi dirahsiakan. Apa yang pastikan, program  realiti yang dihasilkan atas kerjasama sooka dan Astro ini bakal menampilkan seorang selebriti misteri popular, yang sering menjadi tumpuan ramai. 

Emarina Kamal - Gambar fail
Emarina Kamal - Gambar fail

Ketua Rancangan di sooka, Emarina Mohd Kamal berkata, fenomena program realiti mencari cinta merupakan trend yang diminati oleh generasi milenial pada masa kini. 

“Kami berharap program ini memberi peluang kepada peserta dan peminat untuk mengenali selebriti pujaan mereka dengan lebih dekat sebagai individu tersendiri, di luar profesyen sebagai artis. 

“Format program ini juga akan lebih mengetengahkan keserasian personaliti para peserta bersama selebriti tersebut, berlandaskan konteks yang bersesuaian dengan sensitiviti budaya tempatan. 

“Kami juga berharap program ini akan menggalakkan syarikat produksi tempatan untuk memberanikan diri untuk menghasilkan kandungan yang lebih kreatif pada masa akan datang,” katanya. 

Ditanya siapakah selebriti misteri yang bakal ditampilkan dalam program realiti ini, Emarina yang masih mahu berteka-teki memberitahu, nama selebriti misteri ini memang tidak asing lagi dalam industri perfileman Malaysia. 

“Beliau bukan sahaja merupakan seorang pelakon bujang yang ‘macho’ tetapi juga seorang insan yang berpersonaliti menarik dan santai. 

“Kami berpendapat rancangan ini bakal mendapat sambutan memberangsangkan, dengan adegan-adegan penuh drama demi mencuri hati selebriti misteri tersebut. 

“Sudah pasti tarikan utama adalah untuk menyaksikan keserasian bakal peserta bersama selebriti tersebut sebagai pendorong kepada pada peminat untuk terus menonton kisah selanjutnya sehingga ke episod terakhir,” jelasnya. 

Apapun, pencarian bermula untuk mengenal pasti peserta wanita bertuah yang bakal memenangi peluang untuk berkenalan dengan lebih dekat selebriti misteri lelaki terkenal.

Semua golongan wanita bujang di Malaysia berusia antara 21 – 45 tahun dijemput untuk menyertai ujibakat program realiti tersebut, seperti berikut:

1. Hantarkan video berdurasi pendek 'Mengapa saya ingin berkenalan [selebriti pilihan anda]

2. Namakan 3 selebriti tempatan popular yang ingin anda kenali

3.Emelkan penyertaan anda berbentuk video atau Pautan di [email protected]

4. Sila nyatakan pada subjek emel: ‘Penyertaan: Saya ingin mengenali selebriti lelaki paling popular’

5. Tarikh Akhir akhir penyertaan : 23 Ogos 2022

Program realiti ini akan ditayangkan eksklusif di sooka pada akhir tahun ini. Penonton boleh menonton dengan melanggan pelan langganan mudah alih sooka - pelan VIP Entertainment pada harga RM15.90/bulan, atau pelan VIP TV pada harga RM42.50 sebulan* untuk pengalaman menonton konten tersebut di skrin TV. – Getaran, 24 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

4

Selebriti 3 minggu yang lalu

Zynakal Tampil Dengan Single Terbaharu "NIAT”

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN