web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dialog She Was Pretty Malaysia ‘Awkward’ Tapi…

Drama ini menghadapi kritikan daripada penonton yang menganggap dialognya kedengaran sangat kekok dan terlalu baku. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2022 9:14PM

Diana Danielle dan Alvin Chong dalam drama She Was Pretty. - Gambar dari VIU

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah menghampiri penghujung episod, nampaknya kehangatan drama adaptasi Korea Selatan, She Was Pretty masih mencatatkan jumlah tontonan yang membanggakan.

Namun begitu, drama arahan Yusry Abdul Halim ini tidak terlepas daripada berdepan kritikan daripada penonton yang menganggap dialog drama ini kedengaran sangat kekok dan terlalu baku. 

Mengakui perkara itu, pelakonnya Daniella Sya tidak menafikan ada beberapa dialog yang dilontarkan kedengaran sangat janggal, namun sebagai pelakon, mereka perlu menghormati naskhah yang diberikan dan menyampaikannya dengan baik.

“Memang kadangkala agak kekok sedikit. Tapi di set penggambaran, kami selalu berlatih dan bertanya soalan kepada pengarah. 

“Kami faham sebagai pelakon, setiap dialog dilontarkan mesti mengikut skrip yang diberikan. Kami cuba mencari kesesuaian dan cara untuk melontarkan intonasi skrip tersebut dengan baik,” katanya yang memegang watak sebagai Kejora dalam drama ini.

She Was Pretty adalah drama arahan Yusry Abdul Halim.
She Was Pretty adalah drama arahan Yusry Abdul Halim.

Manakala menurut Alvin yang menjayakan watak Ashraff pula, kejanggalan dialog itu bukanlah perkara besar untuk difikirkan kerana apa yang penting ialah mesej yang ingin disampaikan.

“Di dalam drama ini, mungkin ada dialog atau perkataan yang kedengaran agak pelik bagi orang yang tinggal di Kuala Lumpur. 

“Tapi ditempat lain, perkataan itu diterima. Asalkan orang faham, saya rasa ia tiada masalah. Lainlah kalau saya ada tersilap cakap. Tapi, harapnya tidak,” kata Alvin.

Yusry Abdul Halim (kiri) bersama pelakon di set penggambaran She Was Pretty.
Yusry Abdul Halim (kiri) bersama pelakon di set penggambaran She Was Pretty.

'She Was Pretty' versi Malaysia dibintangi Diana Danielle, Aiman Hakim Ridza, Alvin Chong dan Daniella Sya kini ditayangkan di Viu, dengan dua episod setiap Khamis, dan tiga episod pada minggu akhir tayangan.

Dua pasangan bertuah bakal memenangi percutian ke Korea Selatan, ditemani pelakon utama 'She Was Pretty', Diana Danielle dan Alvin Chong, serta para pencipta kandungan asal Korea Selatan, Blimey!

Muat naik video anda melakonkan semula atau memparodikan adegan tersebut di akaun Instagram atau TikTok anda dan jangan lupa untuk sertakan ‘hashtag’ #SheWasPrettyMalaysia #SheWasPrettyContest, serta tag @ViuMalaysia @Blimeytoyou.

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 19 jam yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad