web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gara-gara Komen ‘Backup’ Mat Kilau, Penerbit Gugurkan Johan As'ari  Dari Pergi Jakarta

Johan As'ari menerima panggilan telefon daripada pihak Studio Kembara yang memaklumkan namanya tidak tersenarai untuk terbang ke Jakarta. Baca selanjutnya…

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2022 2:00PM

Johan As'ari (kiri) digugurkan daripada terlibat dengan Malam Gala tayangan filem Mat Kilau di Jakarta.  - Gambar Instagram johanarrif_asari

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gara-gara menaip komen yang seolah-olah menyokong Datuk Adi Putra, nama Johan As'ari digugurkan daripada terlibat dengan Malam Gala tayangan filem Mat Kilau di Jakarta. 

Pemilik nama sebenar Johan Ariff As'ari menerima panggilan telefon daripada pihak Studio Kembara yang memaklumkan namanya tidak tersenarai untuk terbang ke Jakarta bersama-sama para pelakon Mat Kilau yang lain hujung tahun ini.

Johan menyifatkan tindakan penerbit sebagai kelakar dan tidak profesional. 

Barisan pelakon Mat Kilau. - Gambar fail
Barisan pelakon Mat Kilau. - Gambar fail

“Saya tertanya-tanya mengapa mereka menggunakan perkataan digugurkan. Tak adakah perkataan lebih indah untuk digunakan?

“Saya anggap kelakar dan tidak profesional. Kalau saya tak pergi pun saya okey. Kalau saya dijemput oleh pengedar atau sosok figura dari sana pun saya okey,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media dan tayangan filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa. 

Bukan itu sahaja, Johan juga mengakui tidak  keberatan untuk mengeluarkan perbelanjaan sendiri jika benar-benar ada pihak penganjur yang memintanya untuk hadir. 

“Saya tak kisah keluarkan perbelanjaan sendiri,” katanya.

Terdahulu, Johan dilihat meninggalkan komen di ruangan komen hantaran Adi yang berbunyi: “Kalau abang Kilau tidak hadir ke malam gala filem Mat Kilau di Jakarta, Yasin berat hati untuk ke majlis tersebut,” tulisnya sambil mengiringi komen itu dengan tanda pagar #taatpadayangsatu. – Getaran, 23 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

2 Hotel Mampu Inap Di Jakarta, Dekat Tempat Makan Dan Beli-Belah

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

PM Tegaskan Hak Asasi Rakyat Palestin Mesti Dihormati

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Prinsip Kematangan, Kedewasaan Harus Jadi Naratif Baharu Generasi Muda Malaysia - Indonesia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Saya Tak Campur Tangan Kes Ahmad Zahid - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 6 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...